Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 30 September 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table

Satu badan persatuan membincangkan mengenai hal yang terjadi antara mereka dalam mesyuarat yang dijalankan, baru-baru ini...

Mereka menggelarkan diri mereka KA TA'.

Di dalam mesyuarat, panggilan seumpama ini digunakan(panggilan yang merujuk pada pangkat seseorang Ka Ta' dalam organisasi ini.).

2 3 masalah timbul ekoran dua mamat yang asyik betelagah menyambungkan tali yang putus.

Pengerusi Persatuan Katak membuat pusingan meja (round table ler) , untuk mendapatkan jawapan dan pandangan daripada ahli badan persatuan tersebut...

Macam-macam pandangan, fe'el, kritikan dapat disaksikan dalam mesyuarat yang tampaknya, takkan berkesudahan....

Dengan kuasa veto PENGERUSI PERSATUAN KATAK, dia menghentikan perbalahan antara mereka.

Seraya berkata... , 'Baiklah hadirin! Tolong bertenang, Ka Ta' - Ka Ta' sekalian' .


Semua menjadi diam dan membisu. (Mereka agak hormat padanya.)


'Baiklah... Setelah semua Ka Ta' - Ka Ta' sekalian berbalah atas perkara kecil... Saya akan buat kesimpulan...! '


Semua mengangguk-angguk.


'Saya harap, Ka Ta' sekalian peka dan tidak terburu-buru. Sebenarnya, tali itu boleh disambung andai kamu semua... Ka Ta' s bersatu hati... bersatu suara... bersatu tenaga... bersatu...! tanpa telagah...'


Semua tunduk malu. (Ka Ta' yang paling berlagak pun tunduk dan rasa terpukul)


'Saya harap sangat, lepas ni, dalam meeting, ataupun di luar sana, kamu semua Ka Ta' s ni, hiduplah harmoni. saling tegur-menegur, hormat-menghormati, bantu-membantu sesama insan...'

'Dan kamu, Ka Ta' Fulun dan Ka Ta' CaKang... Janganlah berbalah lagi. Saya nak tengok kamu berdua, satukan tali itu... dalam... next meeting... Paham!?'


Jawab dengan takut-takut dan patuh.


'Paham, Pengurusi Ka Ta', jawab Ka Ta' Fulun.

'Err... err, paham tuan.. Eh, paham Pengurusi Ka Ta'... Saya janji, saya takkan kutuk dan cakap belakang lagi kalau tak berjaya sambungkan tali ini....' , ucap Ka Ta' CaKang...

Pengerusi Ka Ta' = 'Baiklah, saya tangguhkan mesyuarat kita dengan tasbih kifarah dan Surah Wal-As... '


Semua Ka Ta' s mengambil iktibar daripada mesyuarat itu.



To be continue...



Rabu, 29 September 2010

Aku lagi lambat....

Aku dapat mengalahkan kawanku, Aimi...
(Post yang aku send kat blog dia -
Aku lagi lambat, Aimi... hehe )
Dah macam contest pulak untuk challenge siapa paling lewat hantar ucapan raya ya.
Kah kuh keh....
Aku post ni pun, kira musim nak rasa kemanisan Syawal tu dah nak habis. : )
For all of you outside there...
I have something to say....
Ucapan untuk di alirkan buat semua muslimin dan muslimat sekalian...
Salam Lebaran...
Moga terampun segala dosa,
salah silap kita bersama...
Yah...

*terlalu ralit sangat cerita hal lain, raya punya hal pun lupa nak wish... : )


Jumaat, 24 September 2010

Tidur

Aku menaip....
Niat tu ada....
Nak siapkan assignments....
Yang melambak tak tersiap-siap lagi....
Tulis.... menulis.... tertulis....
Mata berat sebelah....
Sebelah lagi berat jugak....
Kepala dah makin pening....
Tengkok ikut sakit....
Tak cukup tidur agaknya....
Putuskan satu solution....
Tidur....
zZzzzZzzz....

Khamis, 16 September 2010

Raya

Dalam musim lebaran yang tak habis-habis lagi,
macam-macam perasaan,
perkara, rintangan kita hadapi.

Bagi aku, Aidilfitri kali ni aku banyak miss benda.
Aku tertinggal untuk beraya
dengan semua kawan-kawan aku.

Kesian pulak mengenangkan aku yang
terkadang tak berkesempatan
untuk beraya bersama-sama mereka.

Aku dah nak pulang ke kampus.

Moga sahabat-sahabat, teman-teman,
kawan-kawan dan semua yang
dikeliling aku dapat memahami situasi ini seadanya.

Dejavu

Pakat mai kawan-kawan. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. Ini ala salu silita. haha. Pasal mimpi aku semalam pagi. Begini... 2 3 hari sebelum kejadian, aku dijemput oleh seorang rakan ke open house nya. Almaklumlah, masih musim beraya... berketupat... berrendang dan berbagai - bagai. Nak
bagi lagi feel cerita, lokasinya di Ipoh,Perak. Aku pula di Taiping... (still dalam Perak lagi) Jadi, nak tak nak, kena minta izin itu bos and mam besar.

Dapat passport tak untuk bawa kereta sampai Ipoh nun sana. Aku pun, kena lah tunggu keesokkan paginya untuk dapatkan passport dan visa ke Ipoh tu. Nah, nak tanya parents aku pun, mereka sudah nyenyak tidoq. Lalu aku decide untuk
tidur. Tidur punya tidur.. . .. . zZzzzZzz.... Mimpi sudah masuk!
Kome nak tau mimpi apa? haha.
Mimpi pasal aku nak minta izin tu lah. Dalam mimpi, aku tanyalah Umi.

(Scene mimpi)
Aku - 'Boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Boleh, tapi hati-hati...'
Aku - *dalam hati aku ada rasa - happy lah dapat pergi. bukan senang nak dapat peluang drive. sebabnya, mereka tak yakin dengan kredibiliti aku bawa jentera tu.*

Kemudian, sesudah aku bangun tidoq dan masih mamai-mamai, aku teruslah yakin yang aku memang dah boleh drive tanpa halangan. Tiba-tiba, Umi aku laungkan semboyannya.
'Bukhari, bila kamu nak tukar tarikh tiket bas tu... kang dah tak boleh tukar.. cepat bangun, besiap!'
Aku yang mamai tadi barulah terhenti lamunan. Then, aku pun tanyalah impian aku tu.
(Scene sebenar)
Aku - 'Umi, boleh bu gi beraya umah membe kat Ipoh?dia wat open house.'
Umi - 'Pegi ngan sapa?Sorang tak berapa nak boleh.'
Aku - 'Dari sini, bu gi ngan kawan. Bedua... '
Umi - 'Kalau camtu, boleh ler... haa... cepat besiap! gi tukar tiket yang tersilap semalam tu. '
Aku - 'Ok Umi... thank you...'

Haha... Akhirnya, perkara yang berlaku sebelum tu, hanyalah mimpi dan fantasi aku. Barulah aku sedar. Tapi.... ada kena mengena ka dengan tajuk aku yang cantik kat atas tu terpampang padu? Hmm... Bagi aku, mimpi yang awal tu seakan berulang kembali. Dan memang situasi,set, props dan segalanya semua sama. baik scene mimpi dan scene sebenar... Jadi, habislah cerita. Aku yakin, ramai jugak pernah alami perkara seakan Dejavu ni... haha....

p/s : entry tiket seakan bersambung dengan entry ni.... : )

Selasa, 14 September 2010

Tiket

Jenuh aku fikir... kenapa aku pergi beli tiket awal? Raya pun tak habis lagi. Cuti, apatah lagi... Ini ada satu kisah yang nak aku kongsi. Pada mulanya, aku
dan teman plan untuk balik awal ke kampus... Yelah, assignment pun belum siap kan? Jadi, aku pun dah sayo-nara lah dekat sahabat-sahabat seperjuangan (Fikri & Syazwan)aku sekalian di bandar hujan ni. (masih dalam keadaan aku lupa perkara penting) Kemudian, aku pun belilah tiket pada petang hari.

Nak dimeriahkan lagi cerita, aku terlupa saat teman aku mesej aku, beberapa hari sebelumnya. Katanya, 'weh, aku blek sne, 16 ni kot...' dan lagi best bila aku pun lupa nak telefon dia, tanya bila confirm balik sebelum beli tiket bas tersebut. Jadi, aku dengan perasaan campur baur++ lagi, pergi lah beli tiket di kaunter jualan tiket bas berkenaan. Diiringi oleh Fikri dan Syazwan. (credit to kereta iswara Syazwan kerana telah menaja perjalanan beraya kami. haha) Selesailah pembelian tiket bertarikh 15 september 2010 dengan harga Rm28.00 tu.

Malam pun menjelma diiringi handset aku pula yang kehabisan bateri dek penat beraya bersama aku, tengah hari tadi. Lepas cas handset, aku pun mesejlah teman ni. Dan nak confirm kan balik, bila lah sang teman ni nak pulang ke kampus halamannya. Tup tap, dia cakap, 'Aku blik kamis laa der.. 9.45pg.. Awai blik wtpa?' Aku dengan terkejut badaknya barulah tersedar dari terlupa. Yang memang dia akan balik 16 ni andaikata jadi. Dan tarikh 16 september 2010 tu, memang hari KHAMIS... Bukan hari RABU. haha. Jadi, aku dengan sendirinya tertawa dalam hati dan perasaan yang bercampur baur ++ itu kemudiannya, datang kembali.



haha.... rugi tak fikir masak-masak....

Tin Klik-Kluk