Moga-moga ingatan kita membuahkan rasa rindu pada Rasul, kekasih Allah ini ya. Perbanyakkan selawat ke atas Baginda. Moga Maulidur Rasul kali ini menyuntik rasa rindu dan kecintaan yang tinggi pada Rasulullah.
_____________________________________________________________
kepada semua Tin Tong teman, terima kasih kerana menyokong teman dari bawah hingga ke tahap ini. (hahhaii... macam dah ada ramai benar followers nya pun). Kira dah 103 ni, dah banyak dan bermakna bagi teman. Maafkan teman sebab tak sempat nak respons dan blogwalking ke blog anda semua. Harap-harap, ada lah masa yang senggang dapat teman isi untuk menapak punya menapak ye. Doakan... amin.... : )
Tiada ulasan :
Catat Ulasan