Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 16 September 2010

Dejavu

Pakat mai kawan-kawan. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. Ini ala salu silita. haha. Pasal mimpi aku semalam pagi. Begini... 2 3 hari sebelum kejadian, aku dijemput oleh seorang rakan ke open house nya. Almaklumlah, masih musim beraya... berketupat... berrendang dan berbagai - bagai. Nak
bagi lagi feel cerita, lokasinya di Ipoh,Perak. Aku pula di Taiping... (still dalam Perak lagi) Jadi, nak tak nak, kena minta izin itu bos and mam besar.

Dapat passport tak untuk bawa kereta sampai Ipoh nun sana. Aku pun, kena lah tunggu keesokkan paginya untuk dapatkan passport dan visa ke Ipoh tu. Nah, nak tanya parents aku pun, mereka sudah nyenyak tidoq. Lalu aku decide untuk
tidur. Tidur punya tidur.. . .. . zZzzzZzz.... Mimpi sudah masuk!
Kome nak tau mimpi apa? haha.
Mimpi pasal aku nak minta izin tu lah. Dalam mimpi, aku tanyalah Umi.

(Scene mimpi)
Aku - 'Boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Boleh, tapi hati-hati...'
Aku - *dalam hati aku ada rasa - happy lah dapat pergi. bukan senang nak dapat peluang drive. sebabnya, mereka tak yakin dengan kredibiliti aku bawa jentera tu.*

Kemudian, sesudah aku bangun tidoq dan masih mamai-mamai, aku teruslah yakin yang aku memang dah boleh drive tanpa halangan. Tiba-tiba, Umi aku laungkan semboyannya.
'Bukhari, bila kamu nak tukar tarikh tiket bas tu... kang dah tak boleh tukar.. cepat bangun, besiap!'
Aku yang mamai tadi barulah terhenti lamunan. Then, aku pun tanyalah impian aku tu.
(Scene sebenar)
Aku - 'Umi, boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Pegi ngan sapa?Sorang tak berapa nak boleh.'
Aku - 'Dari sini, bu gi ngan kawan. Bedua... '
Umi - 'Kalau camtu, boleh ler... haa... cepat besiap! gi tukar tiket yang tersilap semalam tu. '
Aku - 'Ok Umi... thank you...'

Haha... Akhirnya, perkara yang berlaku sebelum tu, hanyalah mimpi dan fantasi aku. Barulah aku sedar. Tapi.... ada kena mengena ka dengan tajuk aku yang cantik kat atas tu terpampang padu? Hmm... Bagi aku, mimpi yang awal tu seakan berulang kembali. Dan memang situasi,set, props dan segalanya semua sama. baik scene mimpi dan scene sebenar... Jadi, habislah cerita. Aku yakin, ramai jugak pernah alami perkara seakan Dejavu ni... haha....

p/s : entry tiket seakan bersambung dengan entry ni.... : )

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk