Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 4 November 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table 2

Sekali lagi Ka Ta' s mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah baru.

Masalah timbul ekoran Pengerusi Katak tidak menghebahkan maklumat yang betul kepada umum.

Terdapat salah edar maklumat di sini.

Ekoran itu, ramai Ka Ta' yang marah dan telah bergaduh-gaduh akibat perkara ini.

'Baiklah hadirin, apa yang kamu mahu sebenarnya?'


Semua Ka Ta' s merasa pelik dan hairan.Pengerusi Ka Ta' seolah-olah tidak mahu mengakui kesalahannya dan masih ego.


'Kami Ka Ta' s mahukan keadilan!'


Berdiri seorang Ka Ta' menyata ketidak puasan hatinya.


'Kami mahu sebab kenapa Pengerusi sesuka hati menindas kami!'


Pengerusi Ka Ta' membuat penjelasan.


'Saya buat semua perkara ini kerana ingin menjaga kebajikan kamu. Saya kalau boleh, nak kurangkan meeting untuk persatuan kita ini. Saya nak kita santai-santai je.'


Semua Ka Ta' makin marah. Seorang lagi bangun dengan nada marah & sangat tak tahan.


'Asal kau sebagai Pengerusi main kotor dengan kami? Puak-puakkan kami? Pilih kasih antara kami? Kenapa kau tak nak sampaikan maklumat betul-betul? Sekarang kau tengok, Ka Ta' dari wilayah kita tak ada wakil. Mana boleh harapkan 2 orang Ka Ta' untuk handle kan event yang besar ni. Diorang nak kena jaga semua bakal Ka Ta' baru berdua je? Fikirlah wahai pengerusi yang sangat 'bijak' dan 'adil'. '


Semua ahli Ka Ta' setuju dengan kata-kata tadi. Ramai yang lain memberikan sorakan tanda nak berdiskusi lagi dengan Pengerusi Ka Ta' itu yang makin hari, makin nampak betapa kotor cara dia mengurus Persatuan Katak.


'Saya tak puak-puakkan kamu semua. kamu yang pilih. Kami Siniri memang selalu berbincang sesama kami. Kamu Jiniri Ka Ta' perlu buktikan, kemampuan kamu mentadbir dalam dunia Kekatakan ni. '


Pengerusi Ka Ta' kembali bersuara. Seniri = Senior. Jiniri = Junior


'Ahh, kau dari haritu dok cabar-cabar kami kan? Sekarang kami dah buktikan, kami mampu mentadbir. Kami menang dalam pertandingan baru-baru ni. Kamu? Apa? Apa? hanya dapat tempat ke-4 je kan? Sudahlah, kami dah nampak permainan kamu.'


DENGAN KUASA VETO Pengerusi, dia berhentikan mesyuarat yang tak berkesudahan itu.

'Ok, saya tangguhkan meeting ini. Ka Ta' Majlis Tertinggi, jom kita gerak.'


Semua ahli mesyuarat Ka Ta' marah. Pengerusi dan MT serta orang kuatnya beredar seperti orang ketakutan. Takut menerima kebenaran.



To be continue...




Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk