Bab 3
Seawal mega mentari lagi Mak Limah Temah sudah bersiap-siap hendak meneruskan kerja. Menghantar dua orang anaknya ke sekolah dan terus meniaga di Kedai Ibu. Mata Mak Limah Temah kelihatan bengkak-bengkak dek kerana bersengkang mata untuk memastikan kuih-muih yang ingin dijualnya siap digumpal-gumpal. Sekali-sekala, nampak Mak Limah seolah-olah macam Beruang Panda yang menunggu masa untuk diberikan makan. Dia seorang ibu yang tabah. Peluh kudratnya disimpan dalam hati dan ditukar pada ukiran senyuman. Niatnya, moga-moga orang yang membeli kuihnya senang hati melihat layanannya berurus niaga. Habis meniaga, Mak Limah Temah berlalu pulang ke rumah sambil menunggu anaknya. Rezeki Tuhan muncul buat Mak Limah. Sepanjang perjalannya pulang, Mak Limah Temah sentiasa dapat menikmati kilauan tin yang dikumpulnya untuk menambah pendapatannya. Elok sampai di rumah, Mak Limah melabuhkan punggungnya ke atas kusyen kerusi rotan. Beberapa tika kemudian, anak Mak Limah pun pulang.
"Mak! mak! Amin ada benda nak bagi Mak... ", kata anak teruna Mak Limah.
"Apa dia Min? ", sapa Mak Limah penuh mesra.
"Tadi, masa Amin nak balik rumah, Pak Guard sekolah bagi ni mak. tin... banyak..."
"Minah pun dapat mak! Cikgu Bahasa Melayu bagi buah-buahan ni dengan sampul. Katanya... suruh bagi kat mak!", ceria menyambung perbualan.
"Baiklah... Mak bukak! Alhamdulillah... Alhamdulillah... mari peluk mak nak..."
"Selamat Hari Ibu, mak! Moga Allah permudahkan segala urusan untuk keluarga kita.", sahut Minah.
Amin turut setuju dengan kata-kata kakaknya. Keluarga ini memeluk erat sesama mereka. Inilah hari yang untung buat Mak Limah Temah! Mendapat tiga kejutan dan kebahgiaan. Kesemuanya menitiskan air mata tanda syukur pada Pencipta Dunia. Inilah Hadiah Hari Ibu paling bermakna buat Mak Limah Temah.
*bersambung (insya Allah... hehe) *
2 ulasan :
Alhamdulillah~
rezeki mak limah temah sentiasa ada
:)
miss shikio < syukur kan? moga2 Mak Limah Temah makin berjaya.
Catat Ulasan