Tin Besar

Tin Tong

Isnin, 22 Ogos 2011

Send Your Heart to Me

Dalam kekeringan dakwat pen, teman usaha guna juga
arang untuk menulis pada canting blog ni. Bukan apa,
mungkin ada yang terasa lemas layan sawang-sawang
dan bau unik blog yang dah usang macam RKI.
Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak terbalik.
Tapi kita yang terbalik, sebab tak rasa nak
balik rumah. Eh, apa teman cakap melalut ni?
Kata orang Perak, leisyior bebenor ghopenye.
Cakap idak mau renti-renti.

Melihat pada keadaan yang tak berkesudahan, baik teman
sudahkan apa perkara sebenar yang membuatkan arang yang
teman pegang ini bakal digunakan untuk mula
menconteng blog RKI. Untuk pengetahuan semua,
yang di rumah mahupun di luar, yang di dalam
mahupun luar negara, yang di universiti mahupun pusat
berhenti, teman nak sebarkan hasil kerja kasih teman
yang telah hempas-pulas kering-keringan tekak memastikan
projek miliknya terlaksana. Kasih teman seorang yang
berusaha untuk kuat pada dirinya. Setelah tergendala
hampir setahun lamanya, kali ini dia berjaya
keluar dari keretanya yang biasa. Sekarang,
keretanya sangat berbeza. Lain, malah lebih berkilau
berbanding dulu. Dengan masterpiece
Send Your Heart to Me
,
di harap raya anda
nanti tak bosan menonton keindahan suasana jiwa
remaja dalam filem pendek keluaran sulung
Black Roses Production.
Harap anda juga menyokong karya yang akan
di tayangkan di pawagam-pawagam terdekat anda
nanti ya. (cehhh, teman lak berangan lebih-lebih
nak keluar di wayang. Almaklumlah dapat
jadi Penerbit / Producer. heEeee....)





Jangan lupa, tinggalkan kumen anda pada
Credit Theme Song laman sesawang Youtube
2011BlackRosesTV.
Dan kalau rasa suka, bolehlah LIKE padanya menandakan
anda sedia dan redha filem pendek ni sesuai
ditayangkan di pawagam atau auditorium yang
anda sendiri bayangkan ya.

*Menu puasa.... satu sudu jiwa, dua sudu tenang, tiga sudu hati,
empat sudu riang.... *


6 ulasan :

Elie Lily berkata...

selamat berjaya kawan2 semua! berdebar menanti lakonan sendiri ni! :D

Exmanz berkata...

yo

Leo "Ricky" Huzair berkata...

pelakon utama kacak arr

Doktor Love berkata...

kim Salam kt kasih kome. pelakon utama dia malu2 biawak dihari kejadian. =)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?34f3b5ed3d88527c57049a0e12970d57

I.A. berkata...

auww!

4umyfans berkata...

@Elie Lily < teman pun harapkan begitu ye, mike....

@Exmanz < yo wass up.

@Leo "Ricky" Huzair < wott weekkk....

Dr Love < heEeee....

@I.A. < yeayy!

Terima kasih semua.
yeayy!

Tin Klik-Kluk