Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 29 Disember 2010

Sokongan Kamu Amat Diperlukan Harimau Malaya

Seperti kita semua sedia maklum, cerita mengenai skuad kebangsaan sedang rancak dibincangkan. Baik komen positif mahupun negatif, semuanya ada. Ingatkah kamu bahawa teman pernah utarakan isu bola sepak ini dalam post yang terdahulunya? Bagaimana prestasi Harimau Malaya tampak kian meningkat? Hal ini adalah hasil daripada usaha kita bersama. Sokongan padu para peminat serta usaha daripada para pemain yang dipilih oleh Rajagobal telah membuahkan hasil. Kini, kita perlu tunggu saat yang dinanti-nanti untuk mencapai impian. Menggenggam AFF Suzuki Cup 2010.


Piala AFF Suzuki.
Merupakan trofi bagi kejuaraan serantau Asia Tenggara.


Sebagai rakyat Malaysia, teman nak ajak kamu semua untuk bagi sokongan padu pada Harimau Malaya. Ayuh, kita kirimkan doa, dorongan serta semangat daripada serata negara untuk memastikan kelebihan 3 - 0 kekal ke akhir 90 minit dalam perlawanan akhir kedua ini. Ayuh, kita pastikan Harimau Malaya masih boleh mengaum!


Harimau Malaya... Tanah Tumpahnya Darahku.

Teman suka statement tu.

Khamis, 9 Disember 2010

Keliru Pilih Hala Tuju

Cuti sems aku sepatutnya dihabiskan dekat rumah yang indah nun permai di Bandar Hujan sana. Tapi alangkah uniknya, cuti semester kali ni sangatlah sibuk dengan pelbagai program yang masuk bagaikan lego yang tersusun rapi buat aku. hahhaii... malah, program-program tersebut seakan menyuruh aku pergi, satu demi satu! hahh... *dah tak dapat gelak dengan jayanya di situ* agak penat sebenarnya di situ. Aku yang kebuntuan kini...


Mencari ruang. Mencari konklusi. Mencari idea.


Kata teman-temanku yang lain,
"Pergilah... tu satu pengalaman buat hang. "
Kata aku pulak,
"Tu satu kepenatan buat aku. Hang tau dak?"
: )


Pada teman-teman yang lain, kamu ada idea tak untuk dicurahkan di sini? Teman perlukan bantuan kamu semua. Ayuh bantu teman.... heeEee... Teman keliru nak pilih tujuan seterusnya. Mari kita berfikir sebelum otak menjadi benak.

Jumaat, 3 Disember 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table 3

Mesyuarat yang berlangsung menyaksikan ketegangan
antara Ka Ta' dan Orang Besar mereka.

Semua Ka Ta' di salahkan ekoran Ka Ta' yang menjadi wakil kepada wilayah-wilayah mereka, tersalah latih Ka Ta' Generasi Baru.

Wakil Ka Ta' s dihadapkan ke mesyuarat tergempar dengan jawatan kuasa khas Ka Ta' yang menganjurkan Kursus Ka Ta' Generasi Baru ini.

Orang Besar tanpa peduli dan unsur periksa menasihat semua Wakil Ka Ta' yang terlibat supaya jangan salah latih Ka Ta' Generasi Baru.

Sebabnya kerana mereka ini manja! Kata seorang Orang Besar
Ka Ta' pada Wakil Ka Ta' s.

Wakil Ka Ta' yang kepenatan itu merasa duka dan hampa akibat tindakan yang diambil oleh Orang Besar Ka Ta'.

Mereka sewenang-wenangnya menuduh malah tidak mengambil berat pada Wakil Ka Ta' s semua.

Orang Besar juga tidak tahu bahawa Wakil Ka Ta' s kebanyakkannya ada yang tak sihat akibat menjaga KKGB, tetapi Orang Besar Ka Ta' seolah-olah menidakkan tugas Wakil Ka Ta' s.

Ada juga Wakil Ka Ta' s sudah membuat latih betul tapi KKGB masih tidak mendengar dan mengikut arahan dan latihan yang betul.

Akibatnya, balik-balik Wakil Ka Ta' s juga yang kena. Balik-balik, Wakil Ka Ta' s yang salah. KKGB semuanya betul di mata Orang Besar Ka Ta'.

Selesai round table, Wakil Ka Ta' s makin hampa malah kecewa serta lumpuh semangat untuk meneruskan misi mereka, menjaga KKGB yang amat manja.


To be continue...




Rabu, 1 Disember 2010

Yakin

Kekuatan seseorang individu sangat diperlukan untuk menjana transformasi budaya negara ke arah yang lebih prolifik. Sesebuah negara mampu berdaya saing apabila setiap rakyat di dalam negara tersebut mengamalkan sikap dan sifat positif yang holisitk. Keyakinan adalah satu daripada aspek kemajuan negara ataupun ummah. Pemimpin seharusnya mempunyai sikap ini. Sifat atau sikap yakin ini boleh diterapkan melalui cara-cara tersebut.

1. Yakin dalam memutuskan sesuatu perkara.
2. Yakin bertindak menghadapi & menyelesaikan masalah.
3. Yakin melalui dugaan.
4. Yakin membetulkan kesalahan yang nyata.
5. Yakin untuk menerima teguran membina. (baik postif atau negatif)
6. Yakin membawa wawasan baru. (5 tahun akan datang & sebagainya.)
7. Yakin merumuskan segala pro & con.

Moga tips ini menjadi panduan anda semua yang ada diluar sana. Terutama pada warga muda, kamilah pendokong, pewaris bangsa. *bak lirik lagu Wawasan Setia Warga UiTM tu... heeEe* Berfikirlah ke arah seluruh kesedaran.
Mudah-mudahan, kamu yang memerlukan sokongan di luar sana dapat menerima sokongan daripada teman untuk memacu diri ke arah yang lebih mantap lagi bergaya.

Terimalah tips yang tak seberapa daripada teman pun. heeEe.
Sekian... : )



*aku berhujah melalui secebis pengalaman...*
anda ada cadangan lain?

Isnin, 29 November 2010

Gembira Hayati Pengalaman

Pengalaman yang teman dapat kali ni amat yeayy! Sesuatu inspirasi baru buat teman dalam menjalankan kehidupan sebagai antara Komander Kesatria Negara yang terlibat dalam Latihan Intensif Bakal Komander, Siri 3 - 2010, Zon Selatan. Kali ini masih lagi melibatkan diri dalam LiBK. Bukan sebagai BK lagi, tetapi sebagai komander pengiring. * Hahaii... gelak tengok gelagat mereka belajar menjadi IC Platun. * Aneka ragam remaja kini. Lawak, serius, marah, seronok dan pelbagai lagi macam perasaan yang kami, komander-komander pengiring serta Bakal Komander alami. Harapanku, moga BK-BK yang turut serta, punyai azam, kuatkan semangat, baik berpasukan mahu pun semangat diri sendiri, agar menjadi antara salah seorang BK terbaik! Moga kita bertemu lagi di lain berita dan laporan, terus dari sisi mata teman. yeayy!


Nampaknya komander dah panggil saya tu! -> haha. kena masuk baris dah ni. Salam!


Baris. baris... sedia!
Komander... jalankan tugas!

Jumaat, 26 November 2010

Blog Walking

I had some steps visiting blog
by blog since earlier this month.
Some great experience and excitement come into my heart.
My observation with a little bit analysis
make me conclude with a simple word.


"We should care people, later, they will connect towards you."

To gain further traffics in blog, we must create network!
Try, link with your own friend and even your
new friend that you meet in internet.
So now I am know,
how important the
networking in our blogger world.
I'm hope that we will help each other
to gain more experience with the joy of happiness.


* One simple question for those who will answer... hahhaii *
How do you 'blog walking'?

Selasa, 23 November 2010

JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG



Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!


Saya telah jadi follower ke 379.
Saya dapat jumpa contest ni daripada Bazilah.

Salam semua. Bertemu kita dalam rancangan, mencari duit poket dalam cuti semester ini. Saya, 4umyfans, akan membawa anda kepada tips pencarian mata wang anda itu. Hahaii... untuk pengetahuan kamu semua yang ada di rumah dan di depan PC or Laptop & sebagainya, gadis kampung telah mewartakan satu fenomena ala-ala DR Rozmey untuk pencarian pemenang bagi contest nya sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama!

Hadiah berupa RM101.00 telah di sponsor oleh suaminya yang tercinta.

Katanya lagi, yakni (gadis kampung), dia ingin mencari sehingga 1010 followers untuk anniversary beliau pada kali ini. (gadis kampung, JOM JADI FOLLOWER... , 2010) * haha.siap ada citation lagi tu... *

Blog milik gadis kampung ini banyak mengetengahkan info-info menarik buat pembaca serta peminat blog tegar. Memuatkan TUTORIAL DAN EDITING serta NUKILAN DAN KARYA hasil penglibatannya dalam dunia blogger ini, blog gadis kampung amat sesuai dijadikan bahan bacaan, baik yang muda mahupun yang sudah senja. Malah, contest seperti ini sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh sesiapa yang sangat gemar menyertai pertandingan-pertandingan seperti ini.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti disinun!

Amacam kamu di luar sana?
Best kan contest ni?
hahaiii... : )
Kalau best, moh kita join!
Contest ni akan expired secara automatik pabila follower gadis kampung mencecah 1010 orang.
Tarikh tutup penyertaan pada 26 Disember 2010.


Jadi,
kalau kamu di luar sana nak sangat join perkara ini,
link kan terus ke blog teman sekali ye!
Hal ni sebagai refferal pada teman jugak tau.
Hahhaii...

Semoga berjaya dalam cubaan pertama teman ni.
Jumpa lagi di hari dan rancangan yang lebih berbeza nanti.
Salam dan selamat mencuba-cuba.
Katakan yeayy! pada yeayy!

Isnin, 22 November 2010

Pasti

Pinnn.... pinn.... Hai, bukan main marah lagi bro ni. Asyik dok hon orang, kejap dia ke kiri, kejap dia ke kanan. Nak ke mana dok speed laju-laju ni bro. Relax lah bro. (bak kata orang-orang muda). Chill... : ) Okay, setelah menempuh perjalanan yang jauh melalui laluan tinggi... haha (highway), kini ada beberapa tips untuk anda di rumah dan di dalam kereta.

1. Pastikan segala keperluan dah dimasukkan dalam kereta before you go anywhere.
2. Pastikan berdoa atleast baca bismillah sebelum memulakan perjalanan. Non-Muslim, wajib doa pada Tuhan.
3. Pastikan pemanduan tidak seperti orang mabuk. (dilorong yang betul dan selamat sejahtera)
4. Pastikan ngotnyet-ngotnyet ada! (kacang, asam masin, gula-gula, etc.*)
5. Pastikan jangan slow speed bila ada kemalangan. (nak tengok accident)
6. Pastikan jiwa dan raga sangat tenang dan tak terlelap tika memandu atas jalan yang lurus dan tenang itu.
7. Pastikan kita yakin dan tahu ke destinasi yang akan dituju.

Moga tips ini menjadi panduan anda semua yang ada diluar sana. Terutama yang muda, anda hendaklah bersabar dan jangan ikut sangat jiwa muda kita ya.
Beringat sebelum terkena.
Mudah-mudahan, pengguna jalan raya, tak kiralah lebuh raya ke, jalan raya ke, simpang raya ke, sama-samalah kita terkena hembusan tips ini, malah menggunakannya dengan sebaik mungkin pun.
Terimalah tips yang tak seberapa daripada teman.
Sekian... : )

p/s - tips ini bukan hanya untuk musim perayaan. musim tak raya pon sangat boleh anda manfaatkan juga. yeayy!



*ngotnyet-ngotnyet - istilah bagi makanan ringan
yang telah diberikan oleh seorang mak cik
dalam panggilannya kepada radio Era.fm.*

Ahad, 21 November 2010

Mungkin Lepas ni, Short Film...

Perkara ni dah dekat 4 tahun berlalu. Masa tu, aku tak tau menahu la pulak yang aku bakal ke Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Saja kami dok main rakam-rakam video. Zaman tu, mana aku belajar lagi tentang filem pendek ni. Maka terhasillah, Jom Kacau Orang terbitan Sahabat Sejati dengan kerjasama KJ Pictures Sdn. Bhd. hahaaiii.... (rasa lawak pun ada. tau pulak aku dok main kerjasama-kerjasama tu.) Masa video ni dirakamkan, kami main spontan je. Editing pun cincai, alai-balai je. Lepas video ni berjaya, (kononnya bagi kami lah *budak-budak form3-2006 SMK Taman Tasik) , kami ada berniat dan bercadang nak buat filem pendek. Tapi tak berjaya. Mungkin di masa depan. Tup... Tap... Tip... Tup... Sampai laa ni pun, tak terhasil jua filem pendeknya.

Mungkin rezeki buat filem pendek pada masa depan kot.
Mana tahu, lepas dah menimba ilmu tinggi-tinggi, rezeki muncul. Mudah-mudahan. Amin...
Akhir cerita, yeayy! kan diri kamu semua untuk saksikan video ini. Haha *bajet star lak aku ni*





*Penghargaan buat rakan-rakan aku yang terlibat
dalam pembikinan video ni.*
*Bekas pelajar SMK Taman Tasik, Taiping.*
*Tingkatan 3, tahun 2006.*

Sabtu, 20 November 2010

Peluh Kedai Ibu (Bab 2)

Bab 2

Mak Limah Temah kusyuk membuat kuih-muih yang bakal dijual esok. Dia menggumpal-gumpal kuih dan diisi dengan udang di tengah-tengah gumpalan itu untuk menghasilkan kuih Cucur Udang. Berbagai-bagai lagi kuih telah sempurna disiapkan oleh Mak Limah Temah dengan bantuan dua anaknya. Seorang laki-laki dan seorang perempuan. Anak-anaknya itulah pembakar semangat dan keazaman Mak Limah Temah, mengharungi liku-liku hidup tanpa suami tercinta yang sudah meninggalkan mereka, 2 tahun lalu akibat menghidap sakit H1N1. Setelah kuih-muihnya siap, dia menyuruh anak-anaknya masuk ke kamar bagi merehatkan diri. Tujuannya satu. Supaya anak-anaknya tidak menderita kesusahan sepertimana dia menyara zuriatnya itu. Dia sebolehnya tidak mahu anak kecilnya kepenatan di sekolah akibat daripada bersengkang mata menguli dan menyiapkan kepingan-kepingan kuih tersebut. Bagi Mak Limah Temah, cukuplah dia seorang berjaga sehingga 3 4 pagi bagi menyiapkan bekalan untuk berniaga esok. Sesudah Mak Limah Temah menyelimutkan anak teruna dan anak daranya di bilik yang berasingan, Mak Limah Temah menjenguk di dapur. Beg plastik hitam yang tersadai di tepi dapur itu dibelek-beleknya. Dibuka beg plastik hitam itu untuk melihat hasil yang telah disimpannya hampir seminggu. Diangkat-angkatnya, merasa berat isi plastik itu. Ternyata berat beg plastik hitam itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan dapurnya sehingga hujung minggu ini. Dia agak kesedihan, namun pasrah.

"Masakan langit selalunya gelap untuk hamba sepertiku berdiri di bumiMu, ya Allah?", bisik hatinya.

Dia kuatkan semangatnya kembali...

"Kerna Tuhan sentiasa disamping kita, Temah", bisik hatinya lagi.

Mak Limah Temah berdoa, moga-moga kutu yang pernah ambil hasil kutipan tinnya itu supaya tidak merampas lagi hasil pendapatan keluarga Mak Limah Temah.


*bersambung (insya Allah... hehe) *

Jumaat, 19 November 2010

Family "Bahagia"

Di dalam sebuah kereta, wujud 4 orang ahli keluarga yang sangat "bahagia". Mama, Papa, Abang & Adik. Walaupun mereka sudah lama tidak bertegur sapa sejak masing-masing sudah membesar, mereka tetap bersama dalam sebuah kereta Toyota Camri bernombor plate 001NEK. Tiba-tiba, suatu bunyi aneh kedengaran...

Mereka agak bingung. Namun masih ego untuk bertegur sapa lagi. Sehinggalah bau yang sangat asyik hinggap di pintu hidung mereka. Mulalah Si Adik bertanya.


Adik - Sape 'melepas' ni?

Papa - Ntahlah. Tak nak ngaku ke?

Abang - Sapa yang bau dulu?

Mama - Tak tau lah pulak.

Papa - Haa adik... tadi tanya dulu kan?

Mama - Budak ni lah bau dulu tadi. Dia yang tanya. Adik...

Adik - Apa ma?

Mama - Baik ngaku cepat... kamu yang bau dulu tadi.

Abang - (sambil bisik dalam hati) Nasib baik tak ngaku.

Adik - Mana ada ma... adik taklah. Kalau adik, adik dah ngaku tau.
(dalam hati - padahal memang aku yang 'lepaskan' pun. hehe)

Mama - Sapa pulak lepaskan ni?
(dalam hati sambil tengok cermin kereta - Hanya Tuhan je tau aku yang 'lepaskan'.)

Papa - (tengok side mirror sambil monolog - Aku lagi tak leh ngaku. Aku dahlah ketua keluarga.)



Akhirnya keluarga yang sangat "bahagia" ni, kembali bertegur sapa dan berbual setelah hampir setahun tidak bersua muka akibat masing-masing telah membawa haluan sendiri dalam hidup mereka. Moga-moga kita kekalkan kemesraan dalam keluarga walaupun usia kita telah lanjut.




Utamakan keluarga.
Keharmonian adalah kunci kemesraan.
*Mesej daripada ABAH hanya di Ruangan Konklusi Idea.*


haha. : )


Rabu, 17 November 2010

10 Zulhijjah 1431 Hijrah

Sebagai seorang Muslim, tarikh ni juga pasti ditunggu-tunggu oleh insan yang bergelar Muslim ataupun Islam. Biasanya, tarikh ni sinonim dengan Hari Raya Qurban dan Aidil Adha. Namun, ada segelintir umat Islam yang masih tidak tahu tarikh ini. Alangkah terkejutnya di zaman kini, umat Islam terkadang ada yang sampai terlupa tarikh-tarikh penting sebegini. Yang pelik pulak tu, 1 Syawal setiap tahun ingat, tapi 10 Zulhijjah tak ingat. Ishk... ishk... Pada yang ingat 1 Syawal tu, kira baguslah jugak dari tak ingat langsung. Walaupun mungkin mereka pun, masih lupa pun, tahun hijrahnya ni pun. Hmm, bagaimana ya, kita sebagai generasi muda hari ni mampu menghidupkan kembali Takwim Islam? Sama-samalah kita berfikir sejenak sebelum otak menjadi benak.




Di kesempatan teman menyelami alam maya ni, teman ingin menghembuskan Marhaban Ya Aidil Adha. Ya Marhaban... Jua pada seluruh manusia yang kenal teman, teman ingin hembuskan Salam Qurban pada semua. Jua tak tertinggal pada Tin Tong teman di blog ni, syukran yah! Sebab kamu semua, yang dah mencecah 43 setakat ni, telah bersama... menyokong dan mengimarahkan blog yang mikro ini. Terima kasih dan bersama kita hayati erti Aidil Adha itu sendiri.

Isnin, 15 November 2010

Sudut Cip Cerpen - Popo Episod 2

Anasir-anasir negatif telah membuatkan
Keluarga Popo dirundung keresahan dan
kekecewaan yang melampau-lampau.
Sejak akhir-akhir ini, mereka sering
dilemparkan dengan tuduhan yang tak berasas.
Popo-popo semua berasa mereka
perlu ambil tindakan drastik.
Popo bersepakat membawa berkat.
Kesepakatan Popo telah menjadi tunjang
pada kekuatan kebangkitan Popo.
Anasir-anasir negatif kian resah dan takut.
Mereka cuba menggunakan Plan A,B,C sampai Z
mereka untuk mengekang kebangkitan Keluarga Popo.
Kekuatan Popo semakin meningkat malah
membuahkan kebenaran yang selama ini
direka tersirat oleh anasir-anasir negatif itu.

: )

Sabtu, 13 November 2010

Perantau U80 di Kuala Lumpur

Beberapa hari yang lalu, Khamis - (101111), aku dengan sahabat aku daripada Taiping, Eone turun ke Kuala Lumpur. Tujuan utama kami nak ke Puncak Perdana, nak ambil barang aku yang tertinggal... yeayy! tapi kena transit kat Kuala Lumpur, sebab nak kena hantar sepupu aku, Hannah balik ke rumahnya. * padahal bukannya aku hantar sampai rumah pun. kat hentian Times Square je. kah... kah... last last abang dia jugak yang ambilkan.* Dah sudah hantar dia, aku dengan budak kecik ni (Eone) pun jalanlah mencari arah.

Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak, tak jumpa-jumpa lubuk U80 milik Syarikat Rapid. Aku pun, berjalanlah lagi dari Times Square mencari hala tuju ke Pasar Seni. Aku yakin, di situlah lubuk U80 yang kami cari-cari selama ni.

Sepanjang perjalanan tu, pelbagai jenis dan ragam manusia kami temui, malah sempat juga kami interview mereka. Pendapatku, kita boleh mengenali perangai dan sikap seseorang itu melalui cara berkomunikasi dengannya. Aku ketika itu memang berpeluang melihat watak-watak asli yang menjadi pelakon di pentas bumi yang fana ini. Yeayy!

Budak yang tulis blog ni lah (Eone) menjadi saksi pada hari itu. Kami masih lagi tak ketemu dengan U80 yang tersayang. Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak lagi, jam di XpressMusic aku dah lebih kurang pukul 3.00 petang. Tak sangka, dah berjalan dekat sejam di KL. Uhuu... Dengan kepenatan yang ada, kami nak transit lah kejap dekat surau mana-mana.


Tanya mak cik Guard, dia cakap...
"Adik jalan je terus. Nanti nampak Pasar Seni tu. Tak jauh dah dari sini. "

Tanya abang Polis, dia cakap...
"Saya pun tak tahulah dik. Try tanya orang Rapid tu..."

Tanya bro Rapid, dia cakap...
"Dah dekat dah ni... kau jalan nanti kau nampak Stesyen LRT. Mesti nampak punya. Tapi nanti, kau jangan tunggu sebelah CM tu. Tunggu kat seberang jalan dia."



Last last
, kami sampai dekat dengan Pos Besar bersebelahan dengan Central Market atau lebih dikenali dengan CM oleh warga kotaraya.



Tanya bro Polis kat Pos Besar tu pulak, dia cakap...
"Abang naik tangga ni, jalan menuju terowong. Lepas tu abang jumpa jalan besar. Pastu memang abang akan nampak Masjid Negara dah. ...ok, selamat. selamat! "



Kami yang dah penat tahap tembikar pun Zohor lah dan rehat lah kejap menenangkan kaki. Best kan, naik kaki dari Times Square ke Masjid Negara? Jawapan aku, sangat best. Penat pun berbaloi. Puas! Yeayy gitu! Lepas kaki dah tenang semua, kami terserempak dengan A Samad Said kat Masjid Negara tu. Memang panjang umur dia, sebab aku baru je sembang dengan Si Eone ni tadi pasal Pak Samad ni suka travel sorang-sorang untuk cari ilham.

Kami teruskan perjalanan. Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak, kami tunggulah dekat bus stop seberang CM tu. Sebab bro Rapid tadi dah pesan camtu. Tunggu punya tunggu. Tertunggu. dan Menunggu. Menung... Jenoh dekat sejam kami tunggu tak dapat-dapat U80! Yang kami dapat, tengok U80 dok bolin je lalu depan kami. Dah dekat 4 5 dah lalu. Geram aku! Last last, kami putuskan untuk jalan lagi. Tap.. Tap... dan Finally punya Tap... Binggo! Akhirnya jumpa si U80 tu... Barulah tenang jiwa dan raga bila dah naik. Tiba-tiba, aku ternampak Shah CT112. Shah? Haha... Selesai cerita.



*Bolin = loghat Perak bermaksud, suka hati / senang / slumber



Credit to Aimi coz ajarin gue untuk buat link ini.
Makasih ya! Yeayy!

Selasa, 9 November 2010

Orang Kuat

Insan 1 - Inilah kuat tuan! Sekali makan
dia habis 5 pinggan.

Tuan Pengarah - Ini kuat? Ini bukan kuat,
ini gelojoh 'pandai'. Hang Tuah pakai
sepatu?? Sudah! Panggil
orang lain pulak untuk casting.

Mangsa - (sambil menggeletar kakinya)
Tuan, kalau saya tak boleh jadi Hang Tuah
pun... tak apalah...
Kasilah saya jadi Hang Jebat.


Tuan - Hang Jebat? Mampus aku!
(sambil tepuk dahi) Sudah, kau boleh pulang.


Insan 1 - Saudara... saudara jangan sedih.
Tuan director memang selalu angin satu
badan. Tapi dalam hati dia baik.

Mangsa - Encik, kalau tak boleh jadi Hang Jebat
pun... tak apalah. Kasilah saya jadi Hang Kebun!


Insan 1 - Haa... Hang Kebun tak da lagi penggantinya.
Tapi kalau nak jadi Hang Kebun, tak boleh pakai keris!
Musti pakai cangkul... : )


Mangsa - Cangkul pun, cangkullah...

Insan 1 - Mari ikut saya!


Ini adalah antara dialog favourite aku. Walaupun banyak kelakar dalam filem Seniman Bujang Lapok ni, banyak mesej-mesej tersirat dan pengajaran yang kita boleh ambil.
Kita hendaklah jadi generasi yang meneliti-dalam berhibur. Ada paham? Tak paham tanya ya...

Sekian.

Isnin, 8 November 2010

Bola Sepak Malaysia Makin Meningkat?

Beberapa tika yang lalu, aku terbaca berita mengenai skuad bola sepak kebangsaan akan mengharungi saingan dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Menurut media, skuad kebangsaan masih dalam usaha memperbaiki prestasi negara dalam rangking yang akan di keluarkan oleh FIFA nanti.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, aku semestinya amat menyokong kesebelasan utama Malaysia bagi melepasi halangan dalam Sukan Asia 2010 ini. Moga doa, semangat, serta azam dan iltizam seluruh rakyat serta para pemain dapat diterjemahkan dalam aksi 90 minit di atas padang. Ujian pertama Malaysia bakal diberikan oleh skuad Kyrgyzstan. Mudah-mudahan, Malaysia mampu menyainginya dan sedikit sebanyak menyuntik semangat pemain-pemain untuk terus memburu kejuaraan yang berprestij itu.



Malaysia BOLEH!!!

Sempurna

Pesan pada rakan, teman dan sahabat supaya bersiap sedia. Siaplah apa yang patut. Bagi yang dah siap dan sudah berangkat pergi, bagus! Thumbs up babe! Anda telah berjaya tinggalkan Puncak Perdana dengan bahgianya. Bagi yang belum, ada beberapa tips untuk anda.

1. Sempurnakan barang-barang yang patut untuk dikemas.
2. Sempurnakan kediaman anda supaya kemas.
3. Sempurnakan borang clearance.
4. Sempurnakan segala barangan anda.
5. Sempurnakan jiwa dan raga untuk balik ke kampung halaman.
6. Sempurnakan senyuman anda untuk melangkah pergi.
7. Sempurnakan apa yang telah terlaksana.

Moga tips ini dapat membantu semua mahasiswa untuk melangkah pergi...
Melangkah untuk merehatkan diri bagi cuti semester.
Sekian... : )


*aku pon belum balik lagi. Nak bagi tips kat orang. : ) *

Sabtu, 6 November 2010

Senyum

Murid A - Cikgu, camna nak belajar
cara baik? Ajarlah kami.

Cikgu - Cikgu boleh bagi panduan.
Tapi tiada cara yang
spesifik untuk belajar
sebenarnya.


Murid B - Apa dia cikgu?
Terangkan.


Cikgu - Kamu hendaklah memberi
tumpuan sepenuhnya dalam kelas.
Terutama semasa cikgu mengajar.
Kena fokus...


Murid C - Takkan tu je cikgu?
Kalau macam tu, susahlah
untuk orang macam saya ni cikgu.


Cikgu - Tak susah. Mudah je. Untuk orang
yang agak malas untuk ulangkaji di rumah,
boleh gunakan teknik ini. Selain itu, study group
pun boleh membantu kamu semua.


Murid A - Cikgu, kalau kami
nak buat macam ni boleh?


Cikgu - Kamu nak buat macam mana?


Murid A & C - Kami nak study sambil
tengok gambar cikgu. Cikgu kan
lawa. Baru masuk sikit ilmu cikgu ni.



Cikgu - (tersenyum) Kalau kamu jadikan
sebagai inspirasi, apa salahnya... Tapi ingat
murid-murid, jangan leka ya masa
mengulangkaji pelajaran.


Ah Ci - Untunglah cikgu korang
sporting... Boleh kautim.
Cikgu korang dengan
Megan Fox,
Siapa lagi lawa?



Cikgu, Murid A,B & C - (blurr)?????
Mana datang mamat ni?






***EnD***


Khamis, 4 November 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table 2

Sekali lagi Ka Ta' s mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah baru.

Masalah timbul ekoran Pengerusi Katak tidak menghebahkan maklumat yang betul kepada umum.

Terdapat salah edar maklumat di sini.

Ekoran itu, ramai Ka Ta' yang marah dan telah bergaduh-gaduh akibat perkara ini.

'Baiklah hadirin, apa yang kamu mahu sebenarnya?'


Semua Ka Ta' s merasa pelik dan hairan.Pengerusi Ka Ta' seolah-olah tidak mahu mengakui kesalahannya dan masih ego.


'Kami Ka Ta' s mahukan keadilan!'


Berdiri seorang Ka Ta' menyata ketidak puasan hatinya.


'Kami mahu sebab kenapa Pengerusi sesuka hati menindas kami!'


Pengerusi Ka Ta' membuat penjelasan.


'Saya buat semua perkara ini kerana ingin menjaga kebajikan kamu. Saya kalau boleh, nak kurangkan meeting untuk persatuan kita ini. Saya nak kita santai-santai je.'


Semua Ka Ta' makin marah. Seorang lagi bangun dengan nada marah & sangat tak tahan.


'Asal kau sebagai Pengerusi main kotor dengan kami? Puak-puakkan kami? Pilih kasih antara kami? Kenapa kau tak nak sampaikan maklumat betul-betul? Sekarang kau tengok, Ka Ta' dari wilayah kita tak ada wakil. Mana boleh harapkan 2 orang Ka Ta' untuk handle kan event yang besar ni. Diorang nak kena jaga semua bakal Ka Ta' baru berdua je? Fikirlah wahai pengerusi yang sangat 'bijak' dan 'adil'. '


Semua ahli Ka Ta' setuju dengan kata-kata tadi. Ramai yang lain memberikan sorakan tanda nak berdiskusi lagi dengan Pengerusi Ka Ta' itu yang makin hari, makin nampak betapa kotor cara dia mengurus Persatuan Katak.


'Saya tak puak-puakkan kamu semua. kamu yang pilih. Kami Siniri memang selalu berbincang sesama kami. Kamu Jiniri Ka Ta' perlu buktikan, kemampuan kamu mentadbir dalam dunia Kekatakan ni. '


Pengerusi Ka Ta' kembali bersuara. Seniri = Senior. Jiniri = Junior


'Ahh, kau dari haritu dok cabar-cabar kami kan? Sekarang kami dah buktikan, kami mampu mentadbir. Kami menang dalam pertandingan baru-baru ni. Kamu? Apa? Apa? hanya dapat tempat ke-4 je kan? Sudahlah, kami dah nampak permainan kamu.'


DENGAN KUASA VETO Pengerusi, dia berhentikan mesyuarat yang tak berkesudahan itu.

'Ok, saya tangguhkan meeting ini. Ka Ta' Majlis Tertinggi, jom kita gerak.'


Semua ahli mesyuarat Ka Ta' marah. Pengerusi dan MT serta orang kuatnya beredar seperti orang ketakutan. Takut menerima kebenaran.



To be continue...




Selasa, 2 November 2010

Megan Fox

Ah Ai - Agak-agak kan, ramai tak laki kat
luor sane tu minat Megan Fox?


Ah Bi - Ramai giler wey...
Belonggok-longgok habaq hang.
Ah Ai - Betul ke? Mike yakin?
Ate brape peratus keyakinan mike?
Ah Bi - 12 ratus peratus habaq hang!
hahaaha : )
Ah Ci - Aku pun setuju der!
Cuba der tengok Pak cik Google...
mesti ada dekat 24,900,000 results...
Ah Ai & Ah Bi - Mane datang mamat ni?
***End***

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ujian

Cikgu - Dalam banyak-banyak ujian, ujian apa yang paling susah, murid-murid?


Murid A - Ujian SPM.


Murid B - Ujian Universiti.


Murid C - Ujian "Melabur"


Cikgu - Betul jawapan kamu semua tu...


Murid C - Tapi cikgu, ujian yang
cikgu bagi pun susah jugak.


Cikgu - Maksud kamu?


Murid C - Ni... untuk jawab soalan cikgu
ni. Ni kan ujian namanya...


Murid A & B & C - (ketawa)


Cikgu - Betul... semua betul... tapi ujian yang paling sukar ialah ujian dalam meniti kehidupan.


Murid A & B & C - (mengangguk-angguk)


Cikgu - Kamu semua, murid-murid kesayangan cikgu sekalian akan menempuh... peringkat-demi peringkat untuk mengenali dunia. menikmati kehidupan. Dan merasai kedukaan dan kekecewaan dalam hidup kamu.


Cikgu - Cikgu berharap dan berdoa, supaya kamu semua akan berjaya menempuh ujian-ujian itu nanti.


Murid A & B & C - Baik cikgu.



Mereka pun berlalu keluar selepas loceng di sekolah dibunyikan.
Cikgu berasa amat lega setelah berjaya menerangkan
perkara itu pada murid-muridnya.

Rabu, 27 Oktober 2010

Peluh Kedai Ibu

Hari-hari yang berlalu menyaksikan Mak Limah Temah menjual kuih-muihnya di Kedai Ibu. Dia sering gembira kerana jualannya selalu memberangsangkan. Tambah-tambah gembira lagi apabila kutipan jualannya itu digabungkan dengan hasil sampingan yang agak lumayan baginya. Mengutip tin... Peluh lelahnya terhapus apabila bertemu dengan kilauan tin yang amat bermakna. Tin yang kadang ada, kadang tak ada itulah yang membantu Mak Limah Temah sekeluarga dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kebiasaannya, Mak Limah Temah sering menyimpan hasil kutipan tinnya itu di celahan mail box yang tak berkunci. Mail box itu berhampiran dengan Kedai Ibu. Tak Mak Limah Temah sangka, semakin hari, tin yang dikumpul semakin berkurangan. Setelah berpeluh-peluh mencari, dugaan itu pula yang merunsingkan Mak Limah Temah.

"Angkara kutu mana yang kacau daun aku ni?" , monolog hati Mak Limah Temah penuh syahdu.

Mak Limah Temah ingin mencari suatu kebenaran. Peluh penatnya perlu berbayar dengan harga sekilogram tin itu. Pencariannya, suatu kesukaran.


*bersambung (insya Allah... hehe) *

Ahad, 24 Oktober 2010

Destinasi

Salam membaca...

Destinasi yang ingin ku tuju sangat berliku...
Senangnya tak menentu...
Susahnya sangatlah pasti...
Untuk ke situ, sabar adalah kuncinya...
Untuk ke situ, strategi adalah sub-sub kuncinya...
Untuk ke situ, impian dan perancangan adalah sub-sub-sub kuncinya...
Moga kita berjaya...
Kita hampir ke situ...

: )

Jumaat, 22 Oktober 2010

Wira Kita

kau selalu bersamaku...
kau sentiasa melegakanku...
kau penuh bermakna...
melepaskanmu, suatu kepuasan...
kaulah perwira...
pergilah kau berjuang...
berjuang...
untuk mendapatkan hak kau...
Hak & Kedamaian buat kau...
pergilah... aku... rela...
semoga kau tenang berjuang...
dan berlepas dariku...
terbang dengan selamatnya...



. . . . . . . .
pro0o0ooooo0o0TtttT
...itulah engkau yang sejati...

Meniti titi teliti

Salam semua...
Pertemuan yang sukar digambarkan membuatkan kita terkedu... kadangkala.
Perancangan yang terperinci terkadang menghasilkan duka.
Nah, cuba kita bersedia.
Bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Jadikan apa yang dirancang sebagai platform untuk kita lebih bersedia.
Lebih berkeyakinan...
Cuba kita teliti meniti titi.
Titi yang sukar dilalu mampu kita lepasi.
Bahkan juga kita mampu tersenyum selepas terlepas dari titi itu.
Fikir, rancang dan bincang bersama.

: )

Sabtu, 16 Oktober 2010

Penat

Setelah berkawan dengan matahari yang sangat bahang,
seharianlah aku merentongkan sedikit sebanyak kulit anggota tubuhku ini...penat...
Setelah aku penat berkejaran di atas padang kawad yang
damai lagi nan 'sejuk' itu, aku sering kehausan.penat...
Setelah matahari tidak berkawan lagi denganku,
dan bulan pula hadir menjadi teman rapatku,
barulah aku merasakan kegembiraan. tapi still penat...
Setelah bintang menghiasi malam yang syahdu,
barulah aku sedar indahnya memiliki kesatuan hati.... akhirnya dapat hilangkan penat...

Si Bho0otttT...

Bila dia kata bho0otttt...
Semua mula menjawab...
Bila dia cuba katakan lagi bho0o0ottt...
Semua masih ceria...
Bila dia katakan lagi dan lagi...
Semua dah pening...
Bila semua tak dengarkan lagi kataannya pun... bho0o0ottt...
Semua dah mula rindu gila....

: )



*dipetik dari sumber mana entah, (Xaramba Xarambey, yeayy!, 2010)*


Khamis, 14 Oktober 2010

Kosong

kosong jer, xde apa pon entri... (Najib, 2010)
Haha... Jangan risau bro, kosong tak de entry tu, bukan takda apa...
tapi ada makna....
: ) Haha....

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kualiti dari Kuantiti

Seorang lebih baik daripada 10 orang. Kalau 10 orang tahu uruskan hal-hal yang rumit,
itu lebih kualiti. Kalau sepuluh-sepuluh macam watak dalam filem Dunia Baru tu, pergi je cakap,
" sapuloh.... dua puloh... penuh.... " Haa, lagi bagus macam tu... haha..
Lepas tu, hang pi kerja dekat petrol pam tu. Kan? Senang.... Lebih baik ada seorang manusia yang pandai buat kerja daripada 2 3 ratus orang tenaga kerja manusia tapi haram tak boleh buat kerja. Yang dia tahu, tuding jari sana. Tuding jari sini. Arah orang sana, arah orang sini. Mana boleh, "Tak boley....... " kata aney iklan dalam komersial tv tu.
Jangan anda jadi macam tu wahai kawan.
Jadi, semua kena berkerjasama. Semua perlu bantu secara menyeluruh. Syumul kata orang yang berilmu... Haa, barulah maju kita nanti. : )
Kesimpulannya, lebih baik seorang daripada 10 orang. In case... , kalau semuanya nak buat perangai.

*Sama-sama belajar pepatah baru ini. : ) / berhujah boleh, tapi biarlah ada rujukan dan analisis. hehe*


Khamis, 7 Oktober 2010

Senyuman di TEKA

Ini suatu kisah gembira dan
terujanya seorang Student TEKA.

Hal ini berlaku ketika dia
sedang menghadiri latihan
teater yang dia sertai.
Teater itu bakal dipentaskan
tidak lama lagi.
Sedang dia dan semua
yang terlibat dengan teater itu
khusyuk membuat latihan
untuk fasa yang terakhir,
tiba-tiba semua terdiam
dan terpaku melihatkan ohh indahnya
wajah Rozita Che Wan.
Semua yang berada di situ
seolah-olah menjadi ais batu.
Walaupun mereka masih dalam
panahan mentari yang sungguh terik
dan membahang kehangatan.
Sehinggalah Rozita Che Wan memasuki
keretanya semula dan pulang ke
lokasi yang ingin dia tuju.
Barulah mereka kembali
normal dan meneruskan
latihan teater mereka.
Dia tersenyum dan bahgia
terkenangkan Rozita Che Wan.



: ) Rugi aku tak de fakulti masa tu... hehe

Kon & Ju

KON dan JU adalah rakan baik.
Mereka hidup dengan damai dan indah.
Namun disebalik wajah kegembiraan pada mereka berdua,
terselindung satu kedengkian pada diri Kon.
Kon sangat dengkikan kelebihan yang ada pada Ju.
Ju bijak, dan disayangi oleh semua insan yang berada di sekelilingnya.
Manakala Kon, sering di kutuk dan ditepikan.
Kon impikan perhatian... perhatian dari semua orang.
Namun dia sangat pandai berlakon di depan Ju.
Dia berkawan dengan Ju untuk mendapatkan perhatian umum.
Sebaliknya Ju berkawan dengan Kon tanpa iri hati.
Dia sangat jujur.
Malah, sangat ambil berat terhadap Kon.
Adakah Ju tahu yang Kon berkawan dengannya kerana bersebab?


To be continue...


Isnin, 4 Oktober 2010

Nuffnang

Salam semua.
Salam dunia.
Salam untuk yang fikir.
Salam yang inginkan.
Salam nuffnang.
Salam keuntungan.
Salam iklan.

Sudut Cip Cerpen - Popo

Keluarga Popo hidup dalam bahagia.
Selalunya gembira, selalunya senyum.
Popo menghargai orang yang baik dengan mereka.
Namun, langit tak selalunya cerah.
Keluarga Popo diserang musuh yang nyata.
Musuh yang cuba mengkucar-kacirkan
Popo-popo sekalian.
Popo perlu bertindak.
Menghalau anasir-anasir negatif yang
cuba memporak-perandakan keluarga Popo.

: )

Sabtu, 2 Oktober 2010

aisunaM < -

Ada manusia yang suka ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia, yang tak suka ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia yang tak boleh ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia yang boleh ditegur . . . . . . .
Malah, menerimanya dengan hati yang sangat terbuka . . . . . . .
Anda dalam golongan mana?
Jom, kita sama-sama fikir . . . . . . .



Kenapa aku ejakan dalam keadaan terbalik?
Mari kita kaji . . . . . . .

: )

Khamis, 30 September 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table

Satu badan persatuan membincangkan mengenai hal yang terjadi antara mereka dalam mesyuarat yang dijalankan, baru-baru ini...

Mereka menggelarkan diri mereka KA TA'.

Di dalam mesyuarat, panggilan seumpama ini digunakan(panggilan yang merujuk pada pangkat seseorang Ka Ta' dalam organisasi ini.).

2 3 masalah timbul ekoran dua mamat yang asyik betelagah menyambungkan tali yang putus.

Pengerusi Persatuan Katak membuat pusingan meja (round table ler) , untuk mendapatkan jawapan dan pandangan daripada ahli badan persatuan tersebut...

Macam-macam pandangan, fe'el, kritikan dapat disaksikan dalam mesyuarat yang tampaknya, takkan berkesudahan....

Dengan kuasa veto PENGERUSI PERSATUAN KATAK, dia menghentikan perbalahan antara mereka.

Seraya berkata... , 'Baiklah hadirin! Tolong bertenang, Ka Ta' - Ka Ta' sekalian' .


Semua menjadi diam dan membisu. (Mereka agak hormat padanya.)


'Baiklah... Setelah semua Ka Ta' - Ka Ta' sekalian berbalah atas perkara kecil... Saya akan buat kesimpulan...! '


Semua mengangguk-angguk.


'Saya harap, Ka Ta' sekalian peka dan tidak terburu-buru. Sebenarnya, tali itu boleh disambung andai kamu semua... Ka Ta' s bersatu hati... bersatu suara... bersatu tenaga... bersatu...! tanpa telagah...'


Semua tunduk malu. (Ka Ta' yang paling berlagak pun tunduk dan rasa terpukul)


'Saya harap sangat, lepas ni, dalam meeting, ataupun di luar sana, kamu semua Ka Ta' s ni, hiduplah harmoni. saling tegur-menegur, hormat-menghormati, bantu-membantu sesama insan...'

'Dan kamu, Ka Ta' Fulun dan Ka Ta' CaKang... Janganlah berbalah lagi. Saya nak tengok kamu berdua, satukan tali itu... dalam... next meeting... Paham!?'


Jawab dengan takut-takut dan patuh.


'Paham, Pengurusi Ka Ta', jawab Ka Ta' Fulun.

'Err... err, paham tuan.. Eh, paham Pengurusi Ka Ta'... Saya janji, saya takkan kutuk dan cakap belakang lagi kalau tak berjaya sambungkan tali ini....' , ucap Ka Ta' CaKang...

Pengerusi Ka Ta' = 'Baiklah, saya tangguhkan mesyuarat kita dengan tasbih kifarah dan Surah Wal-As... '


Semua Ka Ta' s mengambil iktibar daripada mesyuarat itu.



To be continue...



Rabu, 29 September 2010

Aku lagi lambat....

Aku dapat mengalahkan kawanku, Aimi...
(Post yang aku send kat blog dia -
Aku lagi lambat, Aimi... hehe )
Dah macam contest pulak untuk challenge siapa paling lewat hantar ucapan raya ya.
Kah kuh keh....
Aku post ni pun, kira musim nak rasa kemanisan Syawal tu dah nak habis. : )
For all of you outside there...
I have something to say....
Ucapan untuk di alirkan buat semua muslimin dan muslimat sekalian...
Salam Lebaran...
Moga terampun segala dosa,
salah silap kita bersama...
Yah...

*terlalu ralit sangat cerita hal lain, raya punya hal pun lupa nak wish... : )


Jumaat, 24 September 2010

Tidur

Aku menaip....
Niat tu ada....
Nak siapkan assignments....
Yang melambak tak tersiap-siap lagi....
Tulis.... menulis.... tertulis....
Mata berat sebelah....
Sebelah lagi berat jugak....
Kepala dah makin pening....
Tengkok ikut sakit....
Tak cukup tidur agaknya....
Putuskan satu solution....
Tidur....
zZzzzZzzz....

Khamis, 16 September 2010

Raya

Dalam musim lebaran yang tak habis-habis lagi,
macam-macam perasaan,
perkara, rintangan kita hadapi.

Bagi aku, Aidilfitri kali ni aku banyak miss benda.
Aku tertinggal untuk beraya
dengan semua kawan-kawan aku.

Kesian pulak mengenangkan aku yang
terkadang tak berkesempatan
untuk beraya bersama-sama mereka.

Aku dah nak pulang ke kampus.

Moga sahabat-sahabat, teman-teman,
kawan-kawan dan semua yang
dikeliling aku dapat memahami situasi ini seadanya.

Dejavu

Pakat mai kawan-kawan. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. Ini ala salu silita. haha. Pasal mimpi aku semalam pagi. Begini... 2 3 hari sebelum kejadian, aku dijemput oleh seorang rakan ke open house nya. Almaklumlah, masih musim beraya... berketupat... berrendang dan berbagai - bagai. Nak
bagi lagi feel cerita, lokasinya di Ipoh,Perak. Aku pula di Taiping... (still dalam Perak lagi) Jadi, nak tak nak, kena minta izin itu bos and mam besar.

Dapat passport tak untuk bawa kereta sampai Ipoh nun sana. Aku pun, kena lah tunggu keesokkan paginya untuk dapatkan passport dan visa ke Ipoh tu. Nah, nak tanya parents aku pun, mereka sudah nyenyak tidoq. Lalu aku decide untuk
tidur. Tidur punya tidur.. . .. . zZzzzZzz.... Mimpi sudah masuk!
Kome nak tau mimpi apa? haha.
Mimpi pasal aku nak minta izin tu lah. Dalam mimpi, aku tanyalah Umi.

(Scene mimpi)
Aku - 'Boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Boleh, tapi hati-hati...'
Aku - *dalam hati aku ada rasa - happy lah dapat pergi. bukan senang nak dapat peluang drive. sebabnya, mereka tak yakin dengan kredibiliti aku bawa jentera tu.*

Kemudian, sesudah aku bangun tidoq dan masih mamai-mamai, aku teruslah yakin yang aku memang dah boleh drive tanpa halangan. Tiba-tiba, Umi aku laungkan semboyannya.
'Bukhari, bila kamu nak tukar tarikh tiket bas tu... kang dah tak boleh tukar.. cepat bangun, besiap!'
Aku yang mamai tadi barulah terhenti lamunan. Then, aku pun tanyalah impian aku tu.
(Scene sebenar)
Aku - 'Umi, boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Pegi ngan sapa?Sorang tak berapa nak boleh.'
Aku - 'Dari sini, bu gi ngan kawan. Bedua... '
Umi - 'Kalau camtu, boleh ler... haa... cepat besiap! gi tukar tiket yang tersilap semalam tu. '
Aku - 'Ok Umi... thank you...'

Haha... Akhirnya, perkara yang berlaku sebelum tu, hanyalah mimpi dan fantasi aku. Barulah aku sedar. Tapi.... ada kena mengena ka dengan tajuk aku yang cantik kat atas tu terpampang padu? Hmm... Bagi aku, mimpi yang awal tu seakan berulang kembali. Dan memang situasi,set, props dan segalanya semua sama. baik scene mimpi dan scene sebenar... Jadi, habislah cerita. Aku yakin, ramai jugak pernah alami perkara seakan Dejavu ni... haha....

p/s : entry tiket seakan bersambung dengan entry ni.... : )

Selasa, 14 September 2010

Tiket

Jenuh aku fikir... kenapa aku pergi beli tiket awal? Raya pun tak habis lagi. Cuti, apatah lagi... Ini ada satu kisah yang nak aku kongsi. Pada mulanya, aku
dan teman plan untuk balik awal ke kampus... Yelah, assignment pun belum siap kan? Jadi, aku pun dah sayo-nara lah dekat sahabat-sahabat seperjuangan (Fikri & Syazwan)aku sekalian di bandar hujan ni. (masih dalam keadaan aku lupa perkara penting) Kemudian, aku pun belilah tiket pada petang hari.

Nak dimeriahkan lagi cerita, aku terlupa saat teman aku mesej aku, beberapa hari sebelumnya. Katanya, 'weh, aku blek sne, 16 ni kot...' dan lagi best bila aku pun lupa nak telefon dia, tanya bila confirm balik sebelum beli tiket bas tersebut. Jadi, aku dengan perasaan campur baur++ lagi, pergi lah beli tiket di kaunter jualan tiket bas berkenaan. Diiringi oleh Fikri dan Syazwan. (credit to kereta iswara Syazwan kerana telah menaja perjalanan beraya kami. haha) Selesailah pembelian tiket bertarikh 15 september 2010 dengan harga Rm28.00 tu.

Malam pun menjelma diiringi handset aku pula yang kehabisan bateri dek penat beraya bersama aku, tengah hari tadi. Lepas cas handset, aku pun mesejlah teman ni. Dan nak confirm kan balik, bila lah sang teman ni nak pulang ke kampus halamannya. Tup tap, dia cakap, 'Aku blik kamis laa der.. 9.45pg.. Awai blik wtpa?' Aku dengan terkejut badaknya barulah tersedar dari terlupa. Yang memang dia akan balik 16 ni andaikata jadi. Dan tarikh 16 september 2010 tu, memang hari KHAMIS... Bukan hari RABU. haha. Jadi, aku dengan sendirinya tertawa dalam hati dan perasaan yang bercampur baur ++ itu kemudiannya, datang kembali.



haha.... rugi tak fikir masak-masak....

Rabu, 26 Mei 2010

Coretan Lirik Lagu Implisit

Jamal Abdillah

Kekasih Awal Dan Akhir


Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras lupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia

*korus
Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...
oh oh...

Kau kekasih awal dan akhir
Kau kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
Cintamu yang abadi

Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana kau lebih mengerti

( ulang korus hingga akhir)

Kerana kau lebih mengerti



M. Nasir

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

*korus
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

ulang
*korus



antara lagu favourite aku...

Sabtu, 22 Mei 2010

Review Filem Belukar

Salam pada anda semua...
Kali ini aku nak buat review sedikit mengenai
filem yang aku dah tonton tempoh hari.
Filem Belukar ini adalah hasil karya
pengarah serta penulis skrip muda, Jason Chong.
Belukar telah menampilkan Daphne Iking sebagai Eva
dan Bront Palarae sebagai Nik...
Menurut pandangan peribadi aku,
cerita ini sangat mengujakan kerana
pelbagai konflik telah digarapkan dalam cerita ini.
Selain itu, sebagai penonton,
susah untuk aku mendapatkan kepuasan dalam filem
kerana kadangkala filem kita... maaf cakap, kurang kualiti...
Ada yang cuba menghasilkan filem yang terbaik,
malah ada jua sesetengah pihak hanya mahu mengaut
keuntungan sahaja.
Aku tak boleh berhujah panjang dalam hal ini
kerana aku bukanlah
orang yang arif dalam bidang ini.
Aku cuma ingin memberikan pendapat sahaja.
Ternyata, cubaan Jason Chong kali ini berhasil
dengan menampilkan watak-watak yang baru,
kebanyakkannya di pegang oleh pelakon-pelakon yang
jarang diberi peluang beraksi di kancah layar perak.

Pengarah, Penulis Skrip & Lakon Layar oleh Jason Chong.



Poster Belukar yang mula ditayangkan 6 Mei 2010 yang lalu.



Berikut merupakan sinopsis filem ini.
Mengenal hati budi seorang insan biasa bukanlah satu perkara mudah.
Cuba bayangkan anda harus menyelami hati budi
seorang penipu professional.
Pernahkah seorang penipu jatuh cinta dan
bolehkah kekasihnya sendiri percayakan janjinya?
Sejauh manakah penipuan ini berterusan....
Eva adalah seorang penipu professional.
Tuntutan insurans yang melibatkan Eva
dalam 5 tahun ini berjumlah hampir melebihi 100 juta
dan kini Eva sedang disiasat oleh beberapa pihak.
Malangnya tiada seorang agen penyiasat insurans pun
mampu membuktikan Eva bersalah.
Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Nik
iaitu seorang penyiasat insurans daripada
syarikat insurans ABG yang dihantar dari Eropah.
Dalam proses sisatan Nik itu, Eva telah jatuh cinta pada Nik
tanpa mengetahui identiti Nik yang sebenar.Namun Nik tidak percaya
akan keikhlasan cinta Eva.
Nik bergelut antara cinta dan tanggungjawab profesionalnya
iaitu membongkar penipuan Eva.
Adakah cinta Eva pada Nik ikhlas ataupun ianya juga satu penipuan?
Adakah Nik akan terus terperangkap dalam jerat cinta Eva
ataupun Nik berjaya mendapatkan kekuatan untuk membongkar identiti Eva?
Apakah kesudahan mereka?
SIAPA YANG MENIPU DAN SIAPA YANG TERTIPU ?




Daphne Iking memegang watak utama sebagai Eva.



Bront Palarae antara pemegang watak utama sebagai Nik.




Sebahagian pelakon-pelakon Belukar.( Gambar ketika soft launch event mereka.)


Belukar mampu memberi anjakan paradigma pada pengarah-pengarah
di luar sana supaya mencuba corak penceritaan yang baharu,
yang lebih rumit dan lebih complex. Semoga kita
bakal menikmati warna-warni yang lebih segar
dalam industri perfileman kita kelak. Insya Allah.

MaaS SalamaH Wa IlalliqA’



aku bagi 4 **** (hehe....)


Jumaat, 21 Mei 2010

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

sumber dipetik daripada http://nursyirah.wordpress.com/2009/01/10/solat-istikharah-tata-cara-dan-doa/

Maas SalamaH Wa IlalliqA'

Jumaat, 7 Mei 2010

ARKIB : 18/02/2010

Jendela baru ISS beri pandangan luas angkasa lepas


BUMI kelihatan begitu indah dilihat daripada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa manakala gambar kanan menunjukkan jendela berbentuk trapezoid yang baru dibuka. - AP


CAPE CANAVERAL, Florida 17 Feb. - Angkasawan berjalan di angkasa yang ketiga dan terakhir malam tadi serta membuka jendela angkasa baru Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), membolehkan krew mengorbit untuk meninjau angkasa lepas dengan lebih baik.

Robert Behnken dan Nicholas Patrick perlu menjalankan banyak tugas di luar, namun yang paling ditunggu-tunggu adalah pembukaan tujuh jendela baru ISS dalam tugas akhir misi berjalan di angkasa.

"Mari kita buka penutupnya," demikian arahan komander George Zamka kepada angkasawan.

"Ia mungkin modul terkecil ISS tetapi perkara baik selalu datang dalam bungkusan kecil," ujar Patrick.

Behnken dan Patrick tidak mengalami masalah mengalihkan penutup penebat keras jendela tersebut dengan Zamka menyatakan kilauan besi daripadanya sebagai hebat.

Patrick kemudian membuka kunci penutupnya dan selepas itu angkasawan di dalam akan membukanya, sekiranya semua berjalan lancar mereka akan dapat menikmati pemandangan paling besar dan paling jelas Bumi.

Kawalan Misi mahu penutup dibuka semasa angkasawan masih berjalan di angkasa supaya mereka boleh menjadi perantara sekiranya sesuatu berlaku. Bagi mengelakkan masalah, Behnken dan Patrick diarahkan berada pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari jendela itu selepas penutupnya dinaikkan.

NASA tidak mahu mereka tersepak atau terlanggar jendela itu dengan beg peralatan.

Bilik pemantauan bernilai AS$27 juta (RM91.5 juta) itu adalah sebahagian daripada bilik baru ISS, Tranquility. Kapal angkasa Endeavour membawa bahagian yang dibina Eropah itu minggu lalu.

Kubah binaan Itali dengan tinggi 1.5 meter dan berdiameter 3 meter itu direka untuk memberikan pemandangan 360 darjah planet Bumi dan angkasa lepas serta ISS sendiri. Ia bukan hanya untuk dinikmati krew kerana stesen kerja robot akan dipasang esok supaya angkasawan dapat melihat dengan jelas semasa mengendalikan lengan mekanikal ISS.

Enam jendela berbentuk trapezoid terdapat di sekeliling kubah dengan bahagian tengah bersaiz 79 sentimeter, jendela terbesar diterbangkan di angkasa.

Dalam operasi normal, krew ISS dibenarkan membuka jendela itu sepanjang masa namun bahagian yang berdepan dengan ISS perlu ditutup kecuali semasa pengendalian robot, bagi mengelakkan perlanggaran dengan meteor kecil.

Sementara itu di tapak pelancaran, NASA menangguhkan pelancaran Discovery daripada pertengahan Mac kepada 5 April kerana cuaca sejuk yang mengganggu operasi. Kini terdapat empat lagi penerbangan ke angkasa. - AP


*sumber daripada utusan online 18/2/10 - khamis *

Tin Klik-Kluk