Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 11 Oktober 2012

Maaf

Manusia merupakan makhluk Tuhan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan kelebihan serta kekurangan yang sangat signifikan dalam sesebuah tubuhnya. Kekuatan manusia membolehkan mereka melakukan sesuatu perkara dengan tangkas dan berkesan. Kelemahan manusia pula membuatkan mereka merasa kerdil malah condong ke arah menidakkan potensi yang ada pada diri.

Dalam ruangan kali ini, kita mahu mengupas isu mengenai sikap makhluk Tuhan yang unik ini. Maaf. Apa itu maaf? Bagaimanakah maaf itu memberi impak pada jiwa dan diri manusia itu sendiri? Sebelum kita pergi jauh lagi, mari saya kongsikan serba-serbi mengenai RKI.

RKI adalah singkatan kata bagi blog "Ruangan Konklusi Idea". Ruangan ini diwujudkan atas dasar dan keinginan meluahkan pendapat serta melahirkan blogger yang sudi bertukar-tukar pendapat serta melontarkan idea lagikan membuat konklusinya. 

Seterusnya, saya bawa anda kembali pada topik perbincangan kita iaitu maaf. Buat temanku sekalian, maaf ini merupakan suatu kunci kepada sebuah kehidupan. Bagaimana caranya? Tentu anda semua tertanya-tanya, malah ada antaranya memikirkan sehingga terkerut dahinya. Kunci sesebuah kehidupan tertakluk pada kefahaman dan kesefahaman antara manusia dan manusia serta manusia dan alam sekitar. Tuhan menciptakan kita untuk saling kenal-mengenal dan saling bertebaran di dunia ini untuk berlaku ihsan pada semua hambaNya. 

Maaf merupakan kata dan ungkapan yang sukar disebut tetapi senang dirosakkan. Hal ini kerana seseorang yang pernah melakukan kesalahan mudah meminta maaf tetapi kebarangkalian mengulangi kesalahannya adalah tinggi. Begitu juga manusia dengan Allah. Banyak melakukan kesalahan, dosa, tetapi sering ulangi lagi. Inilah kunci kehidupan yang ramai manusia masa kini alpa lagikan terleka dengan keseronokan duniawi. 

Hakikatnya, untuk menggapai kunci kehidupan, kita hendaklah sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain. Hal ini terbukti kerana sahabat Rasullullah yang mulia juga sering memaafkan orang sebelum tidur dan mendapat ketenangan yang maksimum. Pesan saya, marilah kita bermaaf-maafan walaupun bukan hari raya. Maaf merupakan kunci kehidupan. 

Selamat bermaafan. Marilah bermaafan kerana Allah. :')

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk