Tin Besar

Tin Tong

Sabtu, 30 April 2011

Review Tentang Tulisan Bogel

Dengar tajuk je, semua pakat-pakat nak serbu usha blog ni. Teman pun pelik jugak tajuknya ni. Hahhaiii.... Begini ceritanya. Teman dah dijemput oleh Encik Penulis Bogel ( Encik PB ) untuk sertai acara yang dia reka. Apa dia acaranya? Buat komen sikit pada blog dia ni. Nak kutuk, nak puji, nak goda dia, terpulang pada kita. (katanya) heEeee. Jadi, teman dengar berbesar hati menerima pelawaan dia. Infiniti terima kasih buat kamu ye, Encik TB. Moh kita bagi respons pada blog Tulisan Bogel.

1. Isi kandungannya?
Bagi aku entry dalam TB sangat sempoi.

2. Bahasa?
Penulis pandai menggunakan bahasa tersirat.
Itu amat menarik minat aku membacanya.

3. Layout?
Kemas dan tak serabut.

4. Header?
Paling simple dan aku sukakannya.

5. Font?

Teman suka lagi kalau blog ni bubuh font Courier New.
Sebabnya bagi teman, layout dia sesuai dengan Courier New.

6. Tajuk Blog?
Tulisan Bogel. Sangat simple like pimple tapi agak sensitif guna tajuk ni.

7. Nama Penulis Blog?
Penulis Bogel? Agak lucah dan bahaya sebenarnya nama ni ye.

8. Apa-apa Sahaja?

Secara holistiknya, blog kamu memang teman suka.
Walaupun teman baru-baru je lagi lepak dekat blog kamu,
memang teman teringin nak datang lepak lagi.

Itu saja kumennya bagi Review Tentang Tulisan Bogel. Kamu nak cuba review?

Teman nak tag,
Dr. Love.

Selasa, 26 April 2011

Meleleh

Satu pagi yang hening... Zam terjaga tatkala mendengar azan Subuh. Tidurnya panjang... lama... Puncanya, dia keletihan semalamnya akibat perjalanan yang panjang. Zam semalam keluar dengan kawan-kawan dan lalui macam-macam peristiwa yang tak tentu hala. Elok dah sedar dari tidur, Zam terkenang mimpinya tadi.

Zam yang baru sedar dari lena masih layan siri mimpi kali ni. Dia masih rasakan yang dia di alam mimpi lagi. Nak buat macam mana, mimpi masih di fikiran. Lepas dia tengok jam tangannya, dia baru sedar yang dia dah bangun dari tidur. Mimpi yang Zam dapat kali ni best sikit. Zam mimpi zaman sekolahnya. Waktu tu, dia masih lagi aktif dalam marching band. Tapi sayang... dalam mimpi Zam, dia tak dapat main alat-alat muzik semua tu.

Malah, Zam tak dapat jugak nak rasai jiwa bagaikan orkestra dia tu kerana dia seakan menonton televisyen dalam melihat babak mimpinya ini berlangsung. Zam tak puas hati. Mungkin kerana Zam masih impikan untuk kembali menjiwai muzik-muzik seumpama itu. Dalam mimpi ini, Zam hanya dapat tengok sekumpulan geng marching band tengah tuning untuk main beberapa buah lagu.

Zam dulunya sang konduktor marching band. Dia tak boleh dengar kalau muzik dah berkumandang, mulalah aura-uara konduktor dia tu datang. Zam berusaha turun ke tempat geng-geng tu layan muzik. Elok je dia sampai, dia nak conduct lah muzik tu. Harapannya... tapi memang tak dapat pun.

"Cis!", kata Zam.


Elok tengah layan-layan lagu dalam mimpinya tu, Zam pun terkejut dek azan Subuh. Zam yang mamai-mamai mula menyegarkan diri untuk membuat persiapan, berhubung dengan Maha Pencipta. Selesai berhubung, Zam lepak ke depan PC milik kawannya. Zam online. Buka laman sosial, baca newspaper Berita Harian, semak visitors blognya dan acara paling tasmat dalam diri dia, blog walking.

Tengah sedap-sedap dia online, tiba-tiba ada yang meleleh keluar dari ruang rongga tubuhnya. Masa ni, Zam cool je. dia pun pergilah ke tandas untuk basuh benda yang memeleh dari rongganya itu.

"Fuhh! Lega aku dah basuh hidung ni." , Zam bersyukur.


Dia sambung layari ombak internet. Tak sampai beberapa minit, hidungnya meleleh lagi dengan hingus. Okay, kena pergi tandas lagilah jawapnya dia. Zam tak putus asa. Sanggup lagi dia ulang-alik bilik air tu. Nasiblah bilik air dekat dengan bilik tidur.

"Harap-haraplah tak meleleh lagi hinguih ni.", Zam pasrah.


Zam ingat, lepas dia dah basuh hidung dia sekali lagi, dia pun legalah tak payah diganggu lagi masanya melayan internet. Tengok-tengok, tak sempat nak hangatkan kerusi, dah... kena bagun lagi...

"Hmm, alamatnya aku memang nak give up daripada online ni. Time aku nak online, ade je halangan. Asyik dok bangun, duduk... bangun... duduk kena bangun lagi! Dah lah mimpi tadi pun tak puas. Aduhai... sabarlah Zam. Dugaan penghapus dosa." , Zam menghembuskan kata-kata terakhir dalam kisah ni.


Zam kemudiannya terus menyambung rutinnya itu biarpun dia kena ulang-alik bilik air. Dia terus menulis... ber blogging dan blog walking...




*tasmat : unsur woww.*



*kalau kamu semua kena macam
ni, apa perasaan kamu?
Ce ceghite... ce ceghite. hahhaiii....*

Ahad, 17 April 2011

Komander Hampir 3 Semester

Baris.... baris.. sedia!
Hahhaiii... jangan risau kawan-kawan. Kamu takkan dengar laungan macam ni daripada komander sekalian, pagi-pagi ni. Jangan kamu gusar, jangan kamu gelisah. Pagi ini kami akan melibatkan diri dengan aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Hah? Apa benda tu? Haa... jangan ingat komander asyik dalam aktiviti serius saja. Aktiviti yang muka ketat, komander. Tak... sebenarnya, Komander Kesatria juga manusia seperti kamu semua. Kami jua perlu beriadah dan bersuka ria. Aktiviti ini juga dikira suatu aktiviti yang mampu mengeratkan silaturrahim antara kami. Sebab tu teman cakap, aktiviti memasyarakatkan masyarakat. Kiranya dalam kalangan komander sendiri, kita kena sama-sama betulkan dan baik pulih hubungan sesama kita. Begitu jua kamu di luar sana. Ikatkan semula sillaturrahim yang telah terjalin. Sebenarnya, pagi ni sampai malam karang kami ada aktiviti Commander Family Day. Kami akan bermesra sesama kami setelah mengharungi semester ini dengan serius dan penat di padang kawad. Jadi... moh kita layan aktiviti ini. Ceriakan diri sebagai Komander Kesatria yang bermasyarakat sesama semua insan.

Rabu, 13 April 2011

Serakan Idea B

Kalau kita fikir, kita pasti dapat ukir.
Kalau kita tenang, kita tidak resah berenang.
kalau kita resah, mungkin kita punyai salah.
Kalau kita terbuka, pasti kita kurang berduka.


. . . ABAH

Sabtu, 9 April 2011

Nokss! di Pekan Frinjan

Salam buat kamu semua.


Berita sangat happening khas buat pengikut setia
Nokss! isu #1 kamu.
Kamu boleh dapatkan naskhah kamu di Pekan Frinjan,
hari ini. (SABTU - 9 APRIL 2011 jam 8.00 malam)
Pekan Frinjan akan berlangsung di Laman Budaya, Shah Alam.
Tempat ni memang dekat sangatlah dengan Plaza Alam Sentral,
Shah Alam tu. Haa, apa lagi yang kamu nak tahu? Harga?
Ada apa lagi dekat Pekan Frinjan ni?
Harga masih sama. RM4.00. Dekat Pekan Frinjan ni,
kamu boleh layan lagu-lagu indie di samping boleh beli buku
dan menonton orang mendeklamasikan sajak. Kalau nak ikutkan,
sebenarnya, banyak lagi benda yang best kamu boleh dapat
di Pekan Frinjan ni. Jadi.... apa tunggu lagi...
jom ler serbu Frinjan. yeayy!


Ada lagi soalan? Boleh je tanya. heeEee....

Rabu, 6 April 2011

Nokss! Mulakan Langkah Kanan

Salam buat kamu semua.

Pada yang baru first time jenguk blog teman, teman ucapkan tahniah dan selamat datang.
Pada yang sudah pernah singgah dan masih menjadi pelawat serta pembaca setia, teman nak sangat ucapkan terima kasih berjuta-juta langsat pada kamu yang menghargai segala tulisan-tulisan bahkan info-info simple like pimple teman ni ye.
Pada kali ini, teman nak war-warkan suatu bentuk perubahan yang telah pun berlaku!
Pada semua, Nokss! dulunya dijual di pasaran dengan harga RM5.00. Kini, zine Nokss! boleh didapati
pada harga RM4.00 setelah kami membuat promosi secara terus-terusan.
Pada anda yang ingin menempahnya, boleh rujuk di sini untuk cara-caranya. Ataupun,
pada page 9belas.
Pada insan yang telah menyokong dan memiliki Nokss!, teman nak ungkapkan terima kasih yang tak terhingga. Moga Allah beri kamu semua nikmat dan rahmat.

Marilah kita sokong industri penulisan
yang didokong penulis-penulis muda daripada
kelompok 9belas.

Sokongan dan feedback kamu semua amatlah
kami hargai. Jangan malu, jangan segan nak
bagi komen dan cadangan ya.

Tin Klik-Kluk