Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 30 April 2012

Perjalanan Sepi

Assalamualaikum Taman RKI.
Nampak gayanya lama benor ye teman tak tebas semak samun kat taman ni. Subhanallah, dah ada dua ekor ladybird terbang kat sini. makin indahlah taman ni ya? hahhaiiii.... Apa kabo kamu semua? harapnya sihat ler sambil makan roti canai dan minum air suam. Sementara kamu dok kusyuk kunyah roti canai tu, teman nak cerita serba-serbi pengalaman yang teman tempuh sepanjang Perjalanan Sepi teman ni. Yelah, dah lama kan rasanya teman tak ceritakan apa-apa di sini.

Dalam Perjalanan Sepi yang panjang ni, (maksudnya mengembara ler dan dah lama tak update blog) teman dapat lihat pelbagai ragam dan suasana serta budaya hidup masyarakat di Malaysia. Daripada rel keretapi sehinggalah jalanraya dan lebuhraya, daripada bandar hingga ke desa, pengalaman satu per satu teman lalui dalam usaha mengenal diri sebaiknya.

Sesungguhnya, teman amat bersyukur kepada Dia kerana memberi apa yang teman hajati sepanjang pencarian ni. Langit nan membiru, awan putih bak gula-gula kapas dan kehijauan alam menemani perjalanan teman yang sentiasa menyepi daripada arus kebingitan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak teman dapat hargai kebiruan langit kerana disitulah tempat bermain sang burung bersama gerombolannya melepasi setiap daratan dan lautan dalam penjelajahan mereka. Kemudian, dapat merasai kepentingan alam yang hijau kepada sang kerbau, kambing dan rakan-rakan mereka yang lain dalam memastikan kelangsungan hidup mereka. Bagi mereka, kehijauan flora dan fauna banyak berjasa pada mereka. Seterusnya, teman dapat rasakan keheningan wajah insan yang cintakan Dia. Allah.... Sungguh indah wajah-wajah mereka. Sangat menenangkan jiwa.

Kalau kamu semua sekarang mengalami situasi tertekan, ditekan dan menekan, baiklah kamu beristirahat di lapangan itu.
 Lapangan terbang ke bro?
Lapangan Ya Ya Ya ke, kawan?

Hahhaiiii.... lapangan ni adalah lapangan di mana tempat tinggal sejadah yang berbaris panjang, tempat tidur si kitab-kitab bacaan masyarakat seluruhnya, tempat rehat rehal-rehal dan kawan-kawannya. Dah dapat? Yes! bagus kamu dah dapat tempatnya di mana. Ya! Disitulah kamu akan dapat ketenangan. Tak Percaya? Cubalah sendiri. Teman ni berkongsi saja, bukannya teman nak paksa kamu semua percaya. Terpulang pada kamu ya wahai si pembaca sekalian. Jadi gitulah serba sedikit kisah yang teman nak sampaikan. Roti canai pun dah habis, air suam pun teguk yang terakhir buat kamu kan? Yang minum teh o ais pun dah nak balik naik motor sekali dengan yang minum fresh orange, jadi nanti kita lepak lagi kat sini ya sambil mengemas pulak habuk dan sawang-sawang ni. Lepas tu bolehlah berkelah di sini. yeayy! 

Tin Klik-Kluk