Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 21 Mac 2015

Masih Segar di Ingatan

Risau yang panjang aku tenung, renung, dan menung. Mana tidaknya, tiba-tiba si recA tak hidup-hidup. Jenuh la cerita dia. Disebabkan itu, aku fikir segala puisi-puisi, kerja-kerja dan draf-draf dokumen yang ada akan berkubur bersama hard disk yang tua dimamah masa itu. Sehinggakan aku sudah menulis satu status mengumumkan 'pemergian' karya-karya aku selamanya.

Risau yang panjang itu berakhir hari ini dengan senyuman yang lebar. Mana tidaknya, recA akhirnya didapati sembuh dan kembali bersama aku. Malah, 'pemergian' karya-karya RKI selama ini bukan untuk selamanya, tapi sementara.

Persoalannya sekarang....
Apakah manusia itu mampu sedar
dan bersyukur setelah sesebuah ujian
dilalui olehnya?

Dan apakah tindakan yang afdhal
bagi seseorang itu untuk melalui
perkara itu sekiranya ujian
yang dilalu terlalu berat?

Hal yang demikian akan dibalikkan semula pada Sang Pencinta Hakiki. 
Kenal diri kamu, kenallah Dia. Kalau rasa resah gelisah,
silakan bersujud menikmati matanya bercucuran basah.
Pasti ketenangan segera digapai.
Syukur, recA kembali disisi.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk