Hari-hari yang berlalu menyaksikan Mak Limah Temah menjual kuih-muihnya di Kedai Ibu. Dia sering gembira kerana jualannya selalu memberangsangkan. Tambah-tambah gembira lagi apabila kutipan jualannya itu digabungkan dengan hasil sampingan yang agak lumayan baginya. Mengutip tin... Peluh lelahnya terhapus apabila bertemu dengan kilauan tin yang amat bermakna. Tin yang kadang ada, kadang tak ada itulah yang membantu Mak Limah Temah sekeluarga dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kebiasaannya, Mak Limah Temah sering menyimpan hasil kutipan tinnya itu di celahan
mail box yang tak berkunci.
Mail box itu berhampiran dengan Kedai Ibu. Tak Mak Limah Temah sangka, semakin hari, tin yang dikumpul semakin berkurangan. Setelah berpeluh-peluh mencari, dugaan itu pula yang merunsingkan Mak Limah Temah.
"Angkara kutu mana yang kacau daun aku ni?" , monolog hati Mak Limah Temah penuh syahdu.
Mak Limah Temah ingin mencari suatu kebenaran. Peluh penatnya perlu berbayar dengan harga sekilogram tin itu. Pencariannya, suatu kesukaran.
*bersambung (insya Allah... hehe) *
4 ulasan :
main bersambung-sambung pulak
mestilah bersambung...
hang nak tengok tak sambungannya?
gigih betul mak limah temah tu
hehehe~
miss shikio < dia seorang yang gigih membanting tulang belulangnya.
Catat Ulasan