Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 18 Januari 2016

Hanya Ingin Luahkan

Satu per satu rahsia dan misteri dalam kehidupan kita rungkai, kita singkap, kita cerna. Setiap yang jadi itu bermula dengan kegusaran, kerisauan dan tidak tentu hala dalam hati kerana masih takut untuk melaluinya. Setelah menempuh sesebuah perkara, kelegaan hadir perlahan-lahan dengan jiwa yang tenang. Itulah lumrah kehidupan. Nak hidup mesti kena rasai pelbagai perasaan, suka, duka, tawa, kecewa, barulah jati diri itu bercambah dan menjadi matang tunasnya.

Bagi RKI, hidup menjadi dewasa ini menyeronokkan. Seronok dari sudut mencabar minda. Bila ada sesuatu halangan, kita akan duduk sejenak dan cuba untuk cari jalan penyelesaiannya. Kalau bab hati pula, bila kita terasa suka pada seseorang gadis, hati mula bergetar... barangkali mungkin kerana menyenangi si gadis, crush atau mungkin cinta mula nak berputik. Pelbagai rencah situasi sehari-hari ini membuatkan RKI bersyukur dikurnia nyawa dan akal buat masa yang ada. Disebabkan beberapa faktor yang telah menjadi peristiwa yang banyak mengajar RKI, maka sifat kasihan itu kadangkala menebal dalam diri. Itu sebab kadang-kadang rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Dalam dunia kanak-kanak, mereka hanya faham soal bermain, soal gembira dan lompat sana-sini. Itulah kanak-kanak.

Tetapi zaman kanak-kanak RKI telah dirosakkan dengan rasa tak selesa kerana dibuli. Dibuli dari sudut diejek kerana faktor fizikal yang kurang enak di mata kanak-kanak lainnya. Hal-hal lain juga merosakkan zaman riang ria kanak-kanak teman yang menjadikan teman seorang yang berfikir secara mendalam, fikir seakan-akan orang dewasa. Sesetengah kenalan teruja kerana seolah-olah berkawan dengan orang deep ini banyak faedahnya. Hakikatnya, RKI tidaklah deep mana pun seperti yang dihebah-hebahkan itu. Cuma buah fikiran RKI yang ditafsirkan sebagai deep itu kerana dilihat pada konteks perbualan yang diselitkan dengan fakta dan info-info yang berkaitan pokok perbincangan itu. Kena pada orangnya, rancaklah perbualan. Silap orangnya, sunyilah suasana. Pendek kata, RKI semakin kurang keyakinan untuk berbual sebab dah terbiasa berbual secara serius tanpa menyelitkan gurauan.

Hanya ingin luahkan, pada individu yang mengenali teman, kurangnya teman berbicara itu bukan kerana topik kalian tidak menarik, atau teman tak dapat get along tetapi lebih kepada suasana yang sudah banyak berubah, ditambah teman dah jarang dapat peluang jumpa orang menyebabkan dah kurang bercakap sejak akhir-akhir ini. Insya Allah, akan berkembang kembali perbincangan yang menarik dan rancak di pertemuan dengan kalian yang akan datang. Hanya ingin luahkan, pada kenalan yang masih sudi dengar pesan daripada RKI, kamu jadilah manusia yang sempoi, easy going but still can cooperate with others too. Sebab hidup ni kejap je kawan, lambat laun kita pasti berpisah. Sementara RKI ada, hanya nak luahkan jom tolak ansur sesama kita.

Jumpa lagi. :D

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk