Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 26 Oktober 2017

Khabar Dari Seberang

Semenjak dua minggu kebelakangan ini, fikiran sering disentuh dengan persoalan khabar buat teman. Baik teman seperjuangan semasa zaman belajar, teman sekerja dan teman rapat mahupun teman istimewa. Entah apa khabarnya mereka di seberang sana. Di mana mereka sekarang; dan apa status terkini mereka? Kita pun masih tak pasti, apa yang berlaku di seberang sana kerana di seberang sini (iaitu saya sendiri) sedang dalam proses menyusun "what's next?" seterusnya bagi memastikan kehidupan bergerak lancar.

Namun ada beberapa khabar dari seberang yang mengejutkan RKI kali ini. Ada antaranya yang lama dah tak tegur sapa tiba-tiba muncul dan ada juga yang merindukan sesi sembang santai sama RKI. Tak kurang juga perasaan gembira pabila dapat "sesi kicap" (catch up session) dengan teman-teman karib berhasil, sedikit sebanyak menyuntik semangat baru buat diri. 

Oh ya, berbalik pada khabar dari seberang.... mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang RKI sedang usahakan buat masa ini. Untuk kamu yang mempunyai pemikiran itu, RKI sedang dalam proses kembali aktif menulis, kini sedang menyiapkan beberapa lirik lagu untuk pementasan teater kanak-kanak. Itu antara yang terkini daripada diri ini selain sedang berkira-kira untuk lompat kerja ke mana pula lepas ni. 

Pada yang kenal RKI dan lama dah tak sembang tu, janganlah kamu segan-segan. Roger saja teman, Insya Allah kita susun kelapangan tuk ngeteh barang sejam dua. Pada yang tak nak jumpa dah? Oh itu RKI tak boleh buat apa-apa sebab itu pilihan kamu. Sebabnya hidup ini sentiasa ada pilihan. Nak makan atau nak berlapar; nak gembira atau nak merana. Kita yang pilih. Terpulang pada kamu untuk menentukannya. 

Kalau tanya RKI, memang akan cakap yang teringin nak "sesi kicap" dengan ramai orang. Cuma masa saja belum berkesempatan dengan orang-orang yang kita nak jumpa. Walaupun begitu, untuk dua minggu kebelakangan ini, momentum perasaan semakin positif dengan pertambahan info-info baru yang RKI dapat membuatkan pergerakan kali ini lebih menarik. Mana tahu lepas ini dapat jumpa semula crush crush lama. Ye dok? Haa, siapa tahu kan? :)


Pss: Say hi to crush! 

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk