Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 19 September 2017

Depression

Ada keadaan yang membuatkan kita tak senang duduk, fikiran menjadi runsing dan tidak keruan dibuatnya. Sehinggakan tindakan menjadi lesu dan tidak bertenaga akibat daripada diri sudah semakin hilang fokus. Nah, ini adalah simptom kecil depression. Simptom yang kita sering anggap remeh, dek kerana kini, kebanyakan daripada kita menerima tekanan setiap hari.

               Walaupun ada yang berpendapat depression ini sesuatu yang tidak penting, tidak relevan, malah menganggap hanyalah ilusi, namun hakikatnya, kita tidak boleh mengambil remeh. Katakanlah sekiranya ada di antara kawan kita yang mengadu dan ingin meminjam sedikit masa kita, untuk luahkan sesuatu terpendam, barangkali itulah ruang yang diperlukan oleh dia kerana berkemungkinan tahap depression yang dihadapinya semakin meningkat. Dan sebagai seorang kawan yang bertanggungjawab, RKI nasihatkan, tolonglah... tolong untuk bantu kawan kita ini. Selagi sempat, dan selagi masih ada masa, ringankan diri untuk lakukan community service. Insya Allah kamu akan diberi kebaikan di masa akan datang, berkat kamu membantu orang.

               Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan disini termasuklah berhemah dalam bicara. Kawan atau individu yang mohon bantuan kita itu sudah tentu mempunyai bebanan. Maka kita sebagai pendengar, dan orang yang sudah dipercaya itu hendaklah cuba untuk bercakap dengan santun. Bukan apa, takut kita bukan mengurangkan depression, tapi menambahkan lagi tekanan. Haa, apa cerita?

               Selain itu, cuba dengar, fahamkan dan rasai apa yang dialami mereka. Dengan cara “put yourself in others shoes” ini, dijamin kita akan berjaya membantunya. Jangan main hentam keromo, cakap sahaja cadangan penyelesaian. Cubalah untuk fikir sejenak serta sesuaikan cadangan kita dengan peribadi kawan kita itu. Tidak semestinya cara kita bertindak, sesuai dengan dia. Dan tidak semestinya bebanan yang dia tanggung itu, kita dapat kawal. Get it?

      Namun begitu, kalau perkara-perkara yang RKI cadangkan tadi tidak berjaya dilaksanakan, cukuplah kamu sekadar berikan sokongan moral kepadanya. Tidak kiralah masalah itu besar atau kecil, harapan mereka sebenarnya hanyalah inginkan seseorang yang sudi dengar luahan yang terpendam sekian lama. Mungkin kita rasakan setiap masalah itu perlukan penyelesaian, perlukan tindakan, tapi mungkin kita terlupa bahawa satu daripada cara menyelesaikan masalah adalah dengan cara maafkan. (maafkan keadaan / orang / diri sendiri) Ada kenalan RKI pernah berkata, “Aku mudah lupa masalah ni, dan maafkan saja mereka” (Lin, 2017). Jadi demikianlah kuasa maaf. Sangat berguna buat yang menanggung tekanan.

      Dan buat kamu diluar sana yang mengalami depression, jangan risau. Kamu tak keseorangan. Ramai lagi yang masih segan untuk berkongsi kerana takut diperlekehkan, takut ditertawakan. Kamu perlu cari orang yang kamu percaya, minta ruang dan masa daripadanya untuk berbual santai. Jangan biarkan petak itu menyelubungi diri. Cari kegembiraan dalam hari-hari yang dilalui supaya terapi itu dapat membantu kamu untuk menghilangkan depression diri. Hidup ini terlalu singkat untuk bermuram durja.  

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk