Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 25 Mei 2011

Perantau di Bandar Sendiri

Aku bangun saat jam meluruskan jarum ke arah 1.01 petang macam tu lebih kurang. (110524) Itupun disebabkan telefon bimbit comel aku berwarna biru memekak memecah kesunyian tidur aku. Elok je tengok skrin, tertera nama Freaky. Aku angkat dan menadah bebelan dia di telinga kiriku. Seperti biasa, mengajak melakukan hobi kami bersama. Musim-musim percutian singkat ini eloklah aku, Freaky dan Syazzy keluar membuang waktu menyelak jalanan andai ada idea-idea yang boleh di proses mahupun dicerna. Itulah kerja kami tiga sekawan.

Aku macam biasa. Bangun, bukak laptop dan main game Football Manager 2011. Itupun nasib kalau idak ada line streamyx dekat rumah. Kalau ada, confirm aku akan online lah. Tak bohong punya. (sambil cakap style Zifi) Dalam asyik fokus ke skrin, vrommm... vrommm...
"hmm, dah sampai dah depe..." , bisik hati.
Aku bangun sambut dua orang mamat.
"Jom, lepak dulu dalam rumah aku. Lepas Zohor, kita plan jalan mana-mana.", cadang aku.

Dua orang mat ni pun setuju dengan cadangan. Lepaklah kami bertiga sampai hujan turun. Lebat, renyai... renyai lebat balik... Jadi yang disembang dah banyak topik terus kami plan nak redah hujan. Eloklah tu, langit dah nampak seakan mengizinkan kami berjalan meredah hujan renyai. Rancangan kali ni berbeza. Kami akan jalan tanpa kenderaan. Dulunya memang asyik pakai kereta, motor... Tapi tidak untuk hari ini. Semua memasang niat dan impian nak naik kaki ke bandar.

Tap... tap... tap... menapak punya menapak, kami carilah kedai makan sebab semuanya kelaparan. Moga jumpa tempat makan murah lagi bajet dan berpatutan. Cari situ mahal, cari sana agak tak cukup matawang Malaysia. Akhirnya kami singgah restoran di penjuru sebuah jalan. Masing-masing order makanan pilihan. Masa ni masih seronok. Perasaan ala-ala mat salleh travel di negara asing.

Puas makan, bayar, kami sambung berjalan. Kali ni matahari dah say good bye pada tiga sekawan ni. Nak tak nak, kena pulang ke pangkal jalan. Seperti ayam pulang ke reban, bagai burung kembali ke sarang, begitulah perumpaannya pada tiga mamat ni. Tap... tap... tap... menapak punya menapak sampailah kami di sebuah bank untuk buat transaksi. Buat transaksi dengan harapan supaya back up money kalau-kalau ada kecemasan untuk gunakan matawang itu nanti. Perasaan ala-ala traveller mula dirosakkan sedikit demi sedikit setelah bertemu orang bisnes yang hebat.

Mereka mempromosikan bahan jualan mereka untuk menarik minat kami. Kami yang meminati internet hampir terpukau. Waktu Maghrib pun sudah bermula. Kalau kami masih bersama orang ini, ada kemungkinan terlepas Maghrib. Nak cepat habis sembang, kami cuba menolak tanpa ingin membelinya, namun seorang daripada 3 ini berminat tapi masih ragu-ragu. Ya lah, kata mereka, kalau ambil promosi hari ini, dapat percuma moderm internet dan moneyback guarantee selepas 7 hari tempoh percubaan. Kalau berminat, sambung kontrak mereka. Ayat ini yang aku, Freaky dan Syazzy dengar. Mana tak tertarik, dengar percuma confirm tertarik punya. Sekali lepas Syazzy dah setuju dan bagi segala maklumat, minta duit pula dari kami. Pelik! Sungguh pelik. Bila ditanya, baru dia jelaskan yang memang kena bayar dulu RM100, baru dapat mesin untuk layari internet tu dengan percubaan selama 7 hari.

Tap... tap... tap... kali ni hati kami pula yang ditapak. Bayangkan, sembang panjang tapi rupanya ada yang tak kena. Aku dari awal dah pelik sebab kenapa boleh bagi percuma barangannya sedangkan sepatutnya perlu ada DEPOSIT paling tidak pun. Jadi, kami bincang-bincang, tak nak cuba benda ni untuk trial. Suruh dia cancel, dia tak nak macam tu sebab kata dah buka resit. Jadi dia deal, paling tak kamu bayar kami deposit RM20 atau RM30. Nanti kami bagi tahu bos kata ada salah faham dalam berurus niaga. Nak cepat punya pasal, aku bantu member aku ni untuk bayar. Kesian dia kurang matawang. Disebabkan benda ni, habis perasaan traveller tiga sekawan ini hilang. Cis!

Dan memang firasat kita terkadang betul. Baru aku sedar mengapa aku ada rasa nak buat transaksi bank. Rupanya akan jadi begini.

Sambunglah balik tiga sekawan ni menapak punya menapak... Tap... tap... dan akhirnya tap... Sampai di masjid dengan semua perasaan yang sudah celaru. Masing-masing hilang mood sampai persahabatan hampir teruji. Sadis sungguh! RM100 oh RM100. 4G dan RM100.



Memang betullah apa yang aku terbaca dalam facebook fasal alat 4G.
Lain kali, cuba mengelak kalau tak nak beli ya kawan-kawan.



Not only it is a relaxing session, not only its a facial session but also its a body toning session #TiniSpa #MilkADeal

4 ulasan :

cik azeya berkata...

eh eh. saya baru perasan. awak guna 'aku' tak guna 'teman'.

hahahaha.

nice.

4umyfans berkata...

cik azeya < yerps. kan teman dah kata, teman pun gila-gila jugak macam kamu. yeayy!

cik azeya berkata...

hahahhaha. bagus! dah main angry bird?

4umyfans berkata...

cik azeya < belum lagi main angry birds. heEeee....

Tin Klik-Kluk