Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 28 Februari 2017

Sampai

Sebelum ni, RKI sempat berfikir macam mana nak jadi orang dewasa? Bagaimana cara hidup dan apa yang akan dilalui sepanjang bergelar dewasa?

Sampailah satu ketika di mana RKI sendiri termenung sendirian, mengenangkan pengalaman yang lepas-lepas. Sampailah ternampak time-image diri sendiri melihat usia Umi Ayah yang semakin meningkat, adik beradik makin membesar dan tak lama lagi bakal mendirikan rumah tangga, dan aku menyaksikan sendiri semua perkara tu seolah-olah aku di satu tempat, dikelilingi dengan visual masa yang berputar, macam dalam filem Tomorrowland. 

Sampai satu ketika RKI perlahan-lahan menggalas tanggungjawab yang diberikan Tuhan barulah kesedaran itu muncul. Tak semudah yang disangka untuk hidup gaya orang dewasa. Cuma menariknya bila kita dah dewasa ni, kita dah kurang nak terganggu dengan benda remeh-temeh, kurang kisah kalau makan seorang diri di restoran, dan tak risau kalau masih single. Ini secebis rentetan hidup RKI yang mungkin ada persamaan dengan kehidupan kamu.

Sampailah apa yang akan dilalui menjelang dewasa itu RKI cuba hadamkan. Walaupun masih tak faham sesetengah perkara, RKI berlatih untuk jadi tabah, seterusnya cekal dalam hidup. Laluan yang berliku tu dah jadi normal sebab hari-hari kena fikir 'macam mana nak survive?', 'berbaloi pilih cara ni?' atau 'apa akibat di masa depan?'. Beberapa persoalan ni pasti timbul dalam senario harian kita, membolehkan manusia yang semakin bersedia, dari hari ke hari sehinggalah menuju ke tarikh luputnya nafas diri kita.

Apapun yang terjadi, kamu semua sempat sampai membaca coret-coret RKI yang masih bergelumang dengan proses mempelajari hidup. Sehingga lengkapnya penulisan ini, kamu semua sampai ke sini dengan izinNya juga. Tak mengapa, jangan terasa lewat untuk berlatih untuk tabah dan cekal, sebab dengan sifat sabar memang dah ada dalam diri setiap insan. Cuma terpulang pada diri sendiri, sama ada nak gilap sabar itu dan tingkatkan tahapnya kepada tabah, seterusnta cekal, atau biarkan terkapai-kapai dalam ombak dunia. Pilihan di tangan kamu semua.

Tin Klik-Kluk