Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 18 Januari 2016

Hanya Ingin Luahkan

Satu per satu rahsia dan misteri dalam kehidupan kita rungkai, kita singkap, kita cerna. Setiap yang jadi itu bermula dengan kegusaran, kerisauan dan tidak tentu hala dalam hati kerana masih takut untuk melaluinya. Setelah menempuh sesebuah perkara, kelegaan hadir perlahan-lahan dengan jiwa yang tenang. Itulah lumrah kehidupan. Nak hidup mesti kena rasai pelbagai perasaan, suka, duka, tawa, kecewa, barulah jati diri itu bercambah dan menjadi matang tunasnya.

Bagi RKI, hidup menjadi dewasa ini menyeronokkan. Seronok dari sudut mencabar minda. Bila ada sesuatu halangan, kita akan duduk sejenak dan cuba untuk cari jalan penyelesaiannya. Kalau bab hati pula, bila kita terasa suka pada seseorang gadis, hati mula bergetar... barangkali mungkin kerana menyenangi si gadis, crush atau mungkin cinta mula nak berputik. Pelbagai rencah situasi sehari-hari ini membuatkan RKI bersyukur dikurnia nyawa dan akal buat masa yang ada. Disebabkan beberapa faktor yang telah menjadi peristiwa yang banyak mengajar RKI, maka sifat kasihan itu kadangkala menebal dalam diri. Itu sebab kadang-kadang rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Dalam dunia kanak-kanak, mereka hanya faham soal bermain, soal gembira dan lompat sana-sini. Itulah kanak-kanak.

Tetapi zaman kanak-kanak RKI telah dirosakkan dengan rasa tak selesa kerana dibuli. Dibuli dari sudut diejek kerana faktor fizikal yang kurang enak di mata kanak-kanak lainnya. Hal-hal lain juga merosakkan zaman riang ria kanak-kanak teman yang menjadikan teman seorang yang berfikir secara mendalam, fikir seakan-akan orang dewasa. Sesetengah kenalan teruja kerana seolah-olah berkawan dengan orang deep ini banyak faedahnya. Hakikatnya, RKI tidaklah deep mana pun seperti yang dihebah-hebahkan itu. Cuma buah fikiran RKI yang ditafsirkan sebagai deep itu kerana dilihat pada konteks perbualan yang diselitkan dengan fakta dan info-info yang berkaitan pokok perbincangan itu. Kena pada orangnya, rancaklah perbualan. Silap orangnya, sunyilah suasana. Pendek kata, RKI semakin kurang keyakinan untuk berbual sebab dah terbiasa berbual secara serius tanpa menyelitkan gurauan.

Hanya ingin luahkan, pada individu yang mengenali teman, kurangnya teman berbicara itu bukan kerana topik kalian tidak menarik, atau teman tak dapat get along tetapi lebih kepada suasana yang sudah banyak berubah, ditambah teman dah jarang dapat peluang jumpa orang menyebabkan dah kurang bercakap sejak akhir-akhir ini. Insya Allah, akan berkembang kembali perbincangan yang menarik dan rancak di pertemuan dengan kalian yang akan datang. Hanya ingin luahkan, pada kenalan yang masih sudi dengar pesan daripada RKI, kamu jadilah manusia yang sempoi, easy going but still can cooperate with others too. Sebab hidup ni kejap je kawan, lambat laun kita pasti berpisah. Sementara RKI ada, hanya nak luahkan jom tolak ansur sesama kita.

Jumpa lagi. :D

Khamis, 14 Januari 2016

Ku Berlayar Tanpa Angin

Seperti tiada arah dan tujuan. Dalam kekalutan yang ada ini, perlulah bingkas dalam meneruskan hidup. Jangan risau, kecewa pada manusia hanyalah sementara, tetapi kecewa di hari muka lebih menyedihkan. Pernah suatu ketika, teman memujuk diri dengan berjalan sejauh mungkin. Kalau tidak kerana penat dan pening tak tentu arah tujuan, teman akan teruskan berjalan. Bagi teman, itulah cara untuk merembeskan keluar segala kekusutan yang ada. Dah diri terasa petak, why not have some rest for our own right?

Tidak salah untuk meletakkan diri pada ruang rehat yang optimum. Yalah kan, siapa yang memahami kita seadanya selain Allah? Mungkin manusia yang ada disekeliling juga sampai suatu masa nanti akan pergi meninggalkan kita dan sudah bosan dengan corak pemikiran kita. Apa yang ada, kekuatan rohani kita untuk terus bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang. Namun begitu, jangan kamu lupa ada insan yang mungkin memerlukan kita untuk menyuntik semangatnya kembali. Andai dapat dikenalpasti insan itu disekelilingmu, ayuh bingkas bantu dia.

Bantulah dari sudut apa sekalipun, yang penting dapat ukir kembali senyuman diwajahnya. Macam RKI sekarang, ada sorang rakan yang menghilangkan diri. Sudah lama... dan RKI masih mencarinya hingga kini. Risau sebenarnya disebabkan beberapa perkara yang tak perlulah dinyatakan disini. Isi utamanya adalah misi untuk cheer up dia seadanya, sebab rasa rugi sangat, dia seorang yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Macam RKI juga punyai certain hard time yang sukar dibendung juga, lately. Apa yang buatkan genggaman itu teguh untuk bingkas bangun adalah dengan simulasi memberi semangat pada diri sendiri. Itu antara satu kunci kejayaan RKI buat masa ni. Dan jangan pula kamu terus-terusan merisaukan soal cakap-cakap manusia yang tak kesudahan itu. Cukup sekadar ambil pesan baik dan buruk itu untuk proses muhasabah diri nanti.

Ku berlayar tanpa angin~
Tak menentu arah dan tujuan~
Mencari sang permataku~
Yang menghilang tenggelam~
(Hidup Tanpa Cintamu, Nidji, 2014, Indonesia)

Untuk teman dan seluruh pelawat Taman Ruangan Konklusi Idea, ayuh semangatkan diri kita! :)

*Petak : Adalah kata seerti seumpama stress / kecewa / bengang yang digunakan oleh kamus RKI. :P

Isnin, 11 Januari 2016

Sekelumit Kata Untuk Dirasa

Terkadang RKI berangan-angan bahawa di suatu hari nanti, RKI akan berjaya menjadi seorang usahawan, dapat membantu orang susah, dapat menolong selagi terdaya, dan punyai sahabat yang sangat supportive, saling membantu diri yang serba kerdil ini. Dan bagi sang jejaka, pastinya mengimpikan seorang sang gadis yang mampu mendepani sukar, tawa bersama-sama dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi dengan cinta keranaNya. Jujurnya, semua orang termasuk RKI impikan pasangan yang cantik, serba serbi sedap mata memandang, sedap akhlak budi pekertinya dan molek tatasusila, sopan santunnya. Namun begitu, rupa dan paras sudah lagi tidak penting seandainya si gadis itu sudi berkerjasama, menjalin ikatan perkahwinan yang sah dan sanggup bertoleransi dengan RKI untuk menempuhi dugaan hidup bersama. Ini saja sudah jadi satu imuniti besar buat sang gadis itu terhadap RKI.

Namun apakan daya, angan-angan yang ada pernah seketika hampir menjadi realiti, dan kini sudah kembali menjadi takdir. Takdir... bahawa pertemuan dan perpisahan pasti ada dalam diri kita, baik sesama keluarga, sahabat mahupun kenalan kita. Ya, amat sukar rasanya ingin menapak semula dalam tahun baru ini (2016) tanpa teman seperjuangan, teman kasih sayang dan teman gurau kasar seorang insan. Keberadaan situasi ini sudah pasti bakal dan mungkin muncul dalam hidup teman dan kamu semua. Walau bagaimanapun, bagi teman, perkara ini sudahpun jadi realiti; sedang melalui fasa move on itu.

Mujur selalu teman bisikkan dalam jiwa sendiri, "pertemuan perpisahan, jodoh, ajal, sudah pasti kita bakal lalui. Maka siap sedialah duhai RKI, bahwa perkara itu tidak mustahil kerana disisiNya jualah segala ketentuan tertulis." Dan mujur juga hati selalu berbisik manis, "cinta itu sentiasa ada, walau di mana dia berada, walau dia lari dengan sesiapa pun, kalau sudah tertulis dia pasanganmu, dia tetap pasanganmu". Sungguh, tiada apa yang dapat melegakan RKI melainkan membelai diri, memujuk manja bahawa Tuhan sentiasa ada buat kita. Dia sentiasa tahu hard time kita, dan selalu memberi tanda dan petanda yang manis, bagi orang-orang yang bersabar dan beriman.

Maka apalah lagi kebahgiaan yang ada di dunia ini dengan kecintaanNya pada kita? Setiap hari diberikan nikmat tak terhingga, setiap pandangan diberiNya kita kelegaan pada perasaan dengan permandangan hijau saujana mata memandang, setiap hembusan nafas terasa segar ditemani unggas berterbangan menyanyikan lagu kicauan merdu.

"It's not that you don't experience fears, it's courage when you experience the fear but keep going." (Kim Do Han, Drama Good Doctor Ep14, 2013, Korea)
"There are two sides to everything." (Kang Hyun Tae, Drama Good Doctor Ep16, 2013, Korea)
"Painful love is still love." (Han Jin Wook, Drama Good Doctor Ep.17, 2013, Korea)  

Beberapa konotasi di atas memberikan sentuhan pada jiwa RKI. Walaupun drama tersebut menceritakan gaya hidup seorang doktor, kisah dan plot yang digarapkan memberikan gambaran sesuatu. Seolah-olah menghembuskan semangat pada RKI. Ya, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti menjadi tekun seperti Kim Do Han yang gigih dalam merawat pesakitnya, dan mengambil sedikit ketegasan yang ada pada Cha Yoon Seo yang bertegas dengan sekelilingnya tentang pentingnya teamwork dan sikap tak terlalu kecil hati dengan cakap-cakap orang, tetapi jangan dilupakan ketulusan hati Park Si On yang menganggap dirinya terasing daripada manusia lainnya, tetapi berusaha untuk bersama-sama dalam pasukan untuk selamatkan nyawa pesakit-pesakitnya. Itulah nilai murni yang menjentik perasaan RKI selepas menonton drama Good Doctor ini.

Apa yang pasti, selagi nafas masih berfungsi, pratikkanlah perkara-perkara kebaikan buat sekeliling walau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang lone ranger di dunia, tetapi anda tetap punyai Dia yang sentiasa menyayangi dan mencintai anda lebih daripada sayang dan cintanya manusia terhadap anda.

Tin Klik-Kluk