Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ujian

Cikgu - Dalam banyak-banyak ujian, ujian apa yang paling susah, murid-murid?


Murid A - Ujian SPM.


Murid B - Ujian Universiti.


Murid C - Ujian "Melabur"


Cikgu - Betul jawapan kamu semua tu...


Murid C - Tapi cikgu, ujian yang
cikgu bagi pun susah jugak.


Cikgu - Maksud kamu?


Murid C - Ni... untuk jawab soalan cikgu
ni. Ni kan ujian namanya...


Murid A & B & C - (ketawa)


Cikgu - Betul... semua betul... tapi ujian yang paling sukar ialah ujian dalam meniti kehidupan.


Murid A & B & C - (mengangguk-angguk)


Cikgu - Kamu semua, murid-murid kesayangan cikgu sekalian akan menempuh... peringkat-demi peringkat untuk mengenali dunia. menikmati kehidupan. Dan merasai kedukaan dan kekecewaan dalam hidup kamu.


Cikgu - Cikgu berharap dan berdoa, supaya kamu semua akan berjaya menempuh ujian-ujian itu nanti.


Murid A & B & C - Baik cikgu.



Mereka pun berlalu keluar selepas loceng di sekolah dibunyikan.
Cikgu berasa amat lega setelah berjaya menerangkan
perkara itu pada murid-muridnya.

Rabu, 27 Oktober 2010

Peluh Kedai Ibu

Hari-hari yang berlalu menyaksikan Mak Limah Temah menjual kuih-muihnya di Kedai Ibu. Dia sering gembira kerana jualannya selalu memberangsangkan. Tambah-tambah gembira lagi apabila kutipan jualannya itu digabungkan dengan hasil sampingan yang agak lumayan baginya. Mengutip tin... Peluh lelahnya terhapus apabila bertemu dengan kilauan tin yang amat bermakna. Tin yang kadang ada, kadang tak ada itulah yang membantu Mak Limah Temah sekeluarga dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kebiasaannya, Mak Limah Temah sering menyimpan hasil kutipan tinnya itu di celahan mail box yang tak berkunci. Mail box itu berhampiran dengan Kedai Ibu. Tak Mak Limah Temah sangka, semakin hari, tin yang dikumpul semakin berkurangan. Setelah berpeluh-peluh mencari, dugaan itu pula yang merunsingkan Mak Limah Temah.

"Angkara kutu mana yang kacau daun aku ni?" , monolog hati Mak Limah Temah penuh syahdu.

Mak Limah Temah ingin mencari suatu kebenaran. Peluh penatnya perlu berbayar dengan harga sekilogram tin itu. Pencariannya, suatu kesukaran.


*bersambung (insya Allah... hehe) *

Ahad, 24 Oktober 2010

Destinasi

Salam membaca...

Destinasi yang ingin ku tuju sangat berliku...
Senangnya tak menentu...
Susahnya sangatlah pasti...
Untuk ke situ, sabar adalah kuncinya...
Untuk ke situ, strategi adalah sub-sub kuncinya...
Untuk ke situ, impian dan perancangan adalah sub-sub-sub kuncinya...
Moga kita berjaya...
Kita hampir ke situ...

: )

Jumaat, 22 Oktober 2010

Wira Kita

kau selalu bersamaku...
kau sentiasa melegakanku...
kau penuh bermakna...
melepaskanmu, suatu kepuasan...
kaulah perwira...
pergilah kau berjuang...
berjuang...
untuk mendapatkan hak kau...
Hak & Kedamaian buat kau...
pergilah... aku... rela...
semoga kau tenang berjuang...
dan berlepas dariku...
terbang dengan selamatnya...



. . . . . . . .
pro0o0ooooo0o0TtttT
...itulah engkau yang sejati...

Meniti titi teliti

Salam semua...
Pertemuan yang sukar digambarkan membuatkan kita terkedu... kadangkala.
Perancangan yang terperinci terkadang menghasilkan duka.
Nah, cuba kita bersedia.
Bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Jadikan apa yang dirancang sebagai platform untuk kita lebih bersedia.
Lebih berkeyakinan...
Cuba kita teliti meniti titi.
Titi yang sukar dilalu mampu kita lepasi.
Bahkan juga kita mampu tersenyum selepas terlepas dari titi itu.
Fikir, rancang dan bincang bersama.

: )

Sabtu, 16 Oktober 2010

Penat

Setelah berkawan dengan matahari yang sangat bahang,
seharianlah aku merentongkan sedikit sebanyak kulit anggota tubuhku ini...penat...
Setelah aku penat berkejaran di atas padang kawad yang
damai lagi nan 'sejuk' itu, aku sering kehausan.penat...
Setelah matahari tidak berkawan lagi denganku,
dan bulan pula hadir menjadi teman rapatku,
barulah aku merasakan kegembiraan. tapi still penat...
Setelah bintang menghiasi malam yang syahdu,
barulah aku sedar indahnya memiliki kesatuan hati.... akhirnya dapat hilangkan penat...

Si Bho0otttT...

Bila dia kata bho0otttt...
Semua mula menjawab...
Bila dia cuba katakan lagi bho0o0ottt...
Semua masih ceria...
Bila dia katakan lagi dan lagi...
Semua dah pening...
Bila semua tak dengarkan lagi kataannya pun... bho0o0ottt...
Semua dah mula rindu gila....

: )



*dipetik dari sumber mana entah, (Xaramba Xarambey, yeayy!, 2010)*


Khamis, 14 Oktober 2010

Kosong

kosong jer, xde apa pon entri... (Najib, 2010)
Haha... Jangan risau bro, kosong tak de entry tu, bukan takda apa...
tapi ada makna....
: ) Haha....

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kualiti dari Kuantiti

Seorang lebih baik daripada 10 orang. Kalau 10 orang tahu uruskan hal-hal yang rumit,
itu lebih kualiti. Kalau sepuluh-sepuluh macam watak dalam filem Dunia Baru tu, pergi je cakap,
" sapuloh.... dua puloh... penuh.... " Haa, lagi bagus macam tu... haha..
Lepas tu, hang pi kerja dekat petrol pam tu. Kan? Senang.... Lebih baik ada seorang manusia yang pandai buat kerja daripada 2 3 ratus orang tenaga kerja manusia tapi haram tak boleh buat kerja. Yang dia tahu, tuding jari sana. Tuding jari sini. Arah orang sana, arah orang sini. Mana boleh, "Tak boley....... " kata aney iklan dalam komersial tv tu.
Jangan anda jadi macam tu wahai kawan.
Jadi, semua kena berkerjasama. Semua perlu bantu secara menyeluruh. Syumul kata orang yang berilmu... Haa, barulah maju kita nanti. : )
Kesimpulannya, lebih baik seorang daripada 10 orang. In case... , kalau semuanya nak buat perangai.

*Sama-sama belajar pepatah baru ini. : ) / berhujah boleh, tapi biarlah ada rujukan dan analisis. hehe*


Khamis, 7 Oktober 2010

Senyuman di TEKA

Ini suatu kisah gembira dan
terujanya seorang Student TEKA.

Hal ini berlaku ketika dia
sedang menghadiri latihan
teater yang dia sertai.
Teater itu bakal dipentaskan
tidak lama lagi.
Sedang dia dan semua
yang terlibat dengan teater itu
khusyuk membuat latihan
untuk fasa yang terakhir,
tiba-tiba semua terdiam
dan terpaku melihatkan ohh indahnya
wajah Rozita Che Wan.
Semua yang berada di situ
seolah-olah menjadi ais batu.
Walaupun mereka masih dalam
panahan mentari yang sungguh terik
dan membahang kehangatan.
Sehinggalah Rozita Che Wan memasuki
keretanya semula dan pulang ke
lokasi yang ingin dia tuju.
Barulah mereka kembali
normal dan meneruskan
latihan teater mereka.
Dia tersenyum dan bahgia
terkenangkan Rozita Che Wan.



: ) Rugi aku tak de fakulti masa tu... hehe

Kon & Ju

KON dan JU adalah rakan baik.
Mereka hidup dengan damai dan indah.
Namun disebalik wajah kegembiraan pada mereka berdua,
terselindung satu kedengkian pada diri Kon.
Kon sangat dengkikan kelebihan yang ada pada Ju.
Ju bijak, dan disayangi oleh semua insan yang berada di sekelilingnya.
Manakala Kon, sering di kutuk dan ditepikan.
Kon impikan perhatian... perhatian dari semua orang.
Namun dia sangat pandai berlakon di depan Ju.
Dia berkawan dengan Ju untuk mendapatkan perhatian umum.
Sebaliknya Ju berkawan dengan Kon tanpa iri hati.
Dia sangat jujur.
Malah, sangat ambil berat terhadap Kon.
Adakah Ju tahu yang Kon berkawan dengannya kerana bersebab?


To be continue...


Isnin, 4 Oktober 2010

Nuffnang

Salam semua.
Salam dunia.
Salam untuk yang fikir.
Salam yang inginkan.
Salam nuffnang.
Salam keuntungan.
Salam iklan.

Sudut Cip Cerpen - Popo

Keluarga Popo hidup dalam bahagia.
Selalunya gembira, selalunya senyum.
Popo menghargai orang yang baik dengan mereka.
Namun, langit tak selalunya cerah.
Keluarga Popo diserang musuh yang nyata.
Musuh yang cuba mengkucar-kacirkan
Popo-popo sekalian.
Popo perlu bertindak.
Menghalau anasir-anasir negatif yang
cuba memporak-perandakan keluarga Popo.

: )

Sabtu, 2 Oktober 2010

aisunaM < -

Ada manusia yang suka ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia, yang tak suka ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia yang tak boleh ditegur . . . . . . .
Ada juga manusia yang boleh ditegur . . . . . . .
Malah, menerimanya dengan hati yang sangat terbuka . . . . . . .
Anda dalam golongan mana?
Jom, kita sama-sama fikir . . . . . . .



Kenapa aku ejakan dalam keadaan terbalik?
Mari kita kaji . . . . . . .

: )

Tin Klik-Kluk