Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 29 Disember 2010

Sokongan Kamu Amat Diperlukan Harimau Malaya

Seperti kita semua sedia maklum, cerita mengenai skuad kebangsaan sedang rancak dibincangkan. Baik komen positif mahupun negatif, semuanya ada. Ingatkah kamu bahawa teman pernah utarakan isu bola sepak ini dalam post yang terdahulunya? Bagaimana prestasi Harimau Malaya tampak kian meningkat? Hal ini adalah hasil daripada usaha kita bersama. Sokongan padu para peminat serta usaha daripada para pemain yang dipilih oleh Rajagobal telah membuahkan hasil. Kini, kita perlu tunggu saat yang dinanti-nanti untuk mencapai impian. Menggenggam AFF Suzuki Cup 2010.


Piala AFF Suzuki.
Merupakan trofi bagi kejuaraan serantau Asia Tenggara.


Sebagai rakyat Malaysia, teman nak ajak kamu semua untuk bagi sokongan padu pada Harimau Malaya. Ayuh, kita kirimkan doa, dorongan serta semangat daripada serata negara untuk memastikan kelebihan 3 - 0 kekal ke akhir 90 minit dalam perlawanan akhir kedua ini. Ayuh, kita pastikan Harimau Malaya masih boleh mengaum!


Harimau Malaya... Tanah Tumpahnya Darahku.

Teman suka statement tu.

5 ulasan :

Aimi Amira berkata...

seronok melihat sokongan yang harimau malaya dapat. sekarang dah terbukti masih ramai lagi yang patriotik pada malaysia.

liyanaziz berkata...

ketaq lutut la ni.. hahahah..

Liyana Lynn berkata...

truly, kalau Malaysia menang this time I hope that there will be no rumours or accuses from the other side. kenapa kita 2 buah negara ni tak boelh berdamai eh, it's just a game. :'(

Ain Zulaikha berkata...

yeee, Malaysia insyaAllah boleh menang, penjaga gol dia hebat! tak bagi peluang langsung pun orang Indo masukkan gol..

4umyfans berkata...

Aimi < memang tak sangka kan? ramai lagi penyokong skuad kebangsaan...

liyana < haha. tau tak pa.

Liyana Lynn < betul kata anda! it's only about the game right?

Ain < penjaga golnya berjaya menepis bola sebelum terlepas juga dua gol akhirnya. tapi apa-apa pun, Malaysia still menang agreget 4 - 2.

Tin Klik-Kluk