Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 19 November 2010

Family "Bahagia"

Di dalam sebuah kereta, wujud 4 orang ahli keluarga yang sangat "bahagia". Mama, Papa, Abang & Adik. Walaupun mereka sudah lama tidak bertegur sapa sejak masing-masing sudah membesar, mereka tetap bersama dalam sebuah kereta Toyota Camri bernombor plate 001NEK. Tiba-tiba, suatu bunyi aneh kedengaran...

Mereka agak bingung. Namun masih ego untuk bertegur sapa lagi. Sehinggalah bau yang sangat asyik hinggap di pintu hidung mereka. Mulalah Si Adik bertanya.


Adik - Sape 'melepas' ni?

Papa - Ntahlah. Tak nak ngaku ke?

Abang - Sapa yang bau dulu?

Mama - Tak tau lah pulak.

Papa - Haa adik... tadi tanya dulu kan?

Mama - Budak ni lah bau dulu tadi. Dia yang tanya. Adik...

Adik - Apa ma?

Mama - Baik ngaku cepat... kamu yang bau dulu tadi.

Abang - (sambil bisik dalam hati) Nasib baik tak ngaku.

Adik - Mana ada ma... adik taklah. Kalau adik, adik dah ngaku tau.
(dalam hati - padahal memang aku yang 'lepaskan' pun. hehe)

Mama - Sapa pulak lepaskan ni?
(dalam hati sambil tengok cermin kereta - Hanya Tuhan je tau aku yang 'lepaskan'.)

Papa - (tengok side mirror sambil monolog - Aku lagi tak leh ngaku. Aku dahlah ketua keluarga.)



Akhirnya keluarga yang sangat "bahagia" ni, kembali bertegur sapa dan berbual setelah hampir setahun tidak bersua muka akibat masing-masing telah membawa haluan sendiri dalam hidup mereka. Moga-moga kita kekalkan kemesraan dalam keluarga walaupun usia kita telah lanjut.




Utamakan keluarga.
Keharmonian adalah kunci kemesraan.
*Mesej daripada ABAH hanya di Ruangan Konklusi Idea.*


haha. : )


14 ulasan :

zmah berkata...

Hahahaaa...semua melepas rupanya.

tolonglapaham berkata...

terbaek lah... :)

4umyfans berkata...

zmah < Tau tak pe... semua akhirnya sembang semula.

4umyfans berkata...

tolonglapaham < Nasihat buat kita semua. haha

tolonglapaham berkata...

btl sangat2.....jgn lah kte bermasam muke sesama keluarga...

4umyfans berkata...

tolonglapaham < ya! yang penting, jangan nanti, bila kita sebagai anak-anak dah makin besar, kita dah tak reti nak sembang dengan parents kita. tu dah kira bahaya tu.

tolonglapaham berkata...

InsyaAllah....aku doakan kte tak jadi anak yg durhaka...

LiLtLe KiD berkata...

melepas~~~~
kentut punyer FAMILY,

4umyfans berkata...

tolonglapaham < ya! sama-sama kita doa-mendoakan.

4umyfans berkata...

little kid < mereka semua melepaskan gas murni dan tak mahu mengakuinya!
: )

sop rosli berkata...

Nie crita ade kene mengene psl aku... Ape org ckp, ragam hidup loh...

4umyfans berkata...

sop rosli < hahhaii... ada juga betulnya kehidupan seharian, macam dalam cerita ni ye...

Amoi MiyaSya berkata...

ade jugak family macam tu . huhu

4umyfans berkata...

amoi miyaSya < mungkin ada jugak...
teman rasa ler... heeEe

Tin Klik-Kluk