Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 7 November 2014

Muzik dan signifikannya mengikut zaman

Andai, dibiarkan ia usang~
Diterangi malap bulan~
Akan tinggal bayang kekosongan~


Itu bait-bait lagu Spring, band yang pernah meniti suatu zaman kegemilangan mereka sebelum ini. Mencengkam, remuk redam susunan kosa-katanya. Kata orang, 'karok lagu ni layan wehh". Ya! Tidak dinafikan, lagu ni RKI rajin juga bawa masa karaoke dengan kawan-kawan dan yang tersayang. Almaklumlah, RKI ni balada dan r&b orangnya. Jadi lagu-lagu yang main soul untuk dinyanyikan, memang kegemaran teman.

Kalau diperhatikan dari sudut zaman lagu-lagu nostalgia ni, kebanyakan lirik-lirik yang terhasil berkisarkan cinta yang terhalang, cinta yang diduga, kisah jejaka dan gadis. Apakah zaman itu zaman kekecewaan atau pola masyarakat ketika itu menghayati melodi yang agak melankolik? "Cakap pun tak guna, tendang pun tak kena", kata Ah Chai kan? Jadi, pada pandangan teman sendiri, berkemungkinan mereka memainkan lirik dan melodi sebegini bertujuan ingin memfokuskan karya masing-masing dalam bidang seni suara dan muzik itu sendiri. Mana tidaknya, bila kita hayati lagu-lagu tersebut, selalunya kita akan dengar muzik yang digarapkan mempunyai variasi. Ada yang sampai, lebih daripada tiga alatan muzik diguna pakai dalam usaha, untuk memberikan yang terbaik dalam penciptaan sesebuah lagu.

Oleh itu, tak salah kalau kita katakan bahawa lagu-lagu yang terhasil daripada zaman itu telah berjaya menyuntik nilai estetika, bukan sahaja pada muzik, bahkan menerusi bait-bait kata dalam penghasilan lirik juga.

"Fuhhh, RKI. Sudahlah tu... Denyut-denyut dah 
kepala bila you dah sembang deep ni" 

Haha. Baiklah, sampai situ saja perbahasan tentang muzik di era lagu-lagu rock balada ni. Jumpa lagi di laman yang lapang beralaskan persepsi yang tiada terpintal sebelum kita disimpulkan masa wujudnya insani. 

layan kejap lirik lagu ni :)

Khamis, 30 Oktober 2014

The Love Story

This is a love story. 
With a subtle unconscious tragedy that has been comes to remain as a challenge to these sweet couple. They realise the obstacle that has slowly attack their future relationship but they also made a step where the ordinary couple didn't make it. 

That step's is called 'the discussion'. The two pigeons keep try and try to solve their problem but up until now, the solution still in obscurity status. For them, they need some times to recover these conflict but for other people, they might think that there are in a big problem.

Can these two pigeons carve their smile back for the sake of their future? The young adorable woman and the young gentleman finally decided to make a dua's. "Let us pray", say the woman. "Let Allah do the rest, for the best of our path". The man nod his head and dua in his heart, with full of hope.



psst/ hmm, I think this story have a bit sync with this song. maybe?


Sabtu, 18 Oktober 2014

Mewangi Makin Indah

Kata-kata pujangga, "Sesungguhnya keluarlah dikau dari kampung halamanmu. Moga kau beroleh manfaat atas pengalaman di sepanjang pengembaraan itu"  Bait-bait madah ini sering menjadi buah azimat dalam hidupku tatkala ku berdepan dengan pelbagai jenis rencam hidup; dugaan yang membuatku terduduk, ujian yang berliku malah keajaiban yang menakjubkan.

Dalam macam-macam pusaran rasa roda kehidupan, RKI sendiri telah alami kegembiraan apabila di pinjamkan sebentar, rasa dikasih, rasa disayangi. Perghhhhh, perasaan yang tak tergambarkan.

Umpama mimpi dalam mimpi~ Umpama mimpi dalam mimpi~

Lebih kurang begitulah rasanya. Subhanallah. Rezeki hari Jumaat orang kata. Sudahlah penghulu segala hari, dicurahkan lagi titis-titis hujan yang penuh rahmat dan barokah. Maka jiwa insani dicuit mesra, disapa penuh kecintaan. Satu demi satu hadiah diberikan, dihidangkan, dilintaskan, dirasakan malah diberi peluang penghayatan oleh Allah yang Maha Kuasa.


 
Hadiah Sang Pencinta Hakiki
Benar kata bijak pandai, "Kita perlu belajar memberi, semakin banyak memberi, semakin banyak hasilnya kita akan perolehi" tambahan lagi, "Jangan tunggu dah senang baru terasa hendak memberi"
Sungguh! Banyak memberi, banyak bersihkan jiwa. RKI rasa gembira sebab dihadiahkan pengalaman hidup sebegini. Rezeki dirasakan melimpah ruah. Mungkin ini yang dinamakan kemanisan cinta. Allah sangat hebat! Dia memberikan rasa cinta sehingga kita rasa terus-terusan merindukan hadiahNya. Mana tidaknya, contoh hari ini saja, satu demi satu rezeki Dia berikan. Siapa tak seronok kalau apa yang dihajatkan, perancangan yang diatur, satu demi satu membuahkan hasil. Mestilah teramat seronok kan?
Sebuah jalan kehidupan


Syukur sangat hari ini. Sebab dimurahkan rezeki. Berkat doa kawan-kawan, mak ayah dan orang yang tersayang. Teman asyik tersenyum je. Rasa seronok je. Hati pun makin lapang dan tenang tadi. Minggu lepas berpeluang kembara ke Cherating-Kemaman. Minggu ni berpeluang bergiat aktif balik perkhidmatan sewa kereta dan shuttle. Minggu depan Insya Allah prospek kerja sambilan buat editing pula. Moga hari mendatang menitipkan kesan-kesan kejayaan pula.Doakan kejayaan RKI ya.

Bersujudlah kamu di mana tempat bersih yang ada.

Semoga anda semua berjaya dan kaya, RKI doakan.... Insya Allah.

(psst; rasa kekok dan janggal sebab lama tak menulis panjang-panjang. Pokok tembikai dan jagung teman dah nampak tunasnya. Mengkome bila lagi? hehe. Jom menanam pokok)


Isnin, 13 Oktober 2014

Pesan buat Kekasih

Tak apa wahai bakal isteriku, sementara menanti alam rumahtangga, saya bakal isikan masa saya dengan berkarya. Kamu tunggu ya.... masanya akan tiba seandainya roh masih di jasad. :')

Sabtu, 2 Ogos 2014

Sabina Altynbekova

Who is Sabina Altynbekova?
Where she came from?
What is her career?
How could you guys help me to know her?
Why she suddenly become so famous?
When does I have an opportunity to meet her?
If I could, I plan to teach her the way to eat sambal tumis ikan bilis. :)

Sabtu, 28 Jun 2014

Sedarkah Kita Ramadhan Muncul Lagi?

Di waktu hening malam~
Di waktu sepi sebarang bunyi~
Di waktu manusia di alam mimpi~
Embun pagi.... membasahi bumi~


Dari penelitian terhadap bait lirik di atas, sebenarnya sudah ada jawapan yang tersembunyi di sebalik kegelisahan hati kita. Hal demikian menjadikan setiap langkah dan tingkah yang tercatur, menjadi semakin hambar kini kembali mendapat rentaknya secara perlahan-lahan. Setiap yang bernyawa itu terkadang perlu terhantuk dahulu, terjatuh ditimpa tangga, barulah dirinya kembali sedar akan 3 soalan yang patut diingati di setiap hari-hari hidup kita. Tiga soalan yang perlu dipegang, diingat dan ditanya pada diri setiap hari. Tanpa 3, maka secara perlahan-lahan kita akan lupa nombor 1 dan 2.

Sekian.
4.49 pagi,
Meja jeda.

Ahad, 26 Januari 2014

Dana Anda Inspirasi Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang rindunya dalam. Apa khabar? Harapnya gembira sentiasa disamping menikmati keindahan alam ciptaan Allah, Tuhan sekalian alam. Ya, tentunya ada diantara kamu yang masih lagi membaca blog RKI yang masih bertaman ini?Kalau ya, mari sini, teman ada benda nak dikhabarkan.


Dalam kesibukan kotaraya, teman nak khabarkan berita mengenai peluang menjadi penaja. Penaja? Ya! Penaja untuk filem!

"Bagaimana tu RKI? Mak cik seronok nak taja orang ni...."

"Dei tambi, mari saya kasi wang laa"

"Haiyaa, mari Phoi Tze kasi tolong maa"

Sabar, sabar.... Caranya mudah saja. Anda hanya perlu memberi sedikit bantuan menerusi tajaan berbentuk wang kepada projek filem ini. Sebuah filem yang bakal diarahkan oleh Dr. Mahadi J. Murat (Pengarah filem Sayang Salmah,1995) yang pernah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia dan dibawa ke Festival Filem di peringkat antarabangsa. Filem ini bakal memulakan penggambaran sekitar awal bulan Februari ini. Cumanya masih ada kekangan dari sudut penajaan termasuklah lokasi, makanan, wardrobe serta dana yang berskala kecil. 

Dengan itu, saya mewakili rakan-rakan produksi ingin membuat hebahan mengenai program ini bagi tujuan bersama-sama membantu menggerakkan filem tersebut. Bagaimana caranya untuk bantu kami? Mudah saja! Anda hanya perlu menghubungi nombor telefon yang tertera di sini bagi urusan suntikan dana serta apa-apa jenis tajaan. Untuk maklumat lanjut, boleh ajukan kepada:

Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (iSemesta)
No. 37-1.
JalanWangsaMajuSetia 1,
WangsaMelawati,
53300, Kuala Lumpur.
no. telefon pejabat: 03-4131 2572

Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca nukilan RKI kali ini. Sekalung tahniah buat anda yang sudah bersedia dan berkobar-kobar untuk membantu kami bagi menjayakan misi, melahirkan filem yang bermutu tinggi. Jumpa lagi. Info lanjut di sini.


Ps: Kalau ada yang berminat nak jadi pelakon tambahan, emelkan nama, no. tel. dan sekeping gambar kepada emel yang tertera bersama alamat itu. Siapa tahu, peluang anda keluar di pawagam menjadi realiti. 
 


Tin Klik-Kluk