Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tutor Sambilan - Subjek, Bagaimana Nak Senyum Selalu?

Salam pada yang rindunya dalam.

Kali ini, RKI nak ajak semua kenali apa itu senyum.
Senyum? Tak tahukah?
Betul tak tahu?

Wah, ini kes berat ya kalau tak tahu. Dah umpama
tak kenal kentut macam mana caranya. Makan, minum
macam mana tekniknya. Parah tu kawan-kawan. Mari kita
terus ke cerita asalnya. Kadang-kadang kita dapat lihat,
suasana nak senyum selalu sebenarnya agak payah untuk
kita lakukan. Betul tak? Ibarat lagu Hujan tu, Dugaannya.



Jadi, macam mana nak senyum selalu, RKI?

atau

Boleh ke selalu senyum?




Soalan-soalan Barney & Friends ni selalu keluar daripada
mulut rakan-rakan kita di luar sana. Mudah saja tipsnya.
Semudah makan gula-gula dengan sambal belacan +
dengan tomyam campur. Sedap woWooo....

Langkah-langkahnya....

SATU
Fikirkan kita sedang berenang di
laut / sungai / kolam renang.
Bayangkan kegembiraan melalui pengalaman ini.
(Ini akan berhasil kalau tak fobia air :P)

DOS
Bayangkan tengah gembira dapat masakan ibu.
(Ini khas untuk orang perantauan yang lama
dan rindu tak jumpa
mak / ummi / amma / mummy / etc

SALASA
Fikirkan di kawasan yang anda pandang itu,
tiada manusia yang bencikan anda. Semuanya
sayangkan anda.
(Tips ini akan berhasil jika betul-betul mahir
dalam Teknik Ilusi. :P)


Ringankan pipi anda dan mulut untuk
ukirkan sendiri senyuman itu. Kemudian,
letakkan sedikit pemanis pada bibir
dengan memakan makanan yang berkisarkan
strawberry, coklat badam, ataupun
kacang tumbuk keluaran Cap Nyengoghen.
(Insya Allah berhasil. Percayalah,
kalau tak kamu akan terngiang-
ngiang lagu Raihan, SENYUM)

Apa lagi tunggu....
(kata Malik ajak Shark
lawan Tuju Guli)
heEeee....

Anda pilih mana?
SATU?
DOS?
SALASA?
つ?
Pilihan
di tangan
anda, anda, anda.


Semoga jumpa
lagi,
dalam
Tutor Sambilan
seterusnya, bersama
Taman RKI....
Salam.
yeayy! :D

Khamis, 22 September 2011

Tribute to him #5

She say, He calm....
He Walk, She down....
She smile, He cry....
He chill up, She feel weird....

That's the moment we all should think wisely.
Don't speak, if we think it might be worst for the surrounding....

yeayy! :D

Selasa, 13 September 2011

Tribute to him #4

They see, what they want....
They need, what they want....
They know, what they say....
They cry, what his laugh....


The journey keep going round and around....
There's no meaning laugh and sad when you
choose to laugh than sad....

yeayy! :D

Sabtu, 10 September 2011

Tribute to him #3

They smile when he cry....
They happy when he fall....
They love when he fail....
They love when their siblings being kill by enemy....

So, so so pity to him.... : (

Jumaat, 9 September 2011

Tribute to him 2#

The say why me?
They say whose wrong?
They keep asking until he bored....
They get the pain that they asked before....

So, so so sad.... Pity for him.

Khamis, 8 September 2011

Tribute to him

It only so sad....
you know you will sad....
it only to be mad....
no matter to be fat....

Kekayaan Hati

Salam Taman RKI.

Teman tengah gembira + sedih + duka + semua....

"Peninglah RKI, macam mana tu?"
"Ohh, macam inikah? Atau yitu macamm ka, dei?"
"Erm, kite rashe nak tau ler pe yeng awek tu pendems..."

Teman kalau dah bertimbun-tamban jadi ayat dan soalan macam tu, teman
hanya duduk, diam, dan senyum saja. Tu kira teman dah tak boleh kentut
dengan tenanglah tu. Sebab, tanya macam orang nak rap lagu Eminem.
macam orang nak nyanyi lagu rap Too Phat. Teman ni, bukan kaki rappers.
Teman kakiku kakakku je. Eh, apa yang teman cakap ni, RKI?
Teman dah bengong.... Arghh.... Arghh....

Gak.... Gakk.... Gakkk.... Gakkkkkk.......!


Hati itu jiwa,
Jiwa itu mega,
mega itu ada,
ada itu infiniti.

yeayy!

Isnin, 5 September 2011

Tutor Sambilan - Subjek Cinematic Communication


Salam Lebaran buat semua pengunjung Blog RKI.

Dah kenyang makan ketupat? Rendang? Atau lemang? Kalau sudah,
syukur pada-Nya.
Sebabkan dah kenyang,
teman nak buka kelaslah
pada pagi ni, sejuk menggeletor bebenor bak kata rakyat-
rakyat Negeri Perak yang loghatnya begitu. :D

Mari kita mulakan pelajaran kita pagi ini dengan
bacaan Basmallah.... (JEDA sebentar) Amin.... Sekarang
kita akan belajar pelajaran baru iaitu, subjek
Cinematic Communication
. Subjek yang punyai
pelbagai cabang makna dan ideologi mengenainya.
Para perantau ilmu sekaliannya.... Tahukah kamu
makna Cinematic Communication itu apa?
Faham apa yang ada di dalamnya? Mari teman
kupaskan sedikit demi sedikit.

Apa yang kita dapat lihat, subjek ini mengupas sedikit
sebanyak mengenai konsep-konsep kajian yang
mendalam terhadap filem, ataupun dalam bahasa
mudahnya, kita ingin kupas dan kaji mengenai
bahasa filem dan makna setiap pergerakan, malah
setiap inci dalam sesebuah frame. (yakni paparan
yang ada di dalam skrin) Cinematic Communication
menurut Masz Hamzah, 31 Mei 2011, adalah suatu
interaksi yang nyata & tersembunyi dengan elemen
sinematik. Interaksi yang nyata & tersembunyi di
sini jika dihuraikan dengan bahasa mudah adalah
suatu jalinan antara benda-benda konkrit dan benda-
benda abstrak dengan sinematik itu sendiri. Hal ini
jelas membuahkan suatu petanda serta petunjuk
bahawa pembelajaran dalam bidang filem bukanlah
hanya seperti ilmu murahan semata-mata tetapi
penuh dengan huraian dan teori-teori berilmiah
yang dipelopori oleh segenap masyarakat yang
berlainan agama, berbilang bangsa, budaya
serta cara hidupnya yang unik dan tersendiri.

Dalam subjek ini, ada beberapa konsep yang kita perlu
kupas dan pelajari. Berikut adalah konsep-konsepnya.

1- Cinematic Conventions.
2- Cinematic Perceptions.
3- Cinematic Time.
4- Cinematic Space.
5- Cinematic Style.
6- Cinematic Dreamscapes / Dreams.
7- Cinematic Existence.

Setiap konsep, ada sub-sub konsepnya.
Ibarat setiap rumah, ada pintunya
yang tersendiri.... bahkan setiap pintu
di dalam rumah itu pula, ada lagi pintu
buat bilik-bilik dalam rumah tersebut.
Begitulah jua teman boleh gambarkan
dalam sampan pembelajaran kita
untuk mendayung subjek
Cinematic Communication ini.

Untuk itu, teman hadiahkan
sedikit rujukan buat kamu
semua yang dahagakan
ilmu. Boleh rujuk di
bawah entry ini.

Akhir kata,
semoga kita bertemu lagi
di kelas yang seterusnya....
Tutor Sambilan.... Subjek
Cinematic Communication.
Itu pun kalau ada
permintaanlah daripada
pembaca blog RKI ni ya.
Sekian, Salam Lebaran
kembali....
yeayy!



Rujukan.

Agacinski.S. (2003). Time Passing: Modernity & Nostalgia.Trans. Jody Gladding. European Perspectives: A series in social thought and cultural criticism. Ed. Lawrence D.Kritzman. New York: Columbia .2003

Wall, T.C. The time image. Deleuze: Cinema and perhaps language. Salon Journal. Vol.8(23). July 2004.

Selasa, 30 Ogos 2011

Blog RKI Sembang Raya

Salam raya buat kamu semua,
keluarga, perantau, pembaca,
penjual, pendidik, pemberi dan
segalanya termasuk pembaca
Blog RKI ini.

Di kesempatan yang sebenarnya memang tak berapa
sempatlah, teman nak bagi hadiah sikit buat orang
yang masih datang ke laman RKI ini, bersila,
sambil makan kuih kayu buruk.
Minum air sirap, makan rendang daging, layan orang
datang rumah tetapi masih ziarah RKI lagi. Teman nak
cakap sebanyak baris yang boleh. Cuma dah sebab
raya ni, teman nak kurangkan cakap. Untuk tu,
sebenarnya nak bagi senyum ni haa, : )
nah, teman nak hadiahkan. Ni nak ganti cakap
banyak yang tak boleh habis kerana suka
merepek sambil kunyah kerepek.

Raya dah tiba.... yeayy!

"tadi kome kata nak cakap sikit?"

Ye.... ye..... Ate teman dah nak ghenti ler cakapnya ni.
Oleh tu, jom layan Filem Pendek hasil daripada
CST Production. Khas Raya 1432H = 2011 kini.





Sebelum teman mengundur diri, teman nak bagi juga
hadiah yang teman kata tadi. Sebungkus kuih
pantun Ku, khas buat anda. Maaf segala. Moga jumpa
lagi dengan sembang dan cerita-cerita merapu bak
kerapu ni. Layan raya sambil ingat kuih raya dan
ketupat, milik siapa ya.... :D


Pantun Ku
Ku titis kesedihan buat perpisahan Ramadhan,
Ku pujuk jiwa buat kemenangan Syawal,
Ku lakar senyuman buat syukuri kemeriahan,
Ku lagukan suara buat takbir terawal.

(ABAH, Syawal 1432H, 2011)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Fakta Yang Nyata Edisi 2

Dalam agama yang Syumul(yakni Islam), kita dapat
lihat keindahan alam semesta dengan mata dan
sudut pandang yang lebih berbeza. Keindahan yang
tiada tandingnya. Tahukah anda siapa pemilik alam ini?
Adakah anda kenal? Mari, kita kenali pemilik alam
kita ini. Caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu
buka Asma Ul-Husna . . . . Bagi yang bukan Islam,
anda boleh kaji akan namanya dengan membuka
laman ini. Keindahan serta anugerah yang tak ternilai
di muka bumi, sebenarnya bertitik tolak daripada
kemanisan Asma Ul-Husna, iaitu
nama-nama Allah S.W.T.

Barangsiapa menghafal nama-nama Allah
(yakni Asma Ul-Husna), maka dia peroleh ganjaran
syurga. Kewajarannya, andai kita amalkan serta
hafal nama Allah, sudah pasti kita akan rasa
takut dan berhati-hati melangkah kaki di dalam
dunia yang penuh bergelora ini. Secara tidak sedar,
kita mengelak daripada melakukan dosa sama ada
yang kering mahupun dosa-dosa besar.
Itulah yang dimaksudkan dengan ayat di atas tadi.

Jadi, RKI menjemput anda semua dan diri RKI juga
untuk basahkan lidah kita, mnyebut kalimah-Nya.
Seterusnya, sempena bulan Ramadhan penuh cahaya,
yang bakinya tidak terlalu besar untuk ke bulan
Syawal, marilah kita bersama tingkatkan lagi usaha
kita mencari zat dan cahaya serta keindahan dalam
Ramadhan.




Bibliografi

1) http://mindaislam.blogspot.com/2008/06/khasiat-nama-nama-allahasmaul-husna.html
Encrypted, (2008). Blog Remaja Islam.

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Asmaul_Husna
Penulis Wikipedia, (2011). Asmaul Husna . Wikipedia Ensiklopedia Bebas.

3) http://www.youtube.com/watch?v=WKQmwxFa6pU
Luqmannul88, (2009). The Most Beautiful Asmaul Husna . Youtube.



Isnin, 22 Ogos 2011

Send Your Heart to Me

Dalam kekeringan dakwat pen, teman usaha guna juga
arang untuk menulis pada canting blog ni. Bukan apa,
mungkin ada yang terasa lemas layan sawang-sawang
dan bau unik blog yang dah usang macam RKI.
Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak terbalik.
Tapi kita yang terbalik, sebab tak rasa nak
balik rumah. Eh, apa teman cakap melalut ni?
Kata orang Perak, leisyior bebenor ghopenye.
Cakap idak mau renti-renti.

Melihat pada keadaan yang tak berkesudahan, baik teman
sudahkan apa perkara sebenar yang membuatkan arang yang
teman pegang ini bakal digunakan untuk mula
menconteng blog RKI. Untuk pengetahuan semua,
yang di rumah mahupun di luar, yang di dalam
mahupun luar negara, yang di universiti mahupun pusat
berhenti, teman nak sebarkan hasil kerja kasih teman
yang telah hempas-pulas kering-keringan tekak memastikan
projek miliknya terlaksana. Kasih teman seorang yang
berusaha untuk kuat pada dirinya. Setelah tergendala
hampir setahun lamanya, kali ini dia berjaya
keluar dari keretanya yang biasa. Sekarang,
keretanya sangat berbeza. Lain, malah lebih berkilau
berbanding dulu. Dengan masterpiece
Send Your Heart to Me
,
di harap raya anda
nanti tak bosan menonton keindahan suasana jiwa
remaja dalam filem pendek keluaran sulung
Black Roses Production.
Harap anda juga menyokong karya yang akan
di tayangkan di pawagam-pawagam terdekat anda
nanti ya. (cehhh, teman lak berangan lebih-lebih
nak keluar di wayang. Almaklumlah dapat
jadi Penerbit / Producer. heEeee....)





Jangan lupa, tinggalkan kumen anda pada
Credit Theme Song laman sesawang Youtube
2011BlackRosesTV.
Dan kalau rasa suka, bolehlah LIKE padanya menandakan
anda sedia dan redha filem pendek ni sesuai
ditayangkan di pawagam atau auditorium yang
anda sendiri bayangkan ya.

*Menu puasa.... satu sudu jiwa, dua sudu tenang, tiga sudu hati,
empat sudu riang.... *


Jumaat, 22 Julai 2011

Fakta yang Nyata

1/2 kegantangan(yakni ketampanan) Allah berikan
kepada Nabi Muhammad S.A.W.

1/4 pula kepada Nabi Yusuff.

Seterusnya, 1/4 bakinya pula kepada
seluruh umat manusia.



Dipetik dari kata-kata Mutawwif yang membawa
teman menziarahi tempat-tempat indah di dunia.
(Ustaz Win,Mac 2011)

Ahad, 26 Jun 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

Diskusi Kerusi Meja Batu

Salam buat kamu yang rindunya dalam pada blog RKI.

Dah berabuk blog RKI ni ya. Mungkin teman dilanggar arus kesibukan Taman Karya. heEeee.... Maaf pada pembaca setia blog yang selekeh ni. Teman hari ni barulah dapat peluang dan ruang, untuk kemaskini entry dan sempat juga lah untukk dengar diskusi ilmu antara pelajar IPTA. Sejujurnya teman gemar mendengar percanggahan pendapat, ideologi dan pelbagai lagi perkara yang boleh dijadikan debat. Oppss.... yoppss.... jangan fikir negatif ya kawan. Teman bukan suka tengok orang bergaduh, tapi suka tengok orang melontarkan pendapat, bagi idea dan menegakkan pendirian diri sendiri dalam sesuatu perkara. Tadi masa lepak-lepak kerusi batu kat kolej, dapat peluang rasai kehangatan berdebat ini.

Masing-masing nak tegakkan pendapat. Yang sebelah pihak kata bagus Pro M ni, yang sebaliknya kata Pro Aspirasi bagus. Bagi teman, dua-dua ada positif ada negatifnya. Cuma yang nyata, kita yang hidup ni kenalah pandai seimbangkannya. Tiada dalam dunia ni, positif, positif saja... dan tiada dalam dunia ni, negatif, negatif saja. (Masz Hamzah, Cinematic Communication, 2011) Teman dapat dengar sampai kesimpulannya tadi. Puas hati plus seronok. Yeayy!

Sekarang, kesimpulannya ialah, mana pilihan kamu? Pro M atau Pro A ? Jawapan di ruang kumen bawah. Silakan. Hahhaiii....



*Taman Karya = Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

Guys! OMG. The new #SamsungGalaxyS2 is finally here! I can't wait to get myself one today!


Ahad, 29 Mei 2011

Rezeki Allah

Lama teman idak bukak web Nuffnang. Lepas seronok jadi cikgu ajar kawan buat Nuff dan ChurpChurp, teman pun saja lah gatal jari pergi taip dan klik nak bukak Nuff... dengan harapan moga-moga adalah rezeki bertambah. Sekali, haa,
Digi Wwwow Award ambik hang! Alhamdulillah, bertambah juga matawangnya. Cumanya, belum boleh berangan lagilah nak dapat cek dari Nuff. Apa-apa pun, syukur! Rezeki Allah. Terima kasih segalanya.


Anda bagaimana?
Ada yang teringin nak cuba?
Apa-apa kemusykilan, boleh tanya.
Sedia membantu. yeayy!


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Jumaat, 27 Mei 2011

Sunnah Nabi Kita

Dari Abu Musa, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang membawa maksud:


"Perumpaan orang yang berzikir pada Allah dengan tidak,
adalah seperti orang yang hidup dengan yang mati."

(riwayat Imam Bukhari)


Dengan makna yang lebih mudah iaitu orang yang berzikir itulah pada hakikatnya ialah insan-insan yang hidup, manakala yang tidak berzikir adalah insan-insan yang mati. (Manusia berjasad tanpa nyawa / ala-ala zombie hidup)

Wallahu alam.

Rabu, 25 Mei 2011

Perantau di Bandar Sendiri

Aku bangun saat jam meluruskan jarum ke arah 1.01 petang macam tu lebih kurang. (110524) Itupun disebabkan telefon bimbit comel aku berwarna biru memekak memecah kesunyian tidur aku. Elok je tengok skrin, tertera nama Freaky. Aku angkat dan menadah bebelan dia di telinga kiriku. Seperti biasa, mengajak melakukan hobi kami bersama. Musim-musim percutian singkat ini eloklah aku, Freaky dan Syazzy keluar membuang waktu menyelak jalanan andai ada idea-idea yang boleh di proses mahupun dicerna. Itulah kerja kami tiga sekawan.

Aku macam biasa. Bangun, bukak laptop dan main game Football Manager 2011. Itupun nasib kalau idak ada line streamyx dekat rumah. Kalau ada, confirm aku akan online lah. Tak bohong punya. (sambil cakap style Zifi) Dalam asyik fokus ke skrin, vrommm... vrommm...
"hmm, dah sampai dah depe..." , bisik hati.
Aku bangun sambut dua orang mamat.
"Jom, lepak dulu dalam rumah aku. Lepas Zohor, kita plan jalan mana-mana.", cadang aku.

Dua orang mat ni pun setuju dengan cadangan. Lepaklah kami bertiga sampai hujan turun. Lebat, renyai... renyai lebat balik... Jadi yang disembang dah banyak topik terus kami plan nak redah hujan. Eloklah tu, langit dah nampak seakan mengizinkan kami berjalan meredah hujan renyai. Rancangan kali ni berbeza. Kami akan jalan tanpa kenderaan. Dulunya memang asyik pakai kereta, motor... Tapi tidak untuk hari ini. Semua memasang niat dan impian nak naik kaki ke bandar.

Tap... tap... tap... menapak punya menapak, kami carilah kedai makan sebab semuanya kelaparan. Moga jumpa tempat makan murah lagi bajet dan berpatutan. Cari situ mahal, cari sana agak tak cukup matawang Malaysia. Akhirnya kami singgah restoran di penjuru sebuah jalan. Masing-masing order makanan pilihan. Masa ni masih seronok. Perasaan ala-ala mat salleh travel di negara asing.

Puas makan, bayar, kami sambung berjalan. Kali ni matahari dah say good bye pada tiga sekawan ni. Nak tak nak, kena pulang ke pangkal jalan. Seperti ayam pulang ke reban, bagai burung kembali ke sarang, begitulah perumpaannya pada tiga mamat ni. Tap... tap... tap... menapak punya menapak sampailah kami di sebuah bank untuk buat transaksi. Buat transaksi dengan harapan supaya back up money kalau-kalau ada kecemasan untuk gunakan matawang itu nanti. Perasaan ala-ala traveller mula dirosakkan sedikit demi sedikit setelah bertemu orang bisnes yang hebat.

Mereka mempromosikan bahan jualan mereka untuk menarik minat kami. Kami yang meminati internet hampir terpukau. Waktu Maghrib pun sudah bermula. Kalau kami masih bersama orang ini, ada kemungkinan terlepas Maghrib. Nak cepat habis sembang, kami cuba menolak tanpa ingin membelinya, namun seorang daripada 3 ini berminat tapi masih ragu-ragu. Ya lah, kata mereka, kalau ambil promosi hari ini, dapat percuma moderm internet dan moneyback guarantee selepas 7 hari tempoh percubaan. Kalau berminat, sambung kontrak mereka. Ayat ini yang aku, Freaky dan Syazzy dengar. Mana tak tertarik, dengar percuma confirm tertarik punya. Sekali lepas Syazzy dah setuju dan bagi segala maklumat, minta duit pula dari kami. Pelik! Sungguh pelik. Bila ditanya, baru dia jelaskan yang memang kena bayar dulu RM100, baru dapat mesin untuk layari internet tu dengan percubaan selama 7 hari.

Tap... tap... tap... kali ni hati kami pula yang ditapak. Bayangkan, sembang panjang tapi rupanya ada yang tak kena. Aku dari awal dah pelik sebab kenapa boleh bagi percuma barangannya sedangkan sepatutnya perlu ada DEPOSIT paling tidak pun. Jadi, kami bincang-bincang, tak nak cuba benda ni untuk trial. Suruh dia cancel, dia tak nak macam tu sebab kata dah buka resit. Jadi dia deal, paling tak kamu bayar kami deposit RM20 atau RM30. Nanti kami bagi tahu bos kata ada salah faham dalam berurus niaga. Nak cepat punya pasal, aku bantu member aku ni untuk bayar. Kesian dia kurang matawang. Disebabkan benda ni, habis perasaan traveller tiga sekawan ini hilang. Cis!

Dan memang firasat kita terkadang betul. Baru aku sedar mengapa aku ada rasa nak buat transaksi bank. Rupanya akan jadi begini.

Sambunglah balik tiga sekawan ni menapak punya menapak... Tap... tap... dan akhirnya tap... Sampai di masjid dengan semua perasaan yang sudah celaru. Masing-masing hilang mood sampai persahabatan hampir teruji. Sadis sungguh! RM100 oh RM100. 4G dan RM100.



Memang betullah apa yang aku terbaca dalam facebook fasal alat 4G.
Lain kali, cuba mengelak kalau tak nak beli ya kawan-kawan.



Not only it is a relaxing session, not only its a facial session but also its a body toning session #TiniSpa #MilkADeal

Isnin, 23 Mei 2011

Review Nur Kasih The Movie

Salam kepada kamu semua.
Kali ni, teman nak bagi review ataupun kata seertinya komen
mahupun yang seerti-ertinya berkaitan drama yang pernah
menjadi fenomena rakyat Malaysia kita tercinta ini.
Filem Nur Kasih The Movie. Hasil kreatif penulis skrip,
Mira Mustaffa dan garapan pengarah yang mencintai
shot-shot permandangan indah, Khabir Bhatia.
Atas permintaan ramai, dan juga atas tanggungjawab insan
seni, Khabir Bhatia sekali lagi menerajui Nur Kasih di bawah
terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn. Bhd.
dan Viden Sdn. Bhd.

Poster Nur Kasih The Movie.
Kredit pada budiey.com

Filem ini berjaya membuat penonton seperti teman tersentuh
dengan jalan cerita dan dialog-dialog yang mendorong
masyarakat Islam kita supaya kembali ke jalan yang
diredhai Tuhan. Gandingan mantap watak-watak seperti
Aidil, Adam dan Nur sudah cukup membuatkan penonton terpaku
menunggu cerita ini sehingga ke akhirnya.
Teman suka cara pengarah ambil shot-shot
permandangan yang membuatkan kita rasa sungguh kerdil berada
di bumi Allah ini. Syabas buat pengarah dan krew-krew produksinya.

Antara sebahagian babak dalam filem ini.

Dalam kehebatan setiap filem, pasti ada kelemahan
dan kekurangannya. Yang kurangnya adalah tang babak
letup-letup tu. CGI nya agak kurang halus, tapi bagi teman,
teman faham.... Mungkin pengarah dah usaha sehabis
baik mencari editor CGI yang power power rangers punya.
Selain itu, ada lagi beberapa kekurangan yang teman pun
dah tak ingat, sebab layan sangat ceritanya pun.... hahhaiii....

Antara pelakon-pelakon filem Nur Kasih The Movie.
Kredit pada Blog Murni Atheerah Hamzah.


Tapi tak dinafikan, teman amat suka filem ini. Habis
terleleh jugalah air mata lelaki sejati teman ni. heEeee....
Nak buat macam mana kan, teman faham dan jiwai sangat
watak Aidil, yang abangnya tu kan? kan?
Teman paling suka dialog ni,

"setiap ujian adalah peluang kita mendekatkan diri dengan Allah..."

Memang power rangers lah si penulis skrip filem ini.
Sekali lagi tahniah dan syabas buat Mira Mustaffa serta
Khabir Bhatia dan krew tenaga produksi Nur Kasih The Movie.
Semoga kamu semua yang tak tengok filem ini pergilah
serbu-serbu panggung wayang kita tu
biar sampai overload
ya.


Ate kamu dah nengok filem ni? Ce ceghite, ce ceghite....


teman bagi 4**** (heEee....)

Serakan Idea D

Lelapkan mata untuk ketenangan jiwa... Lelapkan diri untuk memahami dasar kehidupan....



. . . ABAH


September 29, 2010 at 2:55am

Jumaat, 20 Mei 2011

Keputusan Semester 4?

Salam buat kamu yang rindunya dalam pada blog RKI. Teman dah dapat keputusannya. Ce agak, ce agak teman dapat apa? Hah? Four Flat? Dekan? Kalau ada yang harapkan teman dapat macam tu, Alhamdulillah. Syukran dari teman pada kamu semua. Teman dah dapat keputusan UNTUK cuti semester ini sebenarnya.

Hari tu, teman ada plan nak ke Kampung Selamat untuk buat sikit research berkaitan kampung tu. Kampung Selamat ni berhampiran Bukit Merah, dan menghala ke Pulau Pinang sana. (mesti ada yang nak tanya kan? Tak payah. Teman jawabkan. heeEe. ) Jadi, lepas diceritakan oleh Fikri dan Syazwan, maka teman berhajatlah nak ke sana. Untung-untung, bolehlah dibuatnya skrip teater muzikal. Ye dok? Ate, teman pun ajak dua orang sahabat ni ke sana.

Bincang punya bincang, merapu pun dah banyak sampai jadi kerapu kan? Jadinya teman dan mereka bersepakat supaya tak yah lah pergi. Sebabnya, kami pun tak tau details kampung tu. Sejarah kampung tu pun dengar ceritanya dari mulut ke mulut je. Jadi, kami buat keputusan untuk kekal lepak di bandar hujan ini. Menikmati suasana yang senantiasa dingin dek kerana sering hujan. Moga-moga, dapatlah limpahan idea daripada Pemilik Alam Semesta ini. Amin.

*Mana keputusannya? Takde pun...
Sebenarnya keputusan pun tak keluar lagi.
Relax ya. Duduk diam sudah. HeEeee.... *

Rabu, 18 Mei 2011

Kan Ayah Dah Kata

Pada suatu pagi yang hening, mereka sedang bersiap-siap. Ada yang akan ke sekolah, ke pejabat dan ada yang kekal di rumah menjadi suri rumah. Suatu pagi, ketika Khairul, ayah dan Mak Ruqiyah sedang bersarapan...


Ayah : Rol, sebelum makan baca doa. Paling tak pun, baca Bismillah.

Khairul : Ye, Rol baca.

Ayah : Ingat, kalau kamu tak baca doa... bukan kamu yang kenyang. Syaitan yang kenyang tau.

Khairul : Ye, syaitan nirrojim.

Mak : Pandai anak mak ni sebut ye. makan-makan.


Mereka berdua makan dengan tenang ditemani mak Rol, Ruqiyah namanya. Ayah dan mak sudah habis awal, tetapi Rol masih makan lagi.


Mak : Rol, semangatnya makan. Tak alih-alih tempat duduk mak tengok.

Ayah : Rol, dah pukul 7.15 pagi ni. Kang lambat. Perhimpunan sekolah kamu mula pukul 7.25.

Khairul : Jap, yah. Rol tak kenyang-kenyang lagi ni. Nape ye?

Ayah : Kan ayah dah kata tadi...


Ending? Sama-sama kita fikirkan. heeEe.

Ahad, 15 Mei 2011

Serakan Idea C

be creative,
among positive.
so get start to move.



. . . ABAH

Isnin, 9 Mei 2011

Sehingga Berguguran

Beberapa hari lepas, teman lepak santai dengan sahabat-sahabat teman. Lama jugak kami tak jumpa. Dekat 4 bulan. Almaklumlah, terhalang pertemuan dek kerana masing-masing jalani kuliah di lokasi pembelajaran berbeza.

Pada satu petang yang hening, teman dapat sistem pesanan ringkas daripada Fik.(adeih, yang nak tulis panjang-panjang buat pe. Tulis je SMS kan senang. kan?? hahhaiii....)

Fik : "Bro, jom lepak kt umah aku."

Teman : "Bleh bro. Tp xde transport."

Fik : "Klo gitu, xpe lah. Aku xnk nyusahkn kau, bro."

Teman : "Xpe2. t ak mcj syzwan ye."

Nak dipendekkan cerita sebab dah meleret panjang macam ekor musang kan, jadi teman pun dapatlah transport nak lepak di rumah Fik. Sebelum teruskan perjalanan ke rumah Fik, kami singgah di masjid. Habis tunaikan Asar... hmm?

Hmm... ilham datanglah. HeEeee.... tak sangka sehingga berguguran idea untuk siapkan skrip short film. : )

Sekian.



*harap-harap tak lah masuk
angin keluar sendawa ye. *

Peluh Kedai Ibu (Bab 3)

Bab 3

Seawal mega mentari lagi Mak Limah Temah sudah bersiap-siap hendak meneruskan kerja. Menghantar dua orang anaknya ke sekolah dan terus meniaga di Kedai Ibu. Mata Mak Limah Temah kelihatan bengkak-bengkak dek kerana bersengkang mata untuk memastikan kuih-muih yang ingin dijualnya siap digumpal-gumpal. Sekali-sekala, nampak Mak Limah seolah-olah macam Beruang Panda yang menunggu masa untuk diberikan makan. Dia seorang ibu yang tabah. Peluh kudratnya disimpan dalam hati dan ditukar pada ukiran senyuman. Niatnya, moga-moga orang yang membeli kuihnya senang hati melihat layanannya berurus niaga. Habis meniaga, Mak Limah Temah berlalu pulang ke rumah sambil menunggu anaknya. Rezeki Tuhan muncul buat Mak Limah. Sepanjang perjalannya pulang, Mak Limah Temah sentiasa dapat menikmati kilauan tin yang dikumpulnya untuk menambah pendapatannya. Elok sampai di rumah, Mak Limah melabuhkan punggungnya ke atas kusyen kerusi rotan. Beberapa tika kemudian, anak Mak Limah pun pulang.

"Mak! mak! Amin ada benda nak bagi Mak... ", kata anak teruna Mak Limah.

"Apa dia Min? ", sapa Mak Limah penuh mesra.

"Tadi, masa Amin nak balik rumah, Pak Guard sekolah bagi ni mak. tin... banyak..."

"Minah pun dapat mak! Cikgu Bahasa Melayu bagi buah-buahan ni dengan sampul. Katanya... suruh bagi kat mak!", ceria menyambung perbualan.

"Baiklah... Mak bukak! Alhamdulillah... Alhamdulillah... mari peluk mak nak..."

"Selamat Hari Ibu, mak! Moga Allah permudahkan segala urusan untuk keluarga kita.", sahut Minah.

Amin turut setuju dengan kata-kata kakaknya. Keluarga ini memeluk erat sesama mereka. Inilah hari yang untung buat Mak Limah Temah! Mendapat tiga kejutan dan kebahgiaan. Kesemuanya menitiskan air mata tanda syukur pada Pencipta Dunia. Inilah Hadiah Hari Ibu paling bermakna buat Mak Limah Temah.

*bersambung (insya Allah... hehe) *


Isnin, 2 Mei 2011

Gula-Gula

Alif.... Ba... Ta...
A... B... C...

. . . aku cair seperti ABC!
(Ammar Azmir, Mrs. Monsterku, 2011)

Atas tu adalah sepotong lirik lagu kawan teman pada persembahan final project kami untuk subjek CTW234 Puisi & Lirik. Kelas ini banyak mengajar aku erti mendalami dan menghayati lirik. Menerusi kelas ini, banyak karya tercetus dan diterjemahkan dalam bentuk persembahan. Teman saja ambil lirik lagu atas ni sebab nak bagi link each other dengan kata-kata atas. Alif, Ba, Ta dengan ABC tu. hahhaiii....

Ni, teman nak tanya. Pernah kamu dengar cerita group ala-ala K-Pop yang menggelarkan diri mereka, Gula-Gula?

"Tak pernah... "
"Pernah."
"Macam... pernah dengar."

Tak kisahlah jawapan kamu macam mana, tapi teman agak speechless tengok group ni. Sebab tak sangka ada rakyat Malaysia buat team ikut influence semasa. Kebanyakan blogger bagi kritikan negatif, tak ketinggalan juga yang bagi sokongan dan kritikan positif. Kamu?

Kalau teman, teman harap sangat Gula-Gula ni pakai pakaian kemas sikit. Tak pun, apa kata mereka pakai baju kebaya dan digayakan dengan seluar panjang ke? Bolehlah ketengahkan culture Malaysia ke peringkat dunia. Biar satu dunia tau kita ada design baju yang power rangers jugak. (hahhaiii.... pendapat teman je ni ye. Terpulang pada juri nak terima ke tak pendapat ni.) Paling tak pun, kalau nak menari, mereka dah pakai seluar panjang. Kan lebih molek di mata semua. Tak apa, teman hanya nak cakap, semoga berjaya pada mereka. Cuma... teman ni jenis suka teliti lagu-lagu yang diketengahkan. Hopefully, lagu-lagunya make sense pada kita semua ye.

Dah lah... saja je nak merapu pagi-pagi celik ni. Teman nak sambung merantau lagilah, cari idea, cari ilham, cari apa yang tersirat kat muka bumi ni. Ada siapa-siapa nak ikut? Angkat kening angkat bahu sekarang! haha.



Tengok kucen ni, hensem kan?
Siap berserban lagi.
: )

credit pada saudara!

Sabtu, 30 April 2011

Review Tentang Tulisan Bogel

Dengar tajuk je, semua pakat-pakat nak serbu usha blog ni. Teman pun pelik jugak tajuknya ni. Hahhaiii.... Begini ceritanya. Teman dah dijemput oleh Encik Penulis Bogel ( Encik PB ) untuk sertai acara yang dia reka. Apa dia acaranya? Buat komen sikit pada blog dia ni. Nak kutuk, nak puji, nak goda dia, terpulang pada kita. (katanya) heEeee. Jadi, teman dengar berbesar hati menerima pelawaan dia. Infiniti terima kasih buat kamu ye, Encik TB. Moh kita bagi respons pada blog Tulisan Bogel.

1. Isi kandungannya?
Bagi aku entry dalam TB sangat sempoi.

2. Bahasa?
Penulis pandai menggunakan bahasa tersirat.
Itu amat menarik minat aku membacanya.

3. Layout?
Kemas dan tak serabut.

4. Header?
Paling simple dan aku sukakannya.

5. Font?

Teman suka lagi kalau blog ni bubuh font Courier New.
Sebabnya bagi teman, layout dia sesuai dengan Courier New.

6. Tajuk Blog?
Tulisan Bogel. Sangat simple like pimple tapi agak sensitif guna tajuk ni.

7. Nama Penulis Blog?
Penulis Bogel? Agak lucah dan bahaya sebenarnya nama ni ye.

8. Apa-apa Sahaja?

Secara holistiknya, blog kamu memang teman suka.
Walaupun teman baru-baru je lagi lepak dekat blog kamu,
memang teman teringin nak datang lepak lagi.

Itu saja kumennya bagi Review Tentang Tulisan Bogel. Kamu nak cuba review?

Teman nak tag,
Dr. Love.

Selasa, 26 April 2011

Meleleh

Satu pagi yang hening... Zam terjaga tatkala mendengar azan Subuh. Tidurnya panjang... lama... Puncanya, dia keletihan semalamnya akibat perjalanan yang panjang. Zam semalam keluar dengan kawan-kawan dan lalui macam-macam peristiwa yang tak tentu hala. Elok dah sedar dari tidur, Zam terkenang mimpinya tadi.

Zam yang baru sedar dari lena masih layan siri mimpi kali ni. Dia masih rasakan yang dia di alam mimpi lagi. Nak buat macam mana, mimpi masih di fikiran. Lepas dia tengok jam tangannya, dia baru sedar yang dia dah bangun dari tidur. Mimpi yang Zam dapat kali ni best sikit. Zam mimpi zaman sekolahnya. Waktu tu, dia masih lagi aktif dalam marching band. Tapi sayang... dalam mimpi Zam, dia tak dapat main alat-alat muzik semua tu.

Malah, Zam tak dapat jugak nak rasai jiwa bagaikan orkestra dia tu kerana dia seakan menonton televisyen dalam melihat babak mimpinya ini berlangsung. Zam tak puas hati. Mungkin kerana Zam masih impikan untuk kembali menjiwai muzik-muzik seumpama itu. Dalam mimpi ini, Zam hanya dapat tengok sekumpulan geng marching band tengah tuning untuk main beberapa buah lagu.

Zam dulunya sang konduktor marching band. Dia tak boleh dengar kalau muzik dah berkumandang, mulalah aura-uara konduktor dia tu datang. Zam berusaha turun ke tempat geng-geng tu layan muzik. Elok je dia sampai, dia nak conduct lah muzik tu. Harapannya... tapi memang tak dapat pun.

"Cis!", kata Zam.


Elok tengah layan-layan lagu dalam mimpinya tu, Zam pun terkejut dek azan Subuh. Zam yang mamai-mamai mula menyegarkan diri untuk membuat persiapan, berhubung dengan Maha Pencipta. Selesai berhubung, Zam lepak ke depan PC milik kawannya. Zam online. Buka laman sosial, baca newspaper Berita Harian, semak visitors blognya dan acara paling tasmat dalam diri dia, blog walking.

Tengah sedap-sedap dia online, tiba-tiba ada yang meleleh keluar dari ruang rongga tubuhnya. Masa ni, Zam cool je. dia pun pergilah ke tandas untuk basuh benda yang memeleh dari rongganya itu.

"Fuhh! Lega aku dah basuh hidung ni." , Zam bersyukur.


Dia sambung layari ombak internet. Tak sampai beberapa minit, hidungnya meleleh lagi dengan hingus. Okay, kena pergi tandas lagilah jawapnya dia. Zam tak putus asa. Sanggup lagi dia ulang-alik bilik air tu. Nasiblah bilik air dekat dengan bilik tidur.

"Harap-haraplah tak meleleh lagi hinguih ni.", Zam pasrah.


Zam ingat, lepas dia dah basuh hidung dia sekali lagi, dia pun legalah tak payah diganggu lagi masanya melayan internet. Tengok-tengok, tak sempat nak hangatkan kerusi, dah... kena bagun lagi...

"Hmm, alamatnya aku memang nak give up daripada online ni. Time aku nak online, ade je halangan. Asyik dok bangun, duduk... bangun... duduk kena bangun lagi! Dah lah mimpi tadi pun tak puas. Aduhai... sabarlah Zam. Dugaan penghapus dosa." , Zam menghembuskan kata-kata terakhir dalam kisah ni.


Zam kemudiannya terus menyambung rutinnya itu biarpun dia kena ulang-alik bilik air. Dia terus menulis... ber blogging dan blog walking...




*tasmat : unsur woww.*



*kalau kamu semua kena macam
ni, apa perasaan kamu?
Ce ceghite... ce ceghite. hahhaiii....*

Ahad, 17 April 2011

Komander Hampir 3 Semester

Baris.... baris.. sedia!
Hahhaiii... jangan risau kawan-kawan. Kamu takkan dengar laungan macam ni daripada komander sekalian, pagi-pagi ni. Jangan kamu gusar, jangan kamu gelisah. Pagi ini kami akan melibatkan diri dengan aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Hah? Apa benda tu? Haa... jangan ingat komander asyik dalam aktiviti serius saja. Aktiviti yang muka ketat, komander. Tak... sebenarnya, Komander Kesatria juga manusia seperti kamu semua. Kami jua perlu beriadah dan bersuka ria. Aktiviti ini juga dikira suatu aktiviti yang mampu mengeratkan silaturrahim antara kami. Sebab tu teman cakap, aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Kiranya dalam kalangan komander sendiri, kita kena sama-sama betulkan dan baik pulih hubungan sesama kita. Begitu jua kamu di luar sana. Ikatkan semula sillaturrahim yang telah terjalin. Sebenarnya, pagi ni sampai malam karang kami ada aktiviti Commander Family Day. Kami akan bermesra sesama kami setelah mengharungi semester ini dengan serius dan penat di padang kawad. Jadi... moh kita layan aktiviti ini. Ceriakan diri sebagai Komander Kesatria yang bermasyarakat sesama semua insan.

Rabu, 13 April 2011

Serakan Idea B

Kalau kita fikir, kita pasti dapat ukir.
Kalau kita tenang, kita tidak resah berenang.
kalau kita resah, mungkin kita punyai salah.
Kalau kita terbuka, pasti kita kurang berduka.


. . . ABAH

Sabtu, 9 April 2011

Nokss! di Pekan Frinjan

Salam buat kamu semua.


Berita sangat happening khas buat pengikut setia
Nokss! isu #1 kamu.
Kamu boleh dapatkan naskhah kamu di Pekan Frinjan,
hari ini. (SABTU - 9 APRIL 2011 jam 8.00 malam)
Pekan Frinjan akan berlangsung di Laman Budaya, Shah Alam.
Tempat ni memang dekat sangatlah dengan Plaza Alam Sentral,
Shah Alam tu. Haa, apa lagi yang kamu nak tahu? Harga?
Ada apa lagi dekat Pekan Frinjan ni?
Harga masih sama. RM4.00. Dekat Pekan Frinjan ni,
kamu boleh layan lagu-lagu indie di samping boleh beli buku
dan menonton orang mendeklamasikan sajak. Kalau nak ikutkan,
sebenarnya, banyak lagi benda yang best kamu boleh dapat
di Pekan Frinjan ni. Jadi.... apa tunggu lagi...
jom ler serbu Frinjan. yeayy!


Ada lagi soalan? Boleh je tanya. heeEee....

Rabu, 6 April 2011

Nokss! Mulakan Langkah Kanan

Salam buat kamu semua.

Pada yang baru first time jenguk blog teman, teman ucapkan tahniah dan selamat datang.
Pada yang sudah pernah singgah dan masih menjadi pelawat serta pembaca setia, teman nak sangat ucapkan terima kasih berjuta-juta langsat pada kamu yang menghargai segala tulisan-tulisan bahkan info-info simple like pimple teman ni ye.
Pada kali ini, teman nak war-warkan suatu bentuk perubahan yang telah pun berlaku!
Pada semua, Nokss! dulunya dijual di pasaran dengan harga RM5.00. Kini, zine Nokss! boleh didapati
pada harga RM4.00 setelah kami membuat promosi secara terus-terusan.
Pada anda yang ingin menempahnya, boleh rujuk di sini untuk cara-caranya. Ataupun,
pada page 9belas.
Pada insan yang telah menyokong dan memiliki Nokss!, teman nak ungkapkan terima kasih yang tak terhingga. Moga Allah beri kamu semua nikmat dan rahmat.

Marilah kita sokong industri penulisan
yang didokong penulis-penulis muda daripada
kelompok 9belas.

Sokongan dan feedback kamu semua amatlah
kami hargai. Jangan malu, jangan segan nak
bagi komen dan cadangan ya.

Selasa, 29 Mac 2011

Myspace & Miranda Kerr

Salam buat kamu semua.

Teman pelik.... dan kamu semua hairan.
Tiba-tiba tajuk kat atas macam pelik je. heeEee.
Siapa rasa dia lama tak buka myspace? Cuba angkat kening....
Tadi teman bukak myspace. ( Tiba-tiba je nak buka laman
sesawang ni. )
Saja tengok, apa dah jadi dengan myspace teman tu. Berkulat ke,
sawang ke, nak juga nengoknye.
Teman bukalah ikon friend. Tengok ramai juga add teman, walaupun
teman berkurun lah juga tak buka laman "soserius" ni.
Spechless dan pelik, teman klik pada ikon Miranda Kerr yang add teman.
Teman tak kenal dia, tapi main approve je. hahhaiii.... Kamu semua kenal dia?
Sejujurnya, teman tak kenal dia. Lepas dah tengok profile dia, search mak cik google,
teman akhirnya baru tahu yang dia ni model.
So, apa kaitan Myspace & Miranda Kerr?

Teman pun tak pasti jawapannya. Kamu, bagaimana pula? : P

Ahad, 27 Mac 2011

Nokss! isu #1 kamus kreatif

Salam buat kamu semua.

Kepada pembaca yang disayangi, kamu mesti tertanya-tanya apakah Nokss! sebenarnya? Nokss! isu #1 adalah sebuah zine yang mengumpulkan hasil karya kreatif 9belas orang penulis muda yang mengetengahkan pelbagai genre penulisan. Menampilkan cerpen, sajak, puisi tradisional dan sebagainya, Nokss! isu #1 diharap bakal menjadi kamus buat sang pencinta idea kreatif. Ni kalau Lisa Surihani tahu berita ni, pasti dia pun akan sahut suara untuk menyokong bersama-sama anda juga. heeEee....


Nokss! isu #1 karya pelajar-pelajar Penulisan Artistik semester 4, Januari 2011. Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (TEKA)


Muka depan & belakang zine Nokss!


Menampilkan 9belas penulis Nokss! yang mempunyai idea-idea berskala besar.
Ezy N / Aan / Fatin Danea / Elie Lily / Amanda / ABAH / Azzurein Raz Poh / Rodrod / Shah Aidin / LiyanAziz / Azizi Dain / Aimi Rosli / Fatini Zulkarnain / Akemi Siegel / Alyssa / Aishah Lee / Iki.Ali / Ammar Azmir / Muhamad Ezham


Sebagai seorang insan yang pernah menulis dan karya atau hasil tulisannya telah diterbitkan, kamu pasti akan rasa gembira dan nak sangat senyum macam ni. (nyenghongen sampe telinge.... heeEee)

Katakan yeayy! kepada yeayy! untuk Nokss!

Jadi, itulah serba-serbi pengenalannya. Apa? "Macam mana nak milikinya?" Apa? Teman tak dengar? "Berapa harganya, bro?" Haa, ni teman nak cerita ni. Kamu semua, rakyat Malaysia boleh milikinya seperti cara-cara di bawah.

Sediakan duit RM5.00.

Berhubung terus kepada 9belas, ahli kami,
andai kamu berhampiran kami.



Macam mana dengan kami yang jauh ni, bro? Boleh. Kamu boleh ikut cara-cara di bawah pula.

Sediakan duit RM6.00 untuk semenanjung Malaysia.

Sediakan RM7.00 untuk Sabah & Sarawak.

Tukarkan duit-duit kamu kepada wang pos.

Poskan ke alamat yang akan di beri.

Kamu boleh hubungi terus kepada kami di sini.
9belas.

atau

Boleh emelkan pada (ABAH)
e2b26_khary@yahoo.com.my

atau

(Azizi Dain) azizi_jiji9108@yahoo.com
(Elie Lily) adeq_ili91@yahoo.com

Linkatau

terus pada Aimi Rosli.

Pastikan kamu semua nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor telefon kepada emel-emel yang tertera di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah rujuk Cik Aimi Rosli juga ya. Segala urusan boleh dibuat dengan cara-cara di atas. Adalah gembiranya kami andai kamu semua sudi menekan butang like pada page 9belas kami. Moga kamu semua berjaya milikinya ya!
Di pasaran sekarang!


Link
http://www.churpchurp.com/haryHarith/share/digi-operamini

Sabtu, 26 Mac 2011

Earth Hour

Wahai seluruh rakyat di muka bumi ini, jom kita sahut usaha murni, memakmurkan bumi dengan tak gunakan tenaga elektrik dalam setiap rumah-rumah kita.
Kalau boleh, kita bersama-sama berganding bahu, tak kira kita asal dari negara mana sekali pun untuk merehatkan penggunaan segala barang letrik di persekitaran kita.
Lagi bagus, kalau kita sama-sama bergelap pada jam 8.30 hingga 9.30 malam ni.
Semoga kamu semua menyahut usaha murni ni ya.



Jemput ke majlis ini.
Jom, nyengoghen sampe ke telinge! heeEee

Rabu, 23 Mac 2011

Perang

Salam buat kamu yang rindunya dalam. Tentu ada antara kamu yang tertunggu-tunggu, bila agaknya teman akan menulis lagi ye? Dan mungkin jugak ada yang bertanya, dah tak berpenghuni ke blog ni? Jangan risau. Teman akan jawabkannya.

Yang pertama, teman memang seronok sangat menulis dalam blog ni. Tapi teman perlu berPERANG. Perang dengan segala suasana persekitaran, kesibukan dan pelbagai lagi aspek sebelum dapat peluang nak kembali menulis macam dulu-dulu kala. Bagi soalan yang kedua pulak, jawapannya ialah ya! Blog ini masih bertuan dan berpenghuni. : ) Okay, berbalik pada perang tadi kan... teman memang banyak benda nak di ceritakan dan dikongsi.

Cuma kali ni, masa untuk berblog amat tipis. Kamu semua jangan risau. Insya Allah, teman masih boleh luangkan masa bersama kamu semua yang tak putus-putus bagi sokongan pada teman ni. Untuk masa sekarang ni, dunia dah bergolak. Libya dah perang. Kesian pulak teman mengenangkan saudara-mara Islam kita di sana.


Jadi di kesempatan ini, marilah kita berdoa moga Allah permudahkan urusan tentera yang memperjuangkan panji-panji Allah dan syiar Islam.



All good things do come to an end, but not for me cause I'm grabbing the freebies with every reload by #DiGiSuperReload.


MaaS SalamaH Wa IlalliqA'

Rabu, 16 Februari 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Ingat Semua

Pada semua blogger tersayang, mari kita ingatkan kembali perjuangan Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan kemanusiaan dan sejagat. Juga ingatlah betapa Rasulullah menyayangi umatnya saat Baginda hampir pada sakkaratul maut.

Moga-moga ingatan kita membuahkan rasa rindu pada Rasul, kekasih Allah ini ya. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda. Moga Maulidur Rasul kali ini menyuntik rasa rindu dan kecintaan yang tinggi pada Rasulullah.

_____________________________________________________________

kepada semua Tin Tong teman, terima kasih kerana menyokong teman dari bawah hingga ke tahap ini. (hahhaii... macam dah ada ramai benar followers nya pun). Kira dah 103 ni, dah banyak dan bermakna bagi teman. Maafkan teman sebab tak sempat nak respons dan blogwalking ke blog anda semua. Harap-harap, ada lah masa yang senggang dapat teman isi untuk menapak punya menapak ye. Doakan... amin.... : )

Tin Klik-Kluk