Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ujian

Cikgu - Dalam banyak-banyak ujian, ujian apa yang paling susah, murid-murid?


Murid A - Ujian SPM.


Murid B - Ujian Universiti.


Murid C - Ujian "Melabur"


Cikgu - Betul jawapan kamu semua tu...


Murid C - Tapi cikgu, ujian yang
cikgu bagi pun susah jugak.


Cikgu - Maksud kamu?


Murid C - Ni... untuk jawab soalan cikgu
ni. Ni kan ujian namanya...


Murid A & B & C - (ketawa)


Cikgu - Betul... semua betul... tapi ujian yang paling sukar ialah ujian dalam meniti kehidupan.


Murid A & B & C - (mengangguk-angguk)


Cikgu - Kamu semua, murid-murid kesayangan cikgu sekalian akan menempuh... peringkat-demi peringkat untuk mengenali dunia. menikmati kehidupan. Dan merasai kedukaan dan kekecewaan dalam hidup kamu.


Cikgu - Cikgu berharap dan berdoa, supaya kamu semua akan berjaya menempuh ujian-ujian itu nanti.


Murid A & B & C - Baik cikgu.



Mereka pun berlalu keluar selepas loceng di sekolah dibunyikan.
Cikgu berasa amat lega setelah berjaya menerangkan
perkara itu pada murid-muridnya.

5 ulasan :

Elie Lily berkata...

kata ustaz,ujian dlm kubur lagi susah la komander!
wallahualam.. :)

Tanpa Nama berkata...

Thanks komen kt page Hanis Zalikha. Sy Aziz Hazmi.

http://www.facebook.com/azizhazmipages

liyanaziz berkata...

anda di tag, sila ke blog saya

4umyfans berkata...

little cartoon < betul2...
ujian dalam kubur antara yang lebih susah.

4umyfans berkata...

Aziz Hazmi < welcome bro...

liyana aziz < wahh, saya di tag ya? thanks...

Tin Klik-Kluk