Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 23 Disember 2017

Beza Palestin Dan Kita

Sementara kita sedang sibuk nak rancang percutian, nak ke mana dan buat apa, RKI terfikir sejenak tentang apa khabarnya orang-orang di Palestin. Cukup ke makan minum mereka? Paling penting, bagaimana caranya mereka jalani hidup seharian?

Persoalan yang sebegitu bermain di kotak pemikiran. Sesekali terbayang diri ini andai ada di tempat mereka, pasti tak mampu nak hadapi kesusahan sedemikian rupa. Dari situ lahir juga perasaan mensyukuri nikmat dapat hidup di Malaysia. Masih aman, masih santai dan bebas kita nak lakukan apa-apa saja. Mereka di Palestin sana hidup ketakutan, setiap hari fikir macam mana nak teruskan hidup. 

Sejak akhir-akhir ini, (lebih tepat dalam dua minggu kebelakangan ini) RKI rajin untuk berkongsi rasa dengan kenalan terdekat tentang pentingnya kesatuan. Dah tiba masanya kita raikan kepakaran orang sekeliling kita dan bergabung menghasilkan sesuatu. Sekurang-kurangnya kalau usaha ini bukan untuk masyarakat, paling tidak usaha ini buat diri kita sendiri. Sebab semakin hari, dunia semakin sakit, manusia semakin petak, makin menuju kemurungan. Kalau kita tak mulakan positive vibes ni, siapa lagi yang kita nak harapkan? Pemimpin dunia sekarang banyak perkara nak ditadbir urusnya, yang kita sebagai rakyat marhaen ni perlulah berganding bahu menghasilkan sebuah tenaga positif.

RKI mula sebarkan dengan kawan terdekat. Pujuk dan bagi sokongan untuk sama-sama bertindak. Sebab fikir tahun 2017 dah nak berakhir, jadi mungkin ini boleh jadi azam tahun 2018. Kata seorang kawan, "Tahun depan ni, kena amalkan; cakap, buat". (Isyraqi, 2017) Tambahan pula, usia semakin meningkat. Jadi sementara muda ni, RKI fikir eloklah kerahkan tenaga untuk buat perkara yang kita impikan. Jangan hanya berimpian, kemudian duduk statik tanpa perlaksanaan. Kan lebih indah kalau hasilnya kita dapat lihat. Yakan yakan? Yalaaaa. 


Sambil menaip dengar lagu ni dimainkan di Youtube.
Michael Jackson - Heal The World (1992)
USA For Africa - We Are The World (1985)

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk