Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 18 Oktober 2014

Mewangi Makin Indah

Kata-kata pujangga, "Sesungguhnya keluarlah dikau dari kampung halamanmu. Moga kau beroleh manfaat atas pengalaman di sepanjang pengembaraan itu"  Bait-bait madah ini sering menjadi buah azimat dalam hidupku tatkala ku berdepan dengan pelbagai jenis rencam hidup; dugaan yang membuatku terduduk, ujian yang berliku malah keajaiban yang menakjubkan.

Dalam macam-macam pusaran rasa roda kehidupan, RKI sendiri telah alami kegembiraan apabila di pinjamkan sebentar, rasa dikasih, rasa disayangi. Perghhhhh, perasaan yang tak tergambarkan.

Umpama mimpi dalam mimpi~ Umpama mimpi dalam mimpi~

Lebih kurang begitulah rasanya. Subhanallah. Rezeki hari Jumaat orang kata. Sudahlah penghulu segala hari, dicurahkan lagi titis-titis hujan yang penuh rahmat dan barokah. Maka jiwa insani dicuit mesra, disapa penuh kecintaan. Satu demi satu hadiah diberikan, dihidangkan, dilintaskan, dirasakan malah diberi peluang penghayatan oleh Allah yang Maha Kuasa.


 
Hadiah Sang Pencinta Hakiki
Benar kata bijak pandai, "Kita perlu belajar memberi, semakin banyak memberi, semakin banyak hasilnya kita akan perolehi" tambahan lagi, "Jangan tunggu dah senang baru terasa hendak memberi"
Sungguh! Banyak memberi, banyak bersihkan jiwa. RKI rasa gembira sebab dihadiahkan pengalaman hidup sebegini. Rezeki dirasakan melimpah ruah. Mungkin ini yang dinamakan kemanisan cinta. Allah sangat hebat! Dia memberikan rasa cinta sehingga kita rasa terus-terusan merindukan hadiahNya. Mana tidaknya, contoh hari ini saja, satu demi satu rezeki Dia berikan. Siapa tak seronok kalau apa yang dihajatkan, perancangan yang diatur, satu demi satu membuahkan hasil. Mestilah teramat seronok kan?
Sebuah jalan kehidupan


Syukur sangat hari ini. Sebab dimurahkan rezeki. Berkat doa kawan-kawan, mak ayah dan orang yang tersayang. Teman asyik tersenyum je. Rasa seronok je. Hati pun makin lapang dan tenang tadi. Minggu lepas berpeluang kembara ke Cherating-Kemaman. Minggu ni berpeluang bergiat aktif balik perkhidmatan sewa kereta dan shuttle. Minggu depan Insya Allah prospek kerja sambilan buat editing pula. Moga hari mendatang menitipkan kesan-kesan kejayaan pula.Doakan kejayaan RKI ya.

Bersujudlah kamu di mana tempat bersih yang ada.

Semoga anda semua berjaya dan kaya, RKI doakan.... Insya Allah.

(psst; rasa kekok dan janggal sebab lama tak menulis panjang-panjang. Pokok tembikai dan jagung teman dah nampak tunasnya. Mengkome bila lagi? hehe. Jom menanam pokok)


Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk