Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 20 November 2010

Peluh Kedai Ibu (Bab 2)

Bab 2

Mak Limah Temah kusyuk membuat kuih-muih yang bakal dijual esok. Dia menggumpal-gumpal kuih dan diisi dengan udang di tengah-tengah gumpalan itu untuk menghasilkan kuih Cucur Udang. Berbagai-bagai lagi kuih telah sempurna disiapkan oleh Mak Limah Temah dengan bantuan dua anaknya. Seorang laki-laki dan seorang perempuan. Anak-anaknya itulah pembakar semangat dan keazaman Mak Limah Temah, mengharungi liku-liku hidup tanpa suami tercinta yang sudah meninggalkan mereka, 2 tahun lalu akibat menghidap sakit H1N1. Setelah kuih-muihnya siap, dia menyuruh anak-anaknya masuk ke kamar bagi merehatkan diri. Tujuannya satu. Supaya anak-anaknya tidak menderita kesusahan sepertimana dia menyara zuriatnya itu. Dia sebolehnya tidak mahu anak kecilnya kepenatan di sekolah akibat daripada bersengkang mata menguli dan menyiapkan kepingan-kepingan kuih tersebut. Bagi Mak Limah Temah, cukuplah dia seorang berjaga sehingga 3 4 pagi bagi menyiapkan bekalan untuk berniaga esok. Sesudah Mak Limah Temah menyelimutkan anak teruna dan anak daranya di bilik yang berasingan, Mak Limah Temah menjenguk di dapur. Beg plastik hitam yang tersadai di tepi dapur itu dibelek-beleknya. Dibuka beg plastik hitam itu untuk melihat hasil yang telah disimpannya hampir seminggu. Diangkat-angkatnya, merasa berat isi plastik itu. Ternyata berat beg plastik hitam itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan dapurnya sehingga hujung minggu ini. Dia agak kesedihan, namun pasrah.

"Masakan langit selalunya gelap untuk hamba sepertiku berdiri di bumiMu, ya Allah?", bisik hatinya.

Dia kuatkan semangatnya kembali...

"Kerna Tuhan sentiasa disamping kita, Temah", bisik hatinya lagi.

Mak Limah Temah berdoa, moga-moga kutu yang pernah ambil hasil kutipan tinnya itu supaya tidak merampas lagi hasil pendapatan keluarga Mak Limah Temah.


*bersambung (insya Allah... hehe) *

5 ulasan :

sopddt berkata...

huhu... sedih jgk crite nie...

4umyfans berkata...

tau pun.. ni episod ke-2..
yang pertama, kamu dah baca?

Miss Shikio berkata...

anak teruna mak limah temah ncem x?

hahaha~

4umyfans berkata...

miss shikio < hensem? hensem. ada yang nak register form ke? mau join miss shikio? hahhaiii....

4umyfans berkata...

miss shikio < hensem? hensem. ada yang nak register form ke? mau join miss shikio? hahhaiii....

Tin Klik-Kluk