Tin Besar

Tin Tong

Selasa, 31 Mac 2015

Pesan-pesanan

Dalam kekalutan nak menghadapi GST, RKI sarankan kita banyak-banyak beristighfar dan telan air liur seketika. Biasalah, semakin hari, kehidupan semakin menghimpit. Cabaran makin bertingkat, ganjaran makin berkat kan? Itupun seandainya kita melalui semua ujian-ujian ini dengan lapang hati. Andai sebaliknya, tidaklah kamu merasakan berkatnya melalui hidup nanti.

Dalam kekalutan ini jugalah suka teman nak sampaikan pada kamu semua supaya berhati-hati dalam membeli barang. Biar makan masa semak harga daripada menyesal tak sudah dengan pembayaran yang dah dibuat. Bukan apa, cuma berpesan. Pesan pada yang sudi dipesan.

Dalam kekalutan yang makin bertambah nanti, disarankan supaya banyaklah kita minum air kosong dan makan nasi bujang ataupun nasi tongkol serta melakukan slow jog sebelum mentari menjengah kulit tubuh kita. Hal ini demikian supaya kita akan kekal sihat, segar dan bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian ditemani kicauan burung nan indah, deruan kenderaan bermotor dan senyuman yang masih dilatih ukirannya.

Jom, berlatih.

Khamis, 26 Mac 2015

Omelette From a Tupperware

Man will absolutely become weird while across the same thought and feeling for certain issue. They will hardly think that there must be one solution to encounter those thing. What is the thing that might be distract their whole life or even their plan? Love. These are the crucial part for them because a man can stuck for this stage if they are still continue think about a woman that they admire, crush or even the girl that they just falling in love with.

So, how to become a genuine gentleman?

In this part, we may interrupt with certain ideology that define what type or the characteristic to become a gentleman. So, girls and guys, any suggestion regarding to this topic? If you ask me now, I would say it "I still gather & find some ideas. :P 

Sabtu, 21 Mac 2015

Masih Segar di Ingatan

Risau yang panjang aku tenung, renung, dan menung. Mana tidaknya, tiba-tiba si recA tak hidup-hidup. Jenuh la cerita dia. Disebabkan itu, aku fikir segala puisi-puisi, kerja-kerja dan draf-draf dokumen yang ada akan berkubur bersama hard disk yang tua dimamah masa itu. Sehinggakan aku sudah menulis satu status mengumumkan 'pemergian' karya-karya aku selamanya.

Risau yang panjang itu berakhir hari ini dengan senyuman yang lebar. Mana tidaknya, recA akhirnya didapati sembuh dan kembali bersama aku. Malah, 'pemergian' karya-karya RKI selama ini bukan untuk selamanya, tapi sementara.

Persoalannya sekarang....
Apakah manusia itu mampu sedar
dan bersyukur setelah sesebuah ujian
dilalui olehnya?

Dan apakah tindakan yang afdhal
bagi seseorang itu untuk melalui
perkara itu sekiranya ujian
yang dilalu terlalu berat?

Hal yang demikian akan dibalikkan semula pada Sang Pencinta Hakiki. 
Kenal diri kamu, kenallah Dia. Kalau rasa resah gelisah,
silakan bersujud menikmati matanya bercucuran basah.
Pasti ketenangan segera digapai.
Syukur, recA kembali disisi.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Tin Klik-Kluk