Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 22 Mac 2017

Respon RKI Pada Gadis Cun SPM

RKI tertarik dengan topik yang viral baru-baru ini apabila kebanyakan netizen tidak senang duduk dek kerana gadis SPM bergaya cantik, mengalahkan gadis-gadis dewasa yang sudah pun berkerjaya. Topik perbualan sebegitu menjadi hangat di media sosial sehingga ramai yang share post mengenai gadis terbabit termasuklah ada antaranya yang sanggup mencari instagram gadis tersebut.

Nah, di sini persoalan etika kemanusiaan RKI nak sentuh. Tak salah untuk mengenali peribadi gadis tersebut cuma yang anehnya, mereka terlampau obses sehinggakan ada pihak nak ambil kesempatan dalam situasi ini. Membuat akaun instagram palsu dengan meletakkan gambar gadis tersebut dilihat sebagai 'curi peluang' ketika topik ini masih viral. 

RKI pun tak kenal secara terperinci, siapakah gadis cun itu namun hanya nak pesan, berpada-padalah dalam menggunakan laman sosial. Cubalah rasa bertanggungjawab pada diri sendiri dengan tidak mengeksploitasi orang lain. Nak kawan dengan gadis tersebut, silakan. Tapi kalau dah sampai buat akaun instagram palsu tu, pada RKI itu dah keterlaluan.

Apa-apa pun, selamat maju jaya buat gadis cun viral SPM 2017 ni. Andai anda terbaca artikel ini, pesan saya, semoga kamu maju jaya dalam lapangan yang akan diceburi nanti. Jangan lupa berlatih main catur ya. Jaga diri.

Sekian. 

Tin Klik-Kluk