Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 31 Oktober 2012

Jiwa Kelajuan

Kalau dibiarkan rasa gundah gulana ini bersarang dalam hati, memang akan merosakkan perjalanan hidup. Kurang semangat, kurang fokus, kurang daya saing dan kurang berani bakal mematikan perjuangan hidup yang perlu diteruskan.

Kalau begitu dan kalau begini, pasti tak berganjak. Hati teringin laksanakan sesuatu, tapi masih tetap di bantal dan tilam. Bagaimana nak maju?


Kalau masa itu boleh berhenti, teringin sekali RKI kembali pada permulaannya di mana kita fitrah dan sentiasa berbaldu putih.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kenangan Berganda

Senyum semua.... tiga, dua satu! klikkk.... itulah perkara yang kita selalu lakukan apabila nak simpan suasana sesuatu masa dalam naskhah yang diberi nama gambar atau nama saintifiknya, foto. Dari situ juga muncul aksi-aksi spontan dan skema yang kita sediakan khas untuk mengingati kenangan yang telah dilalui.

Hari ini, genap dan selesai teman ikut sama dalam penggambaran filem pendek "Following" arahan Fikri Jermadi serta beberapa hari lalu, yakni Jumaat yang lepas,  20121019, teman juga telah berjaya ikut dan sama-sama selesaikan penggambaran filem pendek "A Love to Give" karya Fatin Danea.
 
Inilah dikatakan kenangan berganda. Yang uniknya, ini antara pengalaman teman yang memberikan nilai rasa kepenatan lagikan pula umpama menjiwai seminggu shooting tanpa henti. huhu. Sekalipun menghadapi kekurangan masa rehat, itu membuatkan kenangan berganda ini bertambah manis. Sudahlah manis, gula ditambah bersama susu dan garam juga. Jadi cukup rasa campur tambahlah kiranya. Cuma sayang, tak sempat nak pergi temuduga untuk jadi pemimpin masa depan. Ya, mungkin masih tak punyai rezeki.

Tak mengapa, ada rezeki, adalah peluangnya. Kenangan berganda tersemat di dada, Kini anda terbiasa untuk beredar. 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Katakanlah

Katakanlah kalau kita dapat berkahwin dengan puteri diraja. Apa kita rasa?

Katakanlah kalau kita dapat isteri / suami yang cantik dan hensem. Apa kalian bayangkan?

Katakanlah kalau kita  dapat tanah dan boleh bercucuk tanam. Apa kamu usahakan?

Pendek kata, kata yang kita katakan adalah apa impian dan matlamat kita. Sepatutnya kita usahakan dan jadi itu sebagai azimat serta kekuatan semangat untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh kita bersemangat teman-temanku sekalian!

Mari kita bersama gapai impian kita. Semoga kalian, menjadi khalifah yang berjaya.


Psss, apa khabarnya orang di sana ya? lama tak dengar berita. shhh, esok teman nak shooting. Aiiii senangnya dalam hati.... dapat pergi shooting lagi. :D
 

(io sono bello e alto)  :P

Khamis, 11 Oktober 2012

Maaf

Manusia merupakan makhluk Tuhan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan kelebihan serta kekurangan yang sangat signifikan dalam sesebuah tubuhnya. Kekuatan manusia membolehkan mereka melakukan sesuatu perkara dengan tangkas dan berkesan. Kelemahan manusia pula membuatkan mereka merasa kerdil malah condong ke arah menidakkan potensi yang ada pada diri.

Dalam ruangan kali ini, kita mahu mengupas isu mengenai sikap makhluk Tuhan yang unik ini. Maaf. Apa itu maaf? Bagaimanakah maaf itu memberi impak pada jiwa dan diri manusia itu sendiri? Sebelum kita pergi jauh lagi, mari saya kongsikan serba-serbi mengenai RKI.

RKI adalah singkatan kata bagi blog "Ruangan Konklusi Idea". Ruangan ini diwujudkan atas dasar dan keinginan meluahkan pendapat serta melahirkan blogger yang sudi bertukar-tukar pendapat serta melontarkan idea lagikan membuat konklusinya. 

Seterusnya, saya bawa anda kembali pada topik perbincangan kita iaitu maaf. Buat temanku sekalian, maaf ini merupakan suatu kunci kepada sebuah kehidupan. Bagaimana caranya? Tentu anda semua tertanya-tanya, malah ada antaranya memikirkan sehingga terkerut dahinya. Kunci sesebuah kehidupan tertakluk pada kefahaman dan kesefahaman antara manusia dan manusia serta manusia dan alam sekitar. Tuhan menciptakan kita untuk saling kenal-mengenal dan saling bertebaran di dunia ini untuk berlaku ihsan pada semua hambaNya. 

Maaf merupakan kata dan ungkapan yang sukar disebut tetapi senang dirosakkan. Hal ini kerana seseorang yang pernah melakukan kesalahan mudah meminta maaf tetapi kebarangkalian mengulangi kesalahannya adalah tinggi. Begitu juga manusia dengan Allah. Banyak melakukan kesalahan, dosa, tetapi sering ulangi lagi. Inilah kunci kehidupan yang ramai manusia masa kini alpa lagikan terleka dengan keseronokan duniawi. 

Hakikatnya, untuk menggapai kunci kehidupan, kita hendaklah sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain. Hal ini terbukti kerana sahabat Rasullullah yang mulia juga sering memaafkan orang sebelum tidur dan mendapat ketenangan yang maksimum. Pesan saya, marilah kita bermaaf-maafan walaupun bukan hari raya. Maaf merupakan kunci kehidupan. 

Selamat bermaafan. Marilah bermaafan kerana Allah. :')

Isnin, 8 Oktober 2012

Pulangnya Langkah Kembara

Assalamualaikum kepada semua insan yang rindunya dalam.

RKI sudah pulang dalam penemuan baru, mencari nilai sebuah kehidupan. Hadirin sekalian, yang menjengah Ruangan Konklusi Idea ini, sekembalinya hamba dalam perjalanan kembara tempoh hari, sungguh banyak rasa dan warna kian mengalir terus ke jiwa dan sanubari.

Kesungguhan dalam usaha mengenal diri daripada aspek kehidupan menjadi pemangkin kepada perjalanan kembara yang tak bertepian. Kalau diikutkan jiwa dan raga, teringin rasanya untuk lakukan projek kemanusiaan sendiri, atau kata tepatnya kembara solo dalam konteks mencari makna, suasana, manifestasi alam sekitar dan pelbagai ragam serta peragai makhluk-makhluk Tuhan.

Maafkan teman ya, kamu semua. Tulisan kali ni menggunakan frasa yang lebih membuatkan kamu semua berkerut dahi. Ini adalah rasa dan ilham yang lahir setelah teman pulangnya daripada langkah kembara, baru-baru ini.

Bagi kamu sekaliannya, teman ucapkan salam rindu kerana pastinya ada insan-insan yang tertunggu-tunggu tulisan teman yang tak secanggih tokoh-tokoh ternama. Betapa pun, teman harap, teman dapat rajinkan diri untuk terus menulis dan berkongsi di Taman RKI yang indah permai penuh ladybird ini.

Jom, kita pulang ke desa nun permai. (tiba-tiba. huhu)

Tin Klik-Kluk