Beberapa hari yang lalu, Khamis - (101111), aku dengan sahabat aku daripada Taiping, Eone turun ke Kuala Lumpur. Tujuan utama kami nak ke Puncak Perdana, nak ambil barang aku yang tertinggal... yeayy! tapi kena transit kat Kuala Lumpur, sebab nak kena hantar sepupu aku, Hannah balik ke rumahnya. * padahal bukannya aku hantar sampai rumah pun. kat hentian Times Square je. kah... kah... last last abang dia jugak yang ambilkan.* Dah sudah hantar dia, aku dengan budak kecik ni (Eone) pun jalanlah mencari arah.
Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak, tak jumpa-jumpa lubuk U80 milik Syarikat Rapid. Aku pun, berjalanlah lagi dari Times Square mencari hala tuju ke Pasar Seni. Aku yakin, di situlah lubuk U80 yang kami cari-cari selama ni.
Sepanjang perjalanan tu, pelbagai jenis dan ragam manusia kami temui, malah sempat juga kami interview mereka. Pendapatku, kita boleh mengenali perangai dan sikap seseorang itu melalui cara berkomunikasi dengannya. Aku ketika itu memang berpeluang melihat watak-watak asli yang menjadi pelakon di pentas bumi yang fana ini. Yeayy!
Budak yang tulis blog ni lah (Eone) menjadi saksi pada hari itu. Kami masih lagi tak ketemu dengan U80 yang tersayang. Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak lagi, jam di XpressMusic aku dah lebih kurang pukul 3.00 petang. Tak sangka, dah berjalan dekat sejam di KL. Uhuu... Dengan kepenatan yang ada, kami nak transit lah kejap dekat surau mana-mana.
Tanya mak cik Guard, dia cakap...
"Adik jalan je terus. Nanti nampak Pasar Seni tu. Tak jauh dah dari sini. "
Tanya abang Polis, dia cakap...
"Saya pun tak tahulah dik. Try tanya orang Rapid tu..."
Tanya bro Rapid, dia cakap...
"Dah dekat dah ni... kau jalan nanti kau nampak Stesyen LRT. Mesti nampak punya. Tapi nanti, kau jangan tunggu sebelah CM tu. Tunggu kat seberang jalan dia."
Last last, kami sampai dekat dengan Pos Besar bersebelahan dengan Central Market atau lebih dikenali dengan CM oleh warga kotaraya.
Tanya bro Polis kat Pos Besar tu pulak, dia cakap...
"Abang naik tangga ni, jalan menuju terowong. Lepas tu abang jumpa jalan besar. Pastu memang abang akan nampak Masjid Negara dah. ...ok, selamat. selamat! "
Kami yang dah penat tahap tembikar pun Zohor lah dan rehat lah kejap menenangkan kaki. Best kan, naik kaki dari Times Square ke Masjid Negara? Jawapan aku, sangat best. Penat pun berbaloi. Puas! Yeayy gitu! Lepas kaki dah tenang semua, kami terserempak dengan A Samad Said kat Masjid Negara tu. Memang panjang umur dia, sebab aku baru je sembang dengan Si Eone ni tadi pasal Pak Samad ni suka travel sorang-sorang untuk cari ilham.
Kami teruskan perjalanan. Tap... Tap... Tap... Menapak punya menapak, kami tunggulah dekat bus stop seberang CM tu. Sebab bro Rapid tadi dah pesan camtu. Tunggu punya tunggu. Tertunggu. dan Menunggu. Menung... Jenoh dekat sejam kami tunggu tak dapat-dapat U80! Yang kami dapat, tengok U80 dok bolin je lalu depan kami. Dah dekat 4 5 dah lalu. Geram aku! Last last, kami putuskan untuk jalan lagi. Tap.. Tap... dan Finally punya Tap... Binggo! Akhirnya jumpa si U80 tu... Barulah tenang jiwa dan raga bila dah naik. Tiba-tiba, aku ternampak Shah CT112. Shah? Haha... Selesai cerita.
*Bolin = loghat Perak bermaksud, suka hati / senang / slumber
6 ulasan :
Tap... Tap... Tap... Menapak.
Haha, menarik.
co0l kan aimi?
jalan kaki kat kl mcm gua makan nasi je. lepas ni lu boleh ikut gua jalan kaki lah. dari dataran merdeka ke pavillion harus tak goyang.
p/s : lain kali lalu cm wajib pekena pisang tanduk goreng superb kat entrance mengadap annexe!
mr. oni < haha... betul kata anda. nanti jangan lupa bawak wa jalan kaki sekali. Alahai, wa tak tau lak dekat CM ada menu superb... rugi-rugi...
Biar bonar nie..... Alang2 ko dah sampai kat masjid negara.. dokat je pejabat mak lang loh...
sopddt < mana teman nak tau, pejabat mak lang dekat situ... heeEe
Catat Ulasan