Tin Besar

Tin Tong

Khamis, 27 Jun 2013

Usaha, Terus Mencuba

Ohh, It's scared to see the ending ~
While we pretending ~
This is nothing ~

Dalam asyik mendengar lagu tu, tiba-tiba mula kembali terpanggil untuk menulis. Ya, memang agak lama menyepi sejak tulisan Pengalaman Alami Alam dan 2013 Sebuah Kejutan. Pelbagai rasa yang sudah RKI lalui. Dari sudut pengalaman, semakin hari semakin seronok berjalan di muka bumi yang serba indah lagi permai. Namun setiap yang ditempuh pastinya ada naik turunnya. Satu yang unik setakat ini adalah tahun 2013 itu sendiri di mana tahun ini banyak memberi rasa yang baru dalam hidupku. Mana tidaknya, ada saja kenangan-kenangan yang lain dari kebiasaan menyusup masuk dalam skrip RKI, skrip yang sentiasa bersambung dan bertembung sehinggalah bertemunya pengakhiran sebuah jasad.

Kekuatan inilah yang ingin dikongsikan bagi memberi nafas dan suntikan kepada kamu yang sudah mula menjumpai makna hidupmu sendiri. Selagi berdaya, teruskan melangkah kerana kamu, dia, mereka, dan kita semua, mampu melakukannya selagi kita berusaha, terus mencuba.

Ahad, 24 Mac 2013

2013 Sebuah Kejutan

Dalam pertempuran antara lapang dan sempit, kini magisnya kian menyusul menjelang sempit sudah mula ingin bersahabat denganku. Sebolehnya, biarlah sempit saja yang berada disisiku. Hal ini mungkin hanya harapan pada sempit tetapi bagaimana pula aku? Aku mula mendambakan lapang. Alangkah indahnya kalau masih lapang. Lapang masa, lapang tenaga, lapang minda dan paling penting, lapang rehat. Aku mula merindui lapang.


"Dei macha, apa lu cakap ni?"

"Betul cakap dia. Apa awak cakap ni RKI?"


Bertenang ya para pembaca sekalian. RKI dah bagi kamu semua terkejut ya? Ya, memang lama RKI tak menulis di sini kerana RKI dah mula sibuk dengan pelbagai perkara dan itulah yang dimaksudkan dengan sempit. Memang kini, RKI rindukan masa lapang.

Macam ni....

 Paling tidak pun, dapatlah berehat, main tenis sambil bernyanyi lagu "Ajari Aku". Adalah rasa tenangnya daripada sempit dengan hal-hal yang agak penting sebenarnya. Tapi tak apa, sebab syukur juga dapat rasa kesempitan dan kesuntukan masa ini. Boleh melatih RKI untuk fokus dengan apa yang dilakukan. Setelah teliti artikel terdahulu, teman fikirkan bahawa persoalan dalam Kembalikan Langkahmu ini sudah terjawab sedikit demi sedikit.

Mulanya, teman dah terlepas pada Sayembara Puisi, Cerpen & Novel anjuran ITBM awal Januari 2013 ni, jadi teman ambil inisiatif untuk gandakan asakan dengan mengisi dan menyertai sebanyak mana penyertaan yang ada di Malaysia mahupun di luar negara. Maka tercetuslah pengisian borang pada Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee (Februari), Mustafa Davis Photo Challenge (Februari), Kembara Penulis Muda ke UK (Mac)....

Disebabkan terlepasnya peluang menghantar puisi ke sayembara anjuran ITBM itu, maka asakan-asakan berikutnya tercetus ke arah pertandingan serta penyertaan-penyertaan lain kerana bagi RKI, setelah rugi di ITBM, sepatutnya RKI lakukan sesuatu. Alhamdulillah, terkini, andai diizinkan Allah, teman akan berangkat ke Thailand bagi Amazing Thailand Film Challenge (Mac) 2013 bersama seorang rakan. Secara tak langsung, terubatlah hati walau tak berkesempatan mengikut keluarga pergi umrah, (juga Mac, mereka baru berlepas ke Madinah semalam) tak berkesempatan melakukan kembara di bumi UK, tetapi Allah beri peluang menjelajah Thailand. Merasai malah menikmati perbezaan budaya masyarakat lain. Semoga dengan inspirasi hadiah Ilahi ini, melahirkan rasa kesenangan dan ketenangan bukan sahaja kepada teman, tetapi turut dirasa oleh kome-kome semua.  

Khamis, 10 Januari 2013

Pengalaman alami aman

Apa khabar kalian yang rindunya dalam? Semoga dirahmati Tuhan hendaknya. Kepada pembaca yang sudi menanti dan menunggu tulisan daripada teman, teman ucapkan terima kasih. Allah yang mampu membalas jasa kamu semua.


Detik yang sedang kita lalui ini adalah fasa sisi kehidupan yang janggal buat kita. Mungkin anda merasakan fasa janggal ini seperti biasa tetapi tidak pada saya. Saya merasakan kehadiran hari demi hari ini sebagai satu naskhah skrip yang tidak pernah habis-habis. Apa yang bakal dilalui esok? Mana laluan kita untuk hari ini, semalam dan mendatang?


Soalan demi soalan terus-menerus timbul lantaran manusia memang fitrahnya suka mencari, menyoal dan meneroka rahsia alam. Seperti kata bijak pandai, "... teruskan melangkah andai melihat kehebatan itu." Kehebatan apa yang bijak pandai ini maksudkan? Teruskan berjalan untuk mengetahui jawapannya. Pesan saya, "berjalanlah sambil melihat sekeliling..."

Khamis, 3 Januari 2013

Kembalikan Langkahmu

Baru kesedaran itu timbul tatkala aku lalui pelbagai perkara kini. Dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dari celik mata hingga pejamkan mata, aku harungi laluan ini. Ya, adakalanya aku hadapi dengan senang, tidak sukar malah aku tempuhi dengan kesenyuman. Namun, tak selalunya hari cerah. Langkahanku makin layu dan kaku lantas aku terpaku. Terkadang aku bisikkan pada diriku, "Hai manusia. Ruginya kamu tak gunakan masa dan tenaga yang ada ini untuk terus berkarya, terus berkerja dan terus bersemangat berkongsi apa yang kamu dapat sepanjang hidupmu?" Persoalan dan bisikan itu aku selalu lakukan buat diriku namun mengapa aku masih tak berganjak?

Fikirku lagi, "Mungkin aku sedang menyusun fail-fail yang dah berselerak kini atau... mungkin aku sedang tarik nafas di jeda ini dan mulakan kembali langkahan bertenaga, awal episod baru." Persoalanku sudah terjawab dengan masuknya tahun 2013. 2013, aku di mana agaknya?


Sebuah jawapan
yang
adanya masih belum

Tin Klik-Kluk