Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tutor Sambilan - Subjek, Bagaimana Nak Senyum Selalu?

Salam pada yang rindunya dalam.

Kali ini, RKI nak ajak semua kenali apa itu senyum.
Senyum? Tak tahukah?
Betul tak tahu?

Wah, ini kes berat ya kalau tak tahu. Dah umpama
tak kenal kentut macam mana caranya. Makan, minum
macam mana tekniknya. Parah tu kawan-kawan. Mari kita
terus ke cerita asalnya. Kadang-kadang kita dapat lihat,
suasana nak senyum selalu sebenarnya agak payah untuk
kita lakukan. Betul tak? Ibarat lagu Hujan tu, Dugaannya.



Jadi, macam mana nak senyum selalu, RKI?

atau

Boleh ke selalu senyum?




Soalan-soalan Barney & Friends ni selalu keluar daripada
mulut rakan-rakan kita di luar sana. Mudah saja tipsnya.
Semudah makan gula-gula dengan sambal belacan +
dengan tomyam campur. Sedap woWooo....

Langkah-langkahnya....

SATU
Fikirkan kita sedang berenang di
laut / sungai / kolam renang.
Bayangkan kegembiraan melalui pengalaman ini.
(Ini akan berhasil kalau tak fobia air :P)

DOS
Bayangkan tengah gembira dapat masakan ibu.
(Ini khas untuk orang perantauan yang lama
dan rindu tak jumpa
mak / ummi / amma / mummy / etc

SALASA
Fikirkan di kawasan yang anda pandang itu,
tiada manusia yang bencikan anda. Semuanya
sayangkan anda.
(Tips ini akan berhasil jika betul-betul mahir
dalam Teknik Ilusi. :P)


Ringankan pipi anda dan mulut untuk
ukirkan sendiri senyuman itu. Kemudian,
letakkan sedikit pemanis pada bibir
dengan memakan makanan yang berkisarkan
strawberry, coklat badam, ataupun
kacang tumbuk keluaran Cap Nyengoghen.
(Insya Allah berhasil. Percayalah,
kalau tak kamu akan terngiang-
ngiang lagu Raihan, SENYUM)

Apa lagi tunggu....
(kata Malik ajak Shark
lawan Tuju Guli)
heEeee....

Anda pilih mana?
SATU?
DOS?
SALASA?
つ?
Pilihan
di tangan
anda, anda, anda.


Semoga jumpa
lagi,
dalam
Tutor Sambilan
seterusnya, bersama
Taman RKI....
Salam.
yeayy! :D

2 ulasan :

Shikio berkata...

nak tergelak pon ada baca entry ni..

hahhahah~ :)

4umyfans berkata...

Shikio < kalau gelak, Alhamdulillah. baguslah sebab misi teman tercapai. yeayy!

eh, ni Miss Shikio yang dulu ek? mana blog kamu?teman teringin nak baca lagi.... :(

Tin Klik-Kluk