Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 8 November 2010

Bola Sepak Malaysia Makin Meningkat?

Beberapa tika yang lalu, aku terbaca berita mengenai skuad bola sepak kebangsaan akan mengharungi saingan dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Menurut media, skuad kebangsaan masih dalam usaha memperbaiki prestasi negara dalam rangking yang akan di keluarkan oleh FIFA nanti.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, aku semestinya amat menyokong kesebelasan utama Malaysia bagi melepasi halangan dalam Sukan Asia 2010 ini. Moga doa, semangat, serta azam dan iltizam seluruh rakyat serta para pemain dapat diterjemahkan dalam aksi 90 minit di atas padang. Ujian pertama Malaysia bakal diberikan oleh skuad Kyrgyzstan. Mudah-mudahan, Malaysia mampu menyainginya dan sedikit sebanyak menyuntik semangat pemain-pemain untuk terus memburu kejuaraan yang berprestij itu.



Malaysia BOLEH!!!

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk