Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 29 Mac 2011

Myspace & Miranda Kerr

Salam buat kamu semua.

Teman pelik.... dan kamu semua hairan.
Tiba-tiba tajuk kat atas macam pelik je. heeEee.
Siapa rasa dia lama tak buka myspace? Cuba angkat kening....
Tadi teman bukak myspace. ( Tiba-tiba je nak buka laman
sesawang ni. )
Saja tengok, apa dah jadi dengan myspace teman tu. Berkulat ke,
sawang ke, nak juga nengoknye.
Teman bukalah ikon friend. Tengok ramai juga add teman, walaupun
teman berkurun lah juga tak buka laman "soserius" ni.
Spechless dan pelik, teman klik pada ikon Miranda Kerr yang add teman.
Teman tak kenal dia, tapi main approve je. hahhaiii.... Kamu semua kenal dia?
Sejujurnya, teman tak kenal dia. Lepas dah tengok profile dia, search mak cik google,
teman akhirnya baru tahu yang dia ni model.
So, apa kaitan Myspace & Miranda Kerr?

Teman pun tak pasti jawapannya. Kamu, bagaimana pula? : P

Ahad, 27 Mac 2011

Nokss! isu #1 kamus kreatif

Salam buat kamu semua.

Kepada pembaca yang disayangi, kamu mesti tertanya-tanya apakah Nokss! sebenarnya? Nokss! isu #1 adalah sebuah zine yang mengumpulkan hasil karya kreatif 9belas orang penulis muda yang mengetengahkan pelbagai genre penulisan. Menampilkan cerpen, sajak, puisi tradisional dan sebagainya, Nokss! isu #1 diharap bakal menjadi kamus buat sang pencinta idea kreatif. Ni kalau Lisa Surihani tahu berita ni, pasti dia pun akan sahut suara untuk menyokong bersama-sama anda juga. heeEee....


Nokss! isu #1 karya pelajar-pelajar Penulisan Artistik semester 4, Januari 2011. Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (TEKA)


Muka depan & belakang zine Nokss!


Menampilkan 9belas penulis Nokss! yang mempunyai idea-idea berskala besar.
Ezy N / Aan / Fatin Danea / Elie Lily / Amanda / ABAH / Azzurein Raz Poh / Rodrod / Shah Aidin / LiyanAziz / Azizi Dain / Aimi Rosli / Fatini Zulkarnain / Akemi Siegel / Alyssa / Aishah Lee / Iki.Ali / Ammar Azmir / Muhamad Ezham


Sebagai seorang insan yang pernah menulis dan karya atau hasil tulisannya telah diterbitkan, kamu pasti akan rasa gembira dan nak sangat senyum macam ni. (nyenghongen sampe telinge.... heeEee)

Katakan yeayy! kepada yeayy! untuk Nokss!

Jadi, itulah serba-serbi pengenalannya. Apa? "Macam mana nak milikinya?" Apa? Teman tak dengar? "Berapa harganya, bro?" Haa, ni teman nak cerita ni. Kamu semua, rakyat Malaysia boleh milikinya seperti cara-cara di bawah.

Sediakan duit RM5.00.

Berhubung terus kepada 9belas, ahli kami,
andai kamu berhampiran kami.



Macam mana dengan kami yang jauh ni, bro? Boleh. Kamu boleh ikut cara-cara di bawah pula.

Sediakan duit RM6.00 untuk semenanjung Malaysia.

Sediakan RM7.00 untuk Sabah & Sarawak.

Tukarkan duit-duit kamu kepada wang pos.

Poskan ke alamat yang akan di beri.

Kamu boleh hubungi terus kepada kami di sini.
9belas.

atau

Boleh emelkan pada (ABAH)
e2b26_khary@yahoo.com.my

atau

(Azizi Dain) azizi_jiji9108@yahoo.com
(Elie Lily) adeq_ili91@yahoo.com

Linkatau

terus pada Aimi Rosli.

Pastikan kamu semua nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor telefon kepada emel-emel yang tertera di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah rujuk Cik Aimi Rosli juga ya. Segala urusan boleh dibuat dengan cara-cara di atas. Adalah gembiranya kami andai kamu semua sudi menekan butang like pada page 9belas kami. Moga kamu semua berjaya milikinya ya!
Di pasaran sekarang!


Link
http://www.churpchurp.com/haryHarith/share/digi-operamini

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour

Wahai seluruh rakyat di muka bumi ini, jom kita sahut usaha murni, memakmurkan bumi dengan tak gunakan tenaga elektrik dalam setiap rumah-rumah kita.
Kalau boleh, kita bersama-sama berganding bahu, tak kira kita asal dari negara mana sekali pun untuk merehatkan penggunaan segala barang letrik di persekitaran kita.
Lagi bagus, kalau kita sama-sama bergelap pada jam 8.30 hingga 9.30 malam ni.
Semoga kamu semua menyahut usaha murni ni ya.



Jemput ke majlis ini.
Jom, nyengoghen sampe ke telinge! heeEee

Rabu, 23 Mac 2011

Perang

Salam buat kamu yang rindunya dalam. Tentu ada antara kamu yang tertunggu-tunggu, bila agaknya teman akan menulis lagi ye? Dan mungkin jugak ada yang bertanya, dah tak berpenghuni ke blog ni? Jangan risau. Teman akan jawabkannya.

Yang pertama, teman memang seronok sangat menulis dalam blog ni. Tapi teman perlu berPERANG. Perang dengan segala suasana persekitaran, kesibukan dan pelbagai lagi aspek sebelum dapat peluang nak kembali menulis macam dulu-dulu kala. Bagi soalan yang kedua pulak, jawapannya ialah ya! Blog ini masih bertuan dan berpenghuni. : ) Okay, berbalik pada perang tadi kan... teman memang banyak benda nak di ceritakan dan dikongsi.

Cuma kali ni, masa untuk berblog amat tipis. Kamu semua jangan risau. Insya Allah, teman masih boleh luangkan masa bersama kamu semua yang tak putus-putus bagi sokongan pada teman ni. Untuk masa sekarang ni, dunia dah bergolak. Libya dah perang. Kesian pulak teman mengenangkan saudara-mara Islam kita di sana.


Jadi di kesempatan ini, marilah kita berdoa moga Allah permudahkan urusan tentera yang memperjuangkan panji-panji Allah dan syiar Islam.



All good things do come to an end, but not for me cause I'm grabbing the freebies with every reload by #DiGiSuperReload.


MaaS SalamaH Wa IlalliqA'

Tin Klik-Kluk