Tin Besar

Tin Tong

Ahad, 27 Mac 2011

Nokss! isu #1 kamus kreatif

Salam buat kamu semua.

Kepada pembaca yang disayangi, kamu mesti tertanya-tanya apakah Nokss! sebenarnya? Nokss! isu #1 adalah sebuah zine yang mengumpulkan hasil karya kreatif 9belas orang penulis muda yang mengetengahkan pelbagai genre penulisan. Menampilkan cerpen, sajak, puisi tradisional dan sebagainya, Nokss! isu #1 diharap bakal menjadi kamus buat sang pencinta idea kreatif. Ni kalau Lisa Surihani tahu berita ni, pasti dia pun akan sahut suara untuk menyokong bersama-sama anda juga. heeEee....


Nokss! isu #1 karya pelajar-pelajar Penulisan Artistik semester 4, Januari 2011. Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (TEKA)


Muka depan & belakang zine Nokss!


Menampilkan 9belas penulis Nokss! yang mempunyai idea-idea berskala besar.
Ezy N / Aan / Fatin Danea / Elie Lily / Amanda / ABAH / Azzurein Raz Poh / Rodrod / Shah Aidin / LiyanAziz / Azizi Dain / Aimi Rosli / Fatini Zulkarnain / Akemi Siegel / Alyssa / Aishah Lee / Iki.Ali / Ammar Azmir / Muhamad Ezham


Sebagai seorang insan yang pernah menulis dan karya atau hasil tulisannya telah diterbitkan, kamu pasti akan rasa gembira dan nak sangat senyum macam ni. (nyenghongen sampe telinge.... heeEee)

Katakan yeayy! kepada yeayy! untuk Nokss!

Jadi, itulah serba-serbi pengenalannya. Apa? "Macam mana nak milikinya?" Apa? Teman tak dengar? "Berapa harganya, bro?" Haa, ni teman nak cerita ni. Kamu semua, rakyat Malaysia boleh milikinya seperti cara-cara di bawah.

Sediakan duit RM5.00.

Berhubung terus kepada 9belas, ahli kami,
andai kamu berhampiran kami.



Macam mana dengan kami yang jauh ni, bro? Boleh. Kamu boleh ikut cara-cara di bawah pula.

Sediakan duit RM6.00 untuk semenanjung Malaysia.

Sediakan RM7.00 untuk Sabah & Sarawak.

Tukarkan duit-duit kamu kepada wang pos.

Poskan ke alamat yang akan di beri.

Kamu boleh hubungi terus kepada kami di sini.
9belas.

atau

Boleh emelkan pada (ABAH)
e2b26_khary@yahoo.com.my

atau

(Azizi Dain) azizi_jiji9108@yahoo.com
(Elie Lily) adeq_ili91@yahoo.com

Linkatau

terus pada Aimi Rosli.

Pastikan kamu semua nyatakan nama, alamat penghantaran, nombor telefon kepada emel-emel yang tertera di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah rujuk Cik Aimi Rosli juga ya. Segala urusan boleh dibuat dengan cara-cara di atas. Adalah gembiranya kami andai kamu semua sudi menekan butang like pada page 9belas kami. Moga kamu semua berjaya milikinya ya!
Di pasaran sekarang!


Link
http://www.churpchurp.com/haryHarith/share/digi-operamini

7 ulasan :

Doktor Love berkata...

Bro, gua budak fakulti seni halus mau angkut satu boleh. macam best je zine kelas bro ni.kalo bro baik hati, ni gua ada tinggalkan email. roger gua la bro. skunk, gua xdak duit lagi.
ni emailnya ---->

GIGIEMAS_JARANG@YMAIL.COM
(nama gua - Ziana Rain)

Elie Lily berkata...

teman da ada satu!
katakan yeay!! :D

4umyfans berkata...

doktor love < terima kasih kerana menyokong zine kami. moga-moga, ramai lagi kawan-kawan kamu miliki Nokss! ya. hehe

little cartoon < yerps. katakan yeayy! pada yeayy! little cartoon dah ada. kamu, bila lagi?

oni berkata...

gua saran lu orang kalau nak kembang ke masyarakat marhaen di luar sana ada byk cenel lu orang boleh terjah. ada byk scene2 art kat luar sana. frinjan, sindiket sol-jah, UYA, moonshine kl, AKAR shah alam, pakatan paradoks dan beberapa kumpulan bebas lain. mereka ni ada follower masing2 yang memang meminati dan menghargai penulisan bebas. harap maklong dan selamat mencuba!

oni berkata...

lagi satu kalau nak hantar ke gua senaskah complimentary copy style gak buat gua baca dan kasi review...

Aimi Rosli berkata...

haha, post kan kat oni. biar dia buat review (:

4umyfans berkata...

oni < teman and da gang dah berjaya letak kat Frinjan. terima kasih bagi cadangan. dan tQ Frinjan.

aimi < insya Allah, oni akan datang support kita di Frinjan. ready for his review.

Tin Klik-Kluk