Boleh jadi kita mula di hinggap perasaan rindu tatkala kita sedang sendirian, sesetengahnya juga di hinggap rasa sebegini ketika di tengah kesesakan orang ramai. Dan sebagai insan yang mengutip pengalaman di dalam hidup, pastinya kita pernah alami situasi seumpama ini. RKI tak nafikan, pernah merasakan rindu yang amat mendalam. Boleh jadi rindu pada seseorang, rindu pada sesebuah pengalaman, rindu pada pekerjaan, bahkan rindukan kedamaian, hati tenang.
Itulah senario yang kita akan lalui, saban hari, saban waktu. Kalau tak rasa semua ni, tak manusialah kita. Ye dok? Tapi ada juga antara kita yang tak ada perasaan. (Janganlah gitu bang, sekali-sekala kena juga merasa apa makna rindu ni.)
Antara kerinduan yang RKI masih rasa sehingga kini, adalah perasaan pada tahun lepas. Boleh RKI umpamakan sebagai dua seri bunga/ vitamin. Satu daripadanya merupakan vitamin kegembiraan dan satu lagi merupakan vitamin kecekalan. Kedua-dua vitamin ini bersifat alkali, yang meneutralkan asid yang bersarang dalam diri RKI. Segalanya berlaku pantas, dari proses perkenalan yang agak unik sehinggalah ke fasa kawan rapat dan saling support each other. Kedua-dua vitamin ini sempat memberikan spark plug buat diri ini untuk terus bangkit dan berkarya. Tatkala segelintir yang bermuka-muka, tidak menyokong secara tulus, mereka inilah yang memberi sokongan secara jujur, malah tetap percaya dengan potensi diri RKI.
Tak tahu kenapa tetapi perasaan yang ada ketika itu merupakan sebuah rasa yang sangat dirindukan buat RKI. Rasa yang sejati, tidak bercampur dengan rasa tidak jujur dan kepura-puraan. Entah, sukar nak jelaskan menerusi penulisan tetapi boleh dikatakan ketika mengalami pengalaman itu, RKI rasa segar dan bersemangat tiap kali bangun keesokan paginya. Dan walaupun kini vitamin-vitamin ini telah terbang, RKI yakin yang mereka ini telah dan sedang berbakti pada insan lain, seorang menitipkan vitamin kegembiraan, seorang lagi menitipkan vitamin kecekalan, meneruskan hidup memberi sumbangan ihsan buat manusia lainnya. Tanpa kedua-duanya, RKI tak belajar erti "keindahan hanyalah sementara". Dan tanpa kedua-duanya, RKI mungkin tidak cukup cekal sehingga ke hari ini.
Jadi, terima kasih buat kamu, vitamin yang telah meneutralkan diri ini bagi mengimbangi kehidupan dengan lebih tersusun, hati-hati dan berlapang dada dengan sekalian manusia. Terima kasih kerana anda telah melatih saya untuk menghargai kerinduan ini dengan senyuman, tatkala terkenangkan kembali peristiwa lalu. Terima kasih, buat kamu yang dirindu.
Sambil menaip terdengar lagu ni dimainkan di radio SinarFM, rasa nostalgia;
Indigo & Juliana Banos - Sehidup Semati (1999)
3 Doors Down - Here Without You (2002)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan