Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 26 Jun 2023

Surat Masa Depan 2030

Akhirnya sudah selamat sampai ke Malaysia hari ini!

Uniknya, berita ini dikhabarkan oleh adik aku, setibanya dia pulang merantau daripada Kota Metropolitan dan tanah moden, Putrajaya. Bukan senang untuk hasilkan surat ini. Sudah dikarang sejak zaman Singapura lagi (2017), namun terlupa tulis dan pos lalu ditunda sehinggalah tahun ini. Surat itu dikirimkan daripada Thailand, atas sebab berpeluang mengembara di sana, hampir 2 minggu lalu. Bukan apa, aku sendiri meletakkan surat itu hendaklah dikirimkan dan mendapat setem luar negara, maka misi tersebut memakan masa yang panjang.

Itu satu perkara. Satu lagi perkara adalah bagaimana sekiranya poskad yang ku kirimkan pada si dia juga tiba pada tarikh ini, hari yang sama surat masa depan 2030 ku itu?

Persoalan ini masih menjadi tanda tanya dan apa yang mengujakan diri ini adalah semakin hari, aku sudah semakin melepasi fasa recovery dalam hidupku. Hampir 4 hari lamanya aku terduduk, frust menonggeng orang kata akibat di tumbuk dunia, lebih tepat mendapat perkhabaran bahawa perhubungan aku tidak boleh ke peringkat seterunsya. Apalah nasib.

Namun begitu, aku pasti dan yakin bahawa semua takdir ini Allah dah tulis. Lebih-lebih lagi perasaan semakin baik apabila dihadiahkan rakan sekeliling yang positif, yang meniupkan semangat lantas tidak penat-penat memberi pesanan supaya aku terus kuat, buat istikharah malah banyakkan berdoa. Tidak kurang juga berpesan untuk suruh move on dan mencari pengganti.

Tidak apa wahai Koriie. 

Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?

Ingat kawan, dalam hidup ini jangan bersedih terlalu lama, kerana masa kita semakin suntuk. Jadi, teruskan hidup dan bersemangatlah ya!

psst: Pesan kat diri sendiri juga ni. :)

Jumaat, 23 Jun 2023

Pesan Buat Kekasih - 6

Wahai bakal isteriku,

Sesungguhnya hari ini merupakan hari kedua diri ini teruji.... dirundung nestapa dan kesayuan hati kerana telah di reject. Dan sebenarnya diri ini menoleh kembali, membelek helaian-helaian skrip hidupku ketika ingin memikat sang gadis yang ku rasakan dialah kan menjadi "...kaulah yang terkini, terakhir dan, selamanya." (Faizal Tahir, Bukan Yang Pertama, 2016). Namun kami seakan tak berjodohan, cuma yang pasti ku akui ku tetap mencari ruang dan peluang untuk membina semula perhubungan yang terlihat tiada masa depan ini. Hai kekasih hatiku yang rinduku mendalam, tidak tahulah apa nak dikatakan selain luahan yang saya akan berusaha keras untuk menjadi seorang jejaka yang lebih baik dari semalam dan memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup saya. Dan terkadang terasa macam saya ini seolah tiada masa depan bercinta kerana selalu gagal. Tapi sahabat saya Fikri berpesan, "tolong jangan salahkan diri sendiri Mat. Dia manusia, boleh buat khilaf."  

Buat awak yang saya pun tak pasti di mana berada, percayalah jika awak adalah jodoh saya, awak capai tangan yang saya hulurkan.... saya ingin katakan perkara yang saya dah pegang sejak zaman diploma lagi. "Jika dia jodohku, terbanglah ke mana pun, ke utara, selatan, timur mahupun barat, dia akhirnya akan tetap di sisiku, di pelamin." Dan awak tak perlu risau kerana memang saya nak buat aktiviti bersama awak, travel, mencipta kenangan dan mengumpul amal kebajikan sementara kita masih di ladang dunia ini. Sebab sekarang saya rasa dah semakin menua, bimbang kalau terlewat jumpa awak, kita terkurang masa untuk mencipta sejarah perhubungan kita. Awak tentu risaukan benda yang sama kan? Oh ya, disebabkan tumbukan dunia kali ni awak, saya hasilkan karya puisi Poskad SAR & Noktah Belum Noktahkan SAR. Patut ke saya lalui kekeliruan ni lagi wak? Atau terus move on?

Ingat ya, masanya akan tiba, seandainya roh masih di jasad. 
Dan seandainya jasad tak bersatu lagi dengan roh, doaku moga kamu senantiasa tabah & dirgahayu. :')

Tin Klik-Kluk