Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 24 Oktober 2015

Sepetang bersama RKI

Dewasa ini, kita sering melalui pelbagai pekara diluar kawalan kita. Ada antaranya adalah memenuhi permintaan khalayak namun di akhir peristiwa itu khalayak tidak pula mempedulikan usaha yang telah kita lakukan. Oleh kerana usaha itu dilakukan secara tidak sistematik, maka sudah pastilah wujudnya perkara yang menyakitkan hati, dalam erti kata lain, sinonimnya dengan frasa marah / kecewa.

Perkara ini sering berlaku pada individu yang bergelar pelajar. Lebih-lebih lagi di peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas kerana manusia yang melalui tahap pelajaran sebegini sudah semestinya mendekatkan diri dengan persekitaran yang kompleks, mendepani senario dealing with crutial obstacles serta berbagai-bagai lagi laluan yang sukar dalam proses melepaskan diri menjadi seorang graduan. Dapat dilihat bahawa gejala ini akan menjerumus kepada simptom kurang sihat akibat kesan tekanan yang memuncak, yang jika tidak dikawal, sudah pasti bakal mencetuskan perbalahan yang kronik, tidak berkesudahan sesama rakan sebaya mereka. 

Oleh itu, RKI dengan rasa rendah diri, menggunakan platform yang ada ini, ingin cuba merungkai permasalahan ini. Pergeseran idea, permasalahan kerja kumpulan serta salah faham antara rakan menjadi punca utama kepada gejala negatif ini. Antara situasi yang RKI dapat rumuskan adalah;

1. Memahami satu sudut pandang (POV) sahaja bakal mencetuskan huru-hara. (Perlu dicerna dengan beberapa sudut pandang yang lain sebagai langkah timbal balik)
2. Memberi kesimpulan sebelum buah perbincangan bakal menimbulkan kepincangan. (Lebih kepada pendekatan jangan melulu dalam berbicara. Fikir, hadam sejenak dan kemukakan semula menerusi percakapan)
3. Menolak bulat-bulat pendapat sekeliling bakal melahirkan tak puas hati / berkata-kata dalam hati@ berkata-kata di belakang / jiwa dendam. (Ini kesan yang amat buruk buat makhluk yang bernama manusia andai tak dibendung)

Rumusan ini dapat dirangkumkan disebalik faktor, analisis, pengalaman lapangan dan pelbagai jenis lagi kaedah lain yang turut RKI teliti dan lalui sendiri sepanjang 16 tahun (sejak usia 8 tahun - 1999, sehingga terkini - 2015). Bukan ingin menzahirkan corak pemikiran narciss tetapi lebih menjurus kepada ihsan sebagai seorang insan iaitu cenderung serta didorong dengan personaliti ideal manusia hebat Nabi Muhammad yang bersikap benar, amanah, menyampaikan & bijaksana. 

Ada rakan RKI pernah mengutarakan kejahatan mesti dibalas dengan kebaikan, walhal beliau sendiri sudah ditindas dan membiarkan diri ditindas. Jelas RKI padanya, nahh, cuba kamu jadi bijaksana dalam perihal ini. Sudah pasti, kamu bakal menikmati ketenangan dalam jiwamu. Hal sebegini memang sukar dihadam, tetapi mudah untuk dibincangkan. 

Oleh itu, untuk perbincangan selanjutnya, bolehlah membuat tempahan slot bicara bersama RKI dengan menghantarkan emel ke habafirst@gmail.com untuk sesi tempahan temujanji dan perbincangan harga bagi 1 slot. Semoga bertemu lagi.

*Ada yang sudi ? Belanja roti telur dan teh o ais pun jadi. :D  

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk