Sesungguhnya hari ini merupakan hari kedua diri ini teruji.... dirundung nestapa dan kesayuan hati kerana telah di reject. Dan sebenarnya diri ini menoleh kembali, membelek helaian-helaian skrip hidupku ketika ingin memikat sang gadis yang ku rasakan dialah kan menjadi "...kaulah yang terkini, terakhir dan, selamanya." (Faizal Tahir, Bukan Yang Pertama, 2016). Namun kami seakan tak berjodohan, cuma yang pasti ku akui ku tetap mencari ruang dan peluang untuk membina semula perhubungan yang terlihat tiada masa depan ini. Hai kekasih hatiku yang rinduku mendalam, tidak tahulah apa nak dikatakan selain luahan yang saya akan berusaha keras untuk menjadi seorang jejaka yang lebih baik dari semalam dan memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup saya. Dan terkadang terasa macam saya ini seolah tiada masa depan bercinta kerana selalu gagal. Tapi sahabat saya Fikri berpesan, "tolong jangan salahkan diri sendiri Mat. Dia manusia, boleh buat khilaf."
Buat awak yang saya pun tak pasti di mana berada, percayalah jika awak adalah jodoh saya, awak capai tangan yang saya hulurkan.... saya ingin katakan perkara yang saya dah pegang sejak zaman diploma lagi. "Jika dia jodohku, terbanglah ke mana pun, ke utara, selatan, timur mahupun barat, dia akhirnya akan tetap di sisiku, di pelamin." Dan awak tak perlu risau kerana memang saya nak buat aktiviti bersama awak, travel, mencipta kenangan dan mengumpul amal kebajikan sementara kita masih di ladang dunia ini. Sebab sekarang saya rasa dah semakin menua, bimbang kalau terlewat jumpa awak, kita terkurang masa untuk mencipta sejarah perhubungan kita. Awak tentu risaukan benda yang sama kan? Oh ya, disebabkan tumbukan dunia kali ni awak, saya hasilkan karya puisi Poskad SAR & Noktah Belum Noktahkan SAR. Patut ke saya lalui kekeliruan ni lagi wak? Atau terus move on?
Ingat ya, masanya akan tiba, seandainya roh masih di jasad.
Dan seandainya jasad tak bersatu lagi dengan roh, doaku moga kamu senantiasa tabah & dirgahayu. :')
Tiada ulasan :
Catat Ulasan