Jenuh aku fikir... kenapa aku pergi beli tiket awal? Raya pun tak habis lagi. Cuti, apatah lagi... Ini ada satu kisah yang nak aku kongsi. Pada mulanya, aku
dan teman plan untuk balik awal ke kampus... Yelah, assignment pun belum siap kan? Jadi, aku pun dah sayo-nara lah dekat sahabat-sahabat seperjuangan (Fikri & Syazwan)aku sekalian di bandar hujan ni. (masih dalam keadaan aku lupa perkara penting) Kemudian, aku pun belilah tiket pada petang hari.
Nak dimeriahkan lagi cerita, aku terlupa saat teman aku mesej aku, beberapa hari sebelumnya. Katanya, 'weh, aku blek sne, 16 ni kot...' dan lagi best bila aku pun lupa nak telefon dia, tanya bila confirm balik sebelum beli tiket bas tersebut. Jadi, aku dengan perasaan campur baur++ lagi, pergi lah beli tiket di kaunter jualan tiket bas berkenaan. Diiringi oleh Fikri dan Syazwan. (credit to kereta iswara Syazwan kerana telah menaja perjalanan beraya kami. haha) Selesailah pembelian tiket bertarikh 15 september 2010 dengan harga Rm28.00 tu.
Malam pun menjelma diiringi handset aku pula yang kehabisan bateri dek penat beraya bersama aku, tengah hari tadi. Lepas cas handset, aku pun mesejlah teman ni. Dan nak confirm kan balik, bila lah sang teman ni nak pulang ke kampus halamannya. Tup tap, dia cakap, 'Aku blik kamis laa der.. 9.45pg.. Awai blik wtpa?' Aku dengan terkejut badaknya barulah tersedar dari terlupa. Yang memang dia akan balik 16 ni andaikata jadi. Dan tarikh 16 september 2010 tu, memang hari KHAMIS... Bukan hari RABU. haha. Jadi, aku dengan sendirinya tertawa dalam hati dan perasaan yang bercampur baur ++ itu kemudiannya, datang kembali.
haha.... rugi tak fikir masak-masak....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan