Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 12 Disember 2012

Kahwin

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

Topik kahwin merupakan suatu isu perbualan yang menjadi hangat dalam kalangan muda belia lingkungan 20-28. Kadangkala boleh mencecah sehingga umur 30 ke atas. Hal ini mungkin faktor usia yang sudah lanjut tapi masih belum berkahwin lagi.

Bagi teman, memang sukar sebagai lelaki muda di luar sana menghadapi cabaran, masih bujang namun dugaan dan cabarannya makin meningkat. Kasihan juga melihat rakan-rakan teman dan teman terseksa akibat tidak kahwin. Terseksa mata akibat pemandangan yang tak diingini.

Pesanan simple buat kaum hawa, bantulah kami kaum adam untuk tidak rasa sengsara. Kami berharap sangat, anda membantu kami. Kami juga akan bantu anda supaya kita sama-sama tak terseksa dengan pemandangan yang ada. Semoga kami juga, kaum adam dapat memimpin kaum hawa ke jalan yang penuh petunjuk.


Apa khabarnya orang disana? Minggu ini ada dua majlis perkahwinan yang aku tak sempat nak pergi.

Isnin, 19 November 2012

Gaza Selesa Tiada

Salam keamanan buat seluruh manusia yang cintanya dalam pada kedamaian. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada kalian kerana masih terus berusaha menyebarkan suara damai di seluruh ceruk-ceruk alam baik di hutan, di pinggiran sungai, di kota, di desa serta di mana-mana sahaja. Taman RKI mendoakan kesejahteraan, moga-moga Tuhan memberkati.


Kawan-kawan, apa pandangan kamu pada rakan-rakan kita di Gaza? Kasihan? Menyayat hati? Hakikatnya bukan mudah, aku sembunyikan gulana gundah, inilah antara bait-bait lagu daripada Malique featuring Black, Teman Pengganti. Ya, itulah hakikat yang harus kita alami tapi susah kita nak percaya. Setiap hari, dibom, setiap hari tak cukup makan, dan kalau bernasib baik pun mereka berkemungkinan sempat rehat bersolat dengan tenang di rumah ketika Isya' sebelum Subuh tiba, sebelum dibedil lagi peluru-peluru pilu.


Kawanku semua, baik yang di laman mahupun di taman, teman ingin mengajak kamu semua ke taman fikiran. Taman di mana kita bersama, termenung sejenak mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Bayangkan andai kita yang sedang lalui perkara itu. Barangkali mungkin kita dah tak lalu nak menjamah sekeping roti canai di kedai-kedai ekslusif mamak, apatah lagi meneguk air Milo daripada kedai 7 Eleven. RKI ada terbaca status-status di facebook dan twitter mengenai komen segelintir pihak terhadap usaha boikot produk yang menjana kepada gerakan membedil Gaza ini. Ada yang sokong untuk boikot, ada yang bangkang dan tak kurang juga ada yang kritik secara positif dan secara negatif.

Fitrahnya manusia memang begitu. Mengkritik dan mengatakan sesuatu yang luar batasan jangkauan tenaga mereka. Apa-apapun, itulah hakikat yang kita patut terima. Cuma saya ingin membawa anda ke suatu taman yang lebih indah iaitu taman husnu zon iaitu taman berfikir secara baik. Kita tanamkan fikiran positif pada mereka yang mahu melakukan sesuatu untuk misi kemanusiaan ini. Kita bagi sokongan, dorongan pada mereka. Kalau kita dah yakin sebenar-benarnya yang agenda segelintir pihak ini mungkin ada yang terpesong, barulah kita tegur, kita bimbing, kita nasihati dan cadangkan mereka kembali pada fitrah.

Jadi apa kalian rasa pabila santai di taman husnu zon? rasa atau tidak ketenangannya? Hal itu terpulang kepada kamu, dia, mereka, kita, rasainya bagaimana. Seperkara lagi teman nak kita ingat kembali, sedang Israel membedil Gaza, jangan lupa saudara-mara kita di Rohingya, di Syria, di selatan Thai dan banyak lagi tempat yang masih memerlukan doa kita. Ayuh, kita berdoa dan lakukan sesuatu kerana Allah. Teruskan misi keamanan dan kemanusiaan ini. Biar bertindak bijak, asal tak dipijak.
 

Rabu, 14 November 2012

Skyfall dan Kejora

Apa khabar teman-teman RKI? Dah tengok filem? Filem apa yang sudah kamu tonton minggu ini? Apa? Istanbul Aku Datang? Budak Pailang? Kejora? Ehh, Kejora filem teman yang belum siap lagi. Baru pre-production. heeeE.... Skyfall?

Amboi ngamboii yamboiii.... Masing-masing tengok filem-filem yang menarik, hebat dan cergas. Tahniah buat kalian! Teman lebih gemar nak kongsi pengalaman menonton filem Skyfall. Filem terbaru 007 tu.

This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again
 Itulah antara bait-bait lirik daripada OST siri Bond terkini, Skyfall. Teman sebenarnya tak ikut jejak siri James Bond dari klasik hingga kini. Cuma kali ini, tergerak hati nak tonton Skyfall. Jujurnya, teman masih teruja, malah impaknya masih ada. Lagunya masih berputar di dalam kepala. Aduhai, mungkin ada rasa admire nak bawa watak seumpama itu. Atau mungkin akan ada peluang menjadi pengarah bagi filem-filem seumpama itu. 
 Teruskan menyokong filem-filem tempatan. Majulah industri perfileman negara. (tiba-tiba ada iklan. haha)  

Isnin, 12 November 2012

Jadi Hero Filem Hollywood?

Realiti, dan fantasi.... saling bergabung.... bertemu berjumpa, terasa indahnya dunia.... Takkan sembunyi diri, merintih dari mimpi.... dari mimpi yang tak bertepi....

Amboi RKI, seronok benar kamu menyanyi ya? Itulah masa yang pasti datang kalau kita rasai kegembiraan di balik fantasi yang sebenarnya realiti dan disulami dengan realiti-fantasi, saling berkait rapat selayaknya. Pastinya hari ini manis bagi kalian. Harapan saya begitulah hendaknya. Namun, apa yang RKI lalui hari ini?

"ceritalah.... ceritalah...."

"share with us, friend's...."

Teman hari ni dilanda gencatan letrik. Bukan gencatan letrik, tapi sekatan eletrik. Habis satu rumah kawan teman ni tak ada elektrik dari pagi sampai malam. Apa terjadi sepanjang tu? Teman layan rasa hidup bersederhana. Layan kegelapan pada malam hari dan yang indahnya adalah kami berkarya dalam kegelapan. Ada yang bermain gitar, dan ada pula yang mengambil gambar lilin serta bereksperimen dengannya.

Pendek kata, hidup perlu diteruskan. Paling penting pabila kita alami kesusahan, kita kena selami dan dalami. Teruskan hidup kalian ya.

Taman RKI. Taman Ruangan Konklusi Idea.

Selasa, 6 November 2012

Dokumentari Jejak 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu semua pembaca blog RKI. Semuanya berseri-seri macam dah makan nasi tomato sama ayam masak merah. Alhamdulillah, baguslah kalau begitu ya. Apa-apa pun, teman cuma nak berkongsi pada kamu yang rindunya dalam.

Teman nak ajak kome-kome semua untuk tengok poster dokumentari.

"RKI, what type of
poster you wanna
show to us?"

 "Jenis poster filem ya? waaaa. Suka-suka...."

Ya! Ini poster ala-ala poster filem. Poster Dokumentari Jejak 5 : Ekspresi Diri. Saja nak share sama kamu semua yang tengah blushing membaca blog ni. 

Ada gaya-gaya poster filem sebenar tak?



  dah tengok poster, jom tengok dokumentarinya. Selamat menonton. 



Rabu, 31 Oktober 2012

Jiwa Kelajuan

Kalau dibiarkan rasa gundah gulana ini bersarang dalam hati, memang akan merosakkan perjalanan hidup. Kurang semangat, kurang fokus, kurang daya saing dan kurang berani bakal mematikan perjuangan hidup yang perlu diteruskan.

Kalau begitu dan kalau begini, pasti tak berganjak. Hati teringin laksanakan sesuatu, tapi masih tetap di bantal dan tilam. Bagaimana nak maju?


Kalau masa itu boleh berhenti, teringin sekali RKI kembali pada permulaannya di mana kita fitrah dan sentiasa berbaldu putih.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kenangan Berganda

Senyum semua.... tiga, dua satu! klikkk.... itulah perkara yang kita selalu lakukan apabila nak simpan suasana sesuatu masa dalam naskhah yang diberi nama gambar atau nama saintifiknya, foto. Dari situ juga muncul aksi-aksi spontan dan skema yang kita sediakan khas untuk mengingati kenangan yang telah dilalui.

Hari ini, genap dan selesai teman ikut sama dalam penggambaran filem pendek "Following" arahan Fikri Jermadi serta beberapa hari lalu, yakni Jumaat yang lepas,  20121019, teman juga telah berjaya ikut dan sama-sama selesaikan penggambaran filem pendek "A Love to Give" karya Fatin Danea.
 
Inilah dikatakan kenangan berganda. Yang uniknya, ini antara pengalaman teman yang memberikan nilai rasa kepenatan lagikan pula umpama menjiwai seminggu shooting tanpa henti. huhu. Sekalipun menghadapi kekurangan masa rehat, itu membuatkan kenangan berganda ini bertambah manis. Sudahlah manis, gula ditambah bersama susu dan garam juga. Jadi cukup rasa campur tambahlah kiranya. Cuma sayang, tak sempat nak pergi temuduga untuk jadi pemimpin masa depan. Ya, mungkin masih tak punyai rezeki.

Tak mengapa, ada rezeki, adalah peluangnya. Kenangan berganda tersemat di dada, Kini anda terbiasa untuk beredar. 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Katakanlah

Katakanlah kalau kita dapat berkahwin dengan puteri diraja. Apa kita rasa?

Katakanlah kalau kita dapat isteri / suami yang cantik dan hensem. Apa kalian bayangkan?

Katakanlah kalau kita  dapat tanah dan boleh bercucuk tanam. Apa kamu usahakan?

Pendek kata, kata yang kita katakan adalah apa impian dan matlamat kita. Sepatutnya kita usahakan dan jadi itu sebagai azimat serta kekuatan semangat untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh kita bersemangat teman-temanku sekalian!

Mari kita bersama gapai impian kita. Semoga kalian, menjadi khalifah yang berjaya.


Psss, apa khabarnya orang di sana ya? lama tak dengar berita. shhh, esok teman nak shooting. Aiiii senangnya dalam hati.... dapat pergi shooting lagi. :D
 

(io sono bello e alto)  :P

Khamis, 11 Oktober 2012

Maaf

Manusia merupakan makhluk Tuhan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan kelebihan serta kekurangan yang sangat signifikan dalam sesebuah tubuhnya. Kekuatan manusia membolehkan mereka melakukan sesuatu perkara dengan tangkas dan berkesan. Kelemahan manusia pula membuatkan mereka merasa kerdil malah condong ke arah menidakkan potensi yang ada pada diri.

Dalam ruangan kali ini, kita mahu mengupas isu mengenai sikap makhluk Tuhan yang unik ini. Maaf. Apa itu maaf? Bagaimanakah maaf itu memberi impak pada jiwa dan diri manusia itu sendiri? Sebelum kita pergi jauh lagi, mari saya kongsikan serba-serbi mengenai RKI.

RKI adalah singkatan kata bagi blog "Ruangan Konklusi Idea". Ruangan ini diwujudkan atas dasar dan keinginan meluahkan pendapat serta melahirkan blogger yang sudi bertukar-tukar pendapat serta melontarkan idea lagikan membuat konklusinya. 

Seterusnya, saya bawa anda kembali pada topik perbincangan kita iaitu maaf. Buat temanku sekalian, maaf ini merupakan suatu kunci kepada sebuah kehidupan. Bagaimana caranya? Tentu anda semua tertanya-tanya, malah ada antaranya memikirkan sehingga terkerut dahinya. Kunci sesebuah kehidupan tertakluk pada kefahaman dan kesefahaman antara manusia dan manusia serta manusia dan alam sekitar. Tuhan menciptakan kita untuk saling kenal-mengenal dan saling bertebaran di dunia ini untuk berlaku ihsan pada semua hambaNya. 

Maaf merupakan kata dan ungkapan yang sukar disebut tetapi senang dirosakkan. Hal ini kerana seseorang yang pernah melakukan kesalahan mudah meminta maaf tetapi kebarangkalian mengulangi kesalahannya adalah tinggi. Begitu juga manusia dengan Allah. Banyak melakukan kesalahan, dosa, tetapi sering ulangi lagi. Inilah kunci kehidupan yang ramai manusia masa kini alpa lagikan terleka dengan keseronokan duniawi. 

Hakikatnya, untuk menggapai kunci kehidupan, kita hendaklah sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain. Hal ini terbukti kerana sahabat Rasullullah yang mulia juga sering memaafkan orang sebelum tidur dan mendapat ketenangan yang maksimum. Pesan saya, marilah kita bermaaf-maafan walaupun bukan hari raya. Maaf merupakan kunci kehidupan. 

Selamat bermaafan. Marilah bermaafan kerana Allah. :')

Isnin, 8 Oktober 2012

Pulangnya Langkah Kembara

Assalamualaikum kepada semua insan yang rindunya dalam.

RKI sudah pulang dalam penemuan baru, mencari nilai sebuah kehidupan. Hadirin sekalian, yang menjengah Ruangan Konklusi Idea ini, sekembalinya hamba dalam perjalanan kembara tempoh hari, sungguh banyak rasa dan warna kian mengalir terus ke jiwa dan sanubari.

Kesungguhan dalam usaha mengenal diri daripada aspek kehidupan menjadi pemangkin kepada perjalanan kembara yang tak bertepian. Kalau diikutkan jiwa dan raga, teringin rasanya untuk lakukan projek kemanusiaan sendiri, atau kata tepatnya kembara solo dalam konteks mencari makna, suasana, manifestasi alam sekitar dan pelbagai ragam serta peragai makhluk-makhluk Tuhan.

Maafkan teman ya, kamu semua. Tulisan kali ni menggunakan frasa yang lebih membuatkan kamu semua berkerut dahi. Ini adalah rasa dan ilham yang lahir setelah teman pulangnya daripada langkah kembara, baru-baru ini.

Bagi kamu sekaliannya, teman ucapkan salam rindu kerana pastinya ada insan-insan yang tertunggu-tunggu tulisan teman yang tak secanggih tokoh-tokoh ternama. Betapa pun, teman harap, teman dapat rajinkan diri untuk terus menulis dan berkongsi di Taman RKI yang indah permai penuh ladybird ini.

Jom, kita pulang ke desa nun permai. (tiba-tiba. huhu)

Jumaat, 24 Ogos 2012

"Lost" Karya Kedua Cik Fatin Danea

Apa khabar sidang pembaca sekalian? Masih bersama juadah rendang kerang? Atau lemang dari Warung Pak Jabit? Haha. Baguslah kalau begitu.

Dalam kamu gembira-gembira ni, jangan lupa bagi makan kat kucing-kucing jalanan tu ya? Pada ayam-ayam di kampung tu, dan kalau pada haiwan-haiwan kita boleh beri, apatah lagi manusia. Kongsikan makanan dan juadah raya kita pada teman-teman yang kurang berkemampuan. Sekurang-kurangnya, mereka rasa gembira dan kita rasa tenang dalam hati, Subhanallah....

RKI ku sayang pun aduii terr, you ni kan... 
silalu ini macam tau melalut nye punn....

Dei macha.... cakap terus kasi selesai lah dei....

Haha. Sabar Pak Ah Chai, Abang Kalishnath.... Bertenang. Takkan tak kenal lagi teman? Jemput makan Kurma Daging Kambing dan Ayam Golek Madu. Pasti sudah tenang punyalah orang-orang yang bertandang ke Taman RKI ni. 

Untuk memendekkan cerita, teman nak beritahu sesuatu. Cik Fatin Danea kita, sudah siapkan sebuah lagi hasil karyanya tak lama beberapa bulan yang lalu. Kali ini, masih karya berbentuk filem pendek, berjudul "Lost" dalam genre psiko. 

Pengarahnya mestilah Cik Fatin Danea dan kali ini saya masih bertugas sebagai Penerbit dan pada masa yang sama, sebagai Penolong Pengarah. Jujurnya, teman nak beritahu mengkome ni bahawa memang karya kali ini lebih mencabar. Mencabar dari segi mental, fizikal dan critikal thinking kita sebagai krew produksi dan juga penerbit itu sendiri.

Kalau dalam filpen (filem pendeklah ya) Send Your Heart to Me (SYHTM) dulu, kami alami dugaan lakukan penggambaran ketika bulan Ramadhan 1432H yang lalu serta berbagai-bagai lagi dugaan, tapi kali ini tidaklah penggambarannya di bulan puasa. Cuma biasalah, setiap produksi, ada ujiannya. Kos juga meningkat daripada filpen pertama dan kedua ini. 

Kawan, berapa duit labur?

Dei macha, berapa kosnya?

Untuk kosnya, biarlah pihak Blackroses Production saja yang tahu. Ini adalah bagus bagi pihak produksi untuk lebih bersedia dalam pos-produksi yang akan datang. Sangat syukur, sebab kita dah siapkan filpen ini. Congrats guys! All of you did a great job! Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. 
 
Jadi, mari kita tonton Trailer Filem Pendek "Lost" ini. Salam Lebaran ya.Tengok trailer sambil makan ketupat dan minum jus kurma.  :D

Sabtu, 18 Ogos 2012

Allah Maha Besar dan Maha Agong

Allahu Akbar.... Allahu Akbar.... Allahu Akbar.....
Allahu Akbar walillah hilhamd.....

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan kita daripada tiada kepada ada dan pengakhiran kita akan kembali padaNya.... Tiada yang layak dikatakan melainkan Maha Suci Allah Azza Wa Jalla. Sidang penonton sekalian, (ceewahh. terasa bagai sudah menjadi personaliti Tv Al Hijrah) hari ini saya ingin membawa kamu semua kepada rasa dan kecintaan pada Tuhan.

Selagi mana nyawa dikandung badan, saya akan terus-terusan berkongsi kemanisan hubungan kasih kita dengan Sang Pencinta Kita. Ya, Dialah Allah, Raja segala makhluk. Sidang penonton.... lebih sesuai saya katakan sidang pembaca, RKI amat bertuah kerana dapat merasai kemanisan sebenar Ramadhan kali ini. Sehingga apa? Sehingga teman merasakan kehibaan pabila menyedari Ramadhan sudahpun berlabuh pergi meninggalkan kita.

Buat yang sedar ataupun tidak, Ramadhan bagi 1433H ini hanyalah 29 hari saja kita lalui. Bagi teman, kerinduan pada Ramadhan itu masih lagi difikiran. Apatah lagi merasakan sangat kerdil dengan Allah. Untuk pengetahuan semua, sangat banyak kenangan manis, kejutan, dan segalanya yang miracle teman kecapi bagi Al-Mubarak kali ini. Allah tu sangat sweet kan? Sangat indah.

Teman rasa makin bertambah sayang pada Allah. Saat teman mencari-cari mana semangat teman yang sudah hilang mencari redha Allah, Allah bagi hadiah. Hadiah bonanza buat teman. Allah.... rasanya tak tergambar dalam tulisan di sini. Teman tak terasa nak cakap panjang, (walaupun dah terpanjang kata, sudah) namun hanya ingin kongsikan kecintaan pada Kekasih Abadi kita, Allah.

Marilah memperbanyakkan takbir padaNya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150976202251612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&theater

kredit buat saudara Sham Kamikaze. teks takbir itu dia sebarkan. 

Taqabbalallahu minna wa minkum. (Semoga Allah menerima amal kami dan kalian)

Tak lupa teman nak sampaikan, Salam Lebaran buat kamu semua yang sudi membaca blog teman yang selalu bersawang ni. Ingat, raya raya jugak, makan serunding memang seronok kalau dipadankan dengan minum air jus laici, tapi pastikan kamu jangan kembung perut. Boleh?
Senyum selagi kita bernyawa.  :D

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kejutan dari Lelap

Akibat kepenatan tadi, aku tertidur selepas mengalunkan irama Qalamullah. Aku baring lantas mata pun melabuhkan sauhnya pada kelompak pasangannya. Selesai terpejam, aku dibawa perlahan-lahan ke dalam dunia separa sedar. Ya! Dunia separa sedar. Kesemuanya hitam saja, tapi yang sangat seronok asbabnya aku dapat rehatkan badan dan paling penting, minda aku. 

Hitam yang makin kelam, jiwa makin mendalam. Aku rasa tenang. Nikmatnya dapat tidur dan berehat sebegini. Aku lama dah tak dapat merasa nikmat tidur tu sebenarnya. Aku pun tak tahu aku dapat tidur berapa lama. Namun yang pasti, kurang daripada sejam. Masanya singkat, diiringi pemakaian kain pelikat. (eh apa kau merepek ni mat oii?) Haha. Saja bagi anda semua rasa macam nak makan keju bertemankan roti sandwich. Aku tidur dan tidur.... Dalam gelap dan tanpa mimpi.

Tiba-tiba, zapppp! Keluar cahaya putih umpama skrin laptop. Dan, disana hadirnya suatu web chatting seakan aku kenali. Aku jadi terkejut kerana nama yang aku kenali untuk berbual di laman chat itu timbul lantas seakan memanggil aku untuk melayari internet sekarang juga. Tertera tulisan "Amin" pabila dia menegurku melalui chat. (masih dalam mimpi okay.) Aku kemudian tersentak, dan terjaga dari tidur. Kepala rasa agak kebas dan mamai-mamai. Tapi tidur yang aku dapat kali ini, sangat lena. Lena selena lena lena lenaelenanya.... Aku segera ambil kembali laptop aku daripada adik perempuan tercinta. Ingin buka, dan mencari benarkah ada penantian di sini? Di laman sesawang ini. Dan benarkah mimpi aku itu mimpi fantasi ke realiti? 

Aku layari internet, mencari....dan kini ku sedar, mimpi ku sudah berakhir. Ya, berakhir di sini. Apa yang aku doakan, moga Allah sentiasa menjaga insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku. Semuanya aku serah pada Allah. Ya! Segalanya Allah. Subhanallah, Maha Suci Allah.... (nyanyikan lagu Segalanya Allah nyanyian Iwan Syahman)

(Apakah makna Amin dalam mimpi ini? Adakah insan-insan ini baru saja mendoakan kesejahteraan aku? Itu masih jadi tanda tanya sehingga kini.) 

The Best Memory Ever

The miracle in our life do exist. We must admit it while others feel that sound silly.

Towards the journey, we should accept that the past is the best learning process for us. 

In fact, Allah always give us a plenty of chances to prove that we can be a better person.

Dan bagi teman, teman baru dan sedang lalui pengalaman yang sangat berharga lagi manis.

Tak terjangkau dek akal bahawa teman akan alami kenangan sebegini. Inilah yang dikatakan 

rahmat Allah. Dalam masa kini yang bermulanya era pasca pengalaman yang bernilai,

teman lalui dengan penuh tenang dan sabar. Harapnya, keajaiban itu akan berulang kembali. 

ya, saat terulang kembali....


Khamis, 28 Jun 2012

tempo


Dalam detik waktu berlalu, jari-jemariku lebih lincah menari berbanding bibirku menuturkan frasa dan bait-bait kata. Daku tersandar di balik sebatang pokok sambil memerhatikan langit nan kebiruan.

Di situ, ku akui manifestasi cinta pemilik langit ini menghamparkan tebaran hadiah buat umat-umatnya. Dia selalu dekat di hati dan diri kita, tanpa kita sedari, tanpa kita rasakan cintanya.

Namun temponya sayu terasa. Nah, seperti ada gusaran gangguan gelombang kecelaruan perasaan dihimpit kerakusan pemodenan arus perdana.

Nak dibiarkan terus hanyut di telan tempo-tempo perlahan daripada kelajuan cahaya memang tak boleh! Nisbahnya tetap lemah kalau tak kita usaha ke arah itu...ya, ke arah itu...cahaya insani.



D. . . .N   

Isnin, 30 April 2012

Perjalanan Sepi

Assalamualaikum Taman RKI.
Nampak gayanya lama benor ye teman tak tebas semak samun kat taman ni. Subhanallah, dah ada dua ekor ladybird terbang kat sini. makin indahlah taman ni ya? hahhaiiii.... Apa kabo kamu semua? harapnya sihat ler sambil makan roti canai dan minum air suam. Sementara kamu dok kusyuk kunyah roti canai tu, teman nak cerita serba-serbi pengalaman yang teman tempuh sepanjang Perjalanan Sepi teman ni. Yelah, dah lama kan rasanya teman tak ceritakan apa-apa di sini.

Dalam Perjalanan Sepi yang panjang ni, (maksudnya mengembara ler dan dah lama tak update blog) teman dapat lihat pelbagai ragam dan suasana serta budaya hidup masyarakat di Malaysia. Daripada rel keretapi sehinggalah jalanraya dan lebuhraya, daripada bandar hingga ke desa, pengalaman satu per satu teman lalui dalam usaha mengenal diri sebaiknya.

Sesungguhnya, teman amat bersyukur kepada Dia kerana memberi apa yang teman hajati sepanjang pencarian ni. Langit nan membiru, awan putih bak gula-gula kapas dan kehijauan alam menemani perjalanan teman yang sentiasa menyepi daripada arus kebingitan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak teman dapat hargai kebiruan langit kerana disitulah tempat bermain sang burung bersama gerombolannya melepasi setiap daratan dan lautan dalam penjelajahan mereka. Kemudian, dapat merasai kepentingan alam yang hijau kepada sang kerbau, kambing dan rakan-rakan mereka yang lain dalam memastikan kelangsungan hidup mereka. Bagi mereka, kehijauan flora dan fauna banyak berjasa pada mereka. Seterusnya, teman dapat rasakan keheningan wajah insan yang cintakan Dia. Allah.... Sungguh indah wajah-wajah mereka. Sangat menenangkan jiwa.

Kalau kamu semua sekarang mengalami situasi tertekan, ditekan dan menekan, baiklah kamu beristirahat di lapangan itu.
 Lapangan terbang ke bro?
Lapangan Ya Ya Ya ke, kawan?

Hahhaiiii.... lapangan ni adalah lapangan di mana tempat tinggal sejadah yang berbaris panjang, tempat tidur si kitab-kitab bacaan masyarakat seluruhnya, tempat rehat rehal-rehal dan kawan-kawannya. Dah dapat? Yes! bagus kamu dah dapat tempatnya di mana. Ya! Disitulah kamu akan dapat ketenangan. Tak Percaya? Cubalah sendiri. Teman ni berkongsi saja, bukannya teman nak paksa kamu semua percaya. Terpulang pada kamu ya wahai si pembaca sekalian. Jadi gitulah serba sedikit kisah yang teman nak sampaikan. Roti canai pun dah habis, air suam pun teguk yang terakhir buat kamu kan? Yang minum teh o ais pun dah nak balik naik motor sekali dengan yang minum fresh orange, jadi nanti kita lepak lagi kat sini ya sambil mengemas pulak habuk dan sawang-sawang ni. Lepas tu bolehlah berkelah di sini. yeayy! 

Tin Klik-Kluk