Tin Besar

Tin Tong

Rabu, 29 Disember 2010

Sokongan Kamu Amat Diperlukan Harimau Malaya

Seperti kita semua sedia maklum, cerita mengenai skuad kebangsaan sedang rancak dibincangkan. Baik komen positif mahupun negatif, semuanya ada. Ingatkah kamu bahawa teman pernah utarakan isu bola sepak ini dalam post yang terdahulunya? Bagaimana prestasi Harimau Malaya tampak kian meningkat? Hal ini adalah hasil daripada usaha kita bersama. Sokongan padu para peminat serta usaha daripada para pemain yang dipilih oleh Rajagobal telah membuahkan hasil. Kini, kita perlu tunggu saat yang dinanti-nanti untuk mencapai impian. Menggenggam AFF Suzuki Cup 2010.


Piala AFF Suzuki.
Merupakan trofi bagi kejuaraan serantau Asia Tenggara.


Sebagai rakyat Malaysia, teman nak ajak kamu semua untuk bagi sokongan padu pada Harimau Malaya. Ayuh, kita kirimkan doa, dorongan serta semangat daripada serata negara untuk memastikan kelebihan 3 - 0 kekal ke akhir 90 minit dalam perlawanan akhir kedua ini. Ayuh, kita pastikan Harimau Malaya masih boleh mengaum!


Harimau Malaya... Tanah Tumpahnya Darahku.

Teman suka statement tu.

Khamis, 9 Disember 2010

Keliru Pilih Hala Tuju

Cuti sems aku sepatutnya dihabiskan dekat rumah yang indah nun permai di Bandar Hujan sana. Tapi alangkah uniknya, cuti semester kali ni sangatlah sibuk dengan pelbagai program yang masuk bagaikan lego yang tersusun rapi buat aku. hahhaii... malah, program-program tersebut seakan menyuruh aku pergi, satu demi satu! hahh... *dah tak dapat gelak dengan jayanya di situ* agak penat sebenarnya di situ. Aku yang kebuntuan kini...


Mencari ruang. Mencari konklusi. Mencari idea.


Kata teman-temanku yang lain,
"Pergilah... tu satu pengalaman buat hang. "
Kata aku pulak,
"Tu satu kepenatan buat aku. Hang tau dak?"
: )


Pada teman-teman yang lain, kamu ada idea tak untuk dicurahkan di sini? Teman perlukan bantuan kamu semua. Ayuh bantu teman.... heeEee... Teman keliru nak pilih tujuan seterusnya. Mari kita berfikir sebelum otak menjadi benak.

Jumaat, 3 Disember 2010

Sudut Cip Cerpen - Round Table 3

Mesyuarat yang berlangsung menyaksikan ketegangan
antara Ka Ta' dan Orang Besar mereka.

Semua Ka Ta' di salahkan ekoran Ka Ta' yang menjadi wakil kepada wilayah-wilayah mereka, tersalah latih Ka Ta' Generasi Baru.

Wakil Ka Ta' s dihadapkan ke mesyuarat tergempar dengan jawatan kuasa khas Ka Ta' yang menganjurkan Kursus Ka Ta' Generasi Baru ini.

Orang Besar tanpa peduli dan unsur periksa menasihat semua Wakil Ka Ta' yang terlibat supaya jangan salah latih Ka Ta' Generasi Baru.

Sebabnya kerana mereka ini manja! Kata seorang Orang Besar
Ka Ta' pada Wakil Ka Ta' s.

Wakil Ka Ta' yang kepenatan itu merasa duka dan hampa akibat tindakan yang diambil oleh Orang Besar Ka Ta'.

Mereka sewenang-wenangnya menuduh malah tidak mengambil berat pada Wakil Ka Ta' s semua.

Orang Besar juga tidak tahu bahawa Wakil Ka Ta' s kebanyakkannya ada yang tak sihat akibat menjaga KKGB, tetapi Orang Besar Ka Ta' seolah-olah menidakkan tugas Wakil Ka Ta' s.

Ada juga Wakil Ka Ta' s sudah membuat latih betul tapi KKGB masih tidak mendengar dan mengikut arahan dan latihan yang betul.

Akibatnya, balik-balik Wakil Ka Ta' s juga yang kena. Balik-balik, Wakil Ka Ta' s yang salah. KKGB semuanya betul di mata Orang Besar Ka Ta'.

Selesai round table, Wakil Ka Ta' s makin hampa malah kecewa serta lumpuh semangat untuk meneruskan misi mereka, menjaga KKGB yang amat manja.


To be continue...




Rabu, 1 Disember 2010

Yakin

Kekuatan seseorang individu sangat diperlukan untuk menjana transformasi budaya negara ke arah yang lebih prolifik. Sesebuah negara mampu berdaya saing apabila setiap rakyat di dalam negara tersebut mengamalkan sikap dan sifat positif yang holisitk. Keyakinan adalah satu daripada aspek kemajuan negara ataupun ummah. Pemimpin seharusnya mempunyai sikap ini. Sifat atau sikap yakin ini boleh diterapkan melalui cara-cara tersebut.

1. Yakin dalam memutuskan sesuatu perkara.
2. Yakin bertindak menghadapi & menyelesaikan masalah.
3. Yakin melalui dugaan.
4. Yakin membetulkan kesalahan yang nyata.
5. Yakin untuk menerima teguran membina. (baik postif atau negatif)
6. Yakin membawa wawasan baru. (5 tahun akan datang & sebagainya.)
7. Yakin merumuskan segala pro & con.

Moga tips ini menjadi panduan anda semua yang ada diluar sana. Terutama pada warga muda, kamilah pendokong, pewaris bangsa. *bak lirik lagu Wawasan Setia Warga UiTM tu... heeEe* Berfikirlah ke arah seluruh kesedaran.
Mudah-mudahan, kamu yang memerlukan sokongan di luar sana dapat menerima sokongan daripada teman untuk memacu diri ke arah yang lebih mantap lagi bergaya.

Terimalah tips yang tak seberapa daripada teman pun. heeEe.
Sekian... : )



*aku berhujah melalui secebis pengalaman...*
anda ada cadangan lain?

Tin Klik-Kluk