Baris.... baris.. sedia!
Hahhaiii... jangan risau kawan-kawan. Kamu takkan dengar laungan macam ni daripada komander sekalian, pagi-pagi ni. Jangan kamu gusar, jangan kamu gelisah. Pagi ini kami akan melibatkan diri dengan aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Hah? Apa benda tu? Haa... jangan ingat komander asyik dalam aktiviti serius saja. Aktiviti yang muka ketat, komander. Tak... sebenarnya, Komander Kesatria juga manusia seperti kamu semua. Kami jua perlu beriadah dan bersuka ria. Aktiviti ini juga dikira suatu aktiviti yang mampu mengeratkan silaturrahim antara kami. Sebab tu teman cakap, aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Kiranya dalam kalangan komander sendiri, kita kena sama-sama betulkan dan baik pulih hubungan sesama kita. Begitu jua kamu di luar sana. Ikatkan semula sillaturrahim yang telah terjalin. Sebenarnya, pagi ni sampai malam karang kami ada aktiviti Commander Family Day. Kami akan bermesra sesama kami setelah mengharungi semester ini dengan serius dan penat di padang kawad. Jadi... moh kita layan aktiviti ini. Ceriakan diri sebagai Komander Kesatria yang bermasyarakat sesama semua insan.
7 ulasan :
tabik pada komander ery! :p
yeeee diner makan sedap. untung arr
little cartoon < tabik pada kamu jua!
doktor love < sangat untung menikmati juadah malam itu.
pening baca, bnyk sgt komander..
hahaha~
miss shikio < jangan pening-pening... kalau pening jugak, teman galakkan kamu baca zine Nokss! okay?
baguslah komender tak muka ketat..huhu btw, silaturrahim itu opntg supya persaudaraan antara kawan2 tetap terjalin..
azrinrahim < betul tu. teman suka kata-kata kamu ni.
Catat Ulasan