Setiap manusia ada cita-cita. Dalam cita-cita itu, tentunya perlu cipta peluang dahulu bagi melengkapkan cita-cita yang telah ditanam tadi. Namun persoalannya, jika tiada cinta (yakni minat) dalam menghasilkan peluang, mana mungkin kita akan mencapai cita-cita itu. Betul tak?
Hal ini sering bermain dalam pemikiranku, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan suasana perbincangan mendahulukan sesuatu atas sesuatu. Sedangkan dalam ketiga-tiga perkara ini, adanya penyambungan bagi menghasilkan matlamat utama, atau ultimate.
Namun begitu, perkara diatas adalah perbincangan yang kadangkala tiada titik noktah. Jadi pabila menjerumus ke takat itu, diri ini lebih cenderung memilih pesan yang pernah diberikan oleh pensyarah Bahasa Itali suatu ketika dahulu. Piermauro menyatakan, "Tak apalah, itu pendapat dia. Pasti, orang lain pendapat."
Jadi disini RKI akan ambil pertimbangan untuk tidak memanjangkan perbincangan. Cuma dalam satu keadaan lainnya, RKI akan berikan perspektif berbeza supaya kita sebagai manusia sedar, yang kita punya masa... dan masa tak pernah menunggu kita. Hal itu lebih merisaukan daripada impian yang kita idam-idamkan. Boleh jadi kita rasa sempat, tetapi rupanya masa telah merampas hak yang kita inginkan, iaitu sebuah kehidupan.
Jadi bagaimana pandangan anda? Mungkin boleh kongsikan bersama RKI. Lama rasanya tak menulis blog, malah bertukar pandangan di sini. :)
Tin Besar
Tin Tong
Ahad, 29 Jun 2025
Isnin, 26 Jun 2023
Surat Masa Depan 2030
Akhirnya sudah selamat sampai ke Malaysia hari ini!
Uniknya, berita ini dikhabarkan oleh adik aku, setibanya dia pulang merantau daripada Kota Metropolitan dan tanah moden, Putrajaya. Bukan senang untuk hasilkan surat ini. Sudah dikarang sejak zaman Singapura lagi (2017), namun terlupa tulis dan pos lalu ditunda sehinggalah tahun ini. Surat itu dikirimkan daripada Thailand, atas sebab berpeluang mengembara di sana, hampir 2 minggu lalu. Bukan apa, aku sendiri meletakkan surat itu hendaklah dikirimkan dan mendapat setem luar negara, maka misi tersebut memakan masa yang panjang.
Itu satu perkara. Satu lagi perkara adalah bagaimana sekiranya poskad yang ku kirimkan pada si dia juga tiba pada tarikh ini, hari yang sama surat masa depan 2030 ku itu?
Persoalan ini masih menjadi tanda tanya dan apa yang mengujakan diri ini adalah semakin hari, aku sudah semakin melepasi fasa recovery dalam hidupku. Hampir 4 hari lamanya aku terduduk, frust menonggeng orang kata akibat di tumbuk dunia, lebih tepat mendapat perkhabaran bahawa perhubungan aku tidak boleh ke peringkat seterunsya. Apalah nasib.
Namun begitu, aku pasti dan yakin bahawa semua takdir ini Allah dah tulis. Lebih-lebih lagi perasaan semakin baik apabila dihadiahkan rakan sekeliling yang positif, yang meniupkan semangat lantas tidak penat-penat memberi pesanan supaya aku terus kuat, buat istikharah malah banyakkan berdoa. Tidak kurang juga berpesan untuk suruh move on dan mencari pengganti.
Tidak apa wahai Koriie.
Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?
Sekurang-kurangnya engkau telah usahakan apa yang terdaya, dan paling penting engkau berlatih untuk kembali back on track sebagai manusia yang kerdil lagi lemah ini. Proses yang dilalui ini perlu supaya terbiasa dengan fasa yang menyesakkan dada, lantas dapat bingkas bangun semula untuk menstruktur semula kehidupan. Siapa tahu, ada berlaku plot twist dalam skrip hidupmu kan?
Ingat kawan, dalam hidup ini jangan bersedih terlalu lama, kerana masa kita semakin suntuk. Jadi, teruskan hidup dan bersemangatlah ya!
psst: Pesan kat diri sendiri juga ni. :)
Jumaat, 23 Jun 2023
Pesan Buat Kekasih - 6
Wahai bakal isteriku,
Sesungguhnya hari ini merupakan hari kedua diri ini teruji.... dirundung nestapa dan kesayuan hati kerana telah di reject. Dan sebenarnya diri ini menoleh kembali, membelek helaian-helaian skrip hidupku ketika ingin memikat sang gadis yang ku rasakan dialah kan menjadi "...kaulah yang terkini, terakhir dan, selamanya." (Faizal Tahir, Bukan Yang Pertama, 2016). Namun kami seakan tak berjodohan, cuma yang pasti ku akui ku tetap mencari ruang dan peluang untuk membina semula perhubungan yang terlihat tiada masa depan ini. Hai kekasih hatiku yang rinduku mendalam, tidak tahulah apa nak dikatakan selain luahan yang saya akan berusaha keras untuk menjadi seorang jejaka yang lebih baik dari semalam dan memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup saya. Dan terkadang terasa macam saya ini seolah tiada masa depan bercinta kerana selalu gagal. Tapi sahabat saya Fikri berpesan, "tolong jangan salahkan diri sendiri Mat. Dia manusia, boleh buat khilaf."
Sesungguhnya hari ini merupakan hari kedua diri ini teruji.... dirundung nestapa dan kesayuan hati kerana telah di reject. Dan sebenarnya diri ini menoleh kembali, membelek helaian-helaian skrip hidupku ketika ingin memikat sang gadis yang ku rasakan dialah kan menjadi "...kaulah yang terkini, terakhir dan, selamanya." (Faizal Tahir, Bukan Yang Pertama, 2016). Namun kami seakan tak berjodohan, cuma yang pasti ku akui ku tetap mencari ruang dan peluang untuk membina semula perhubungan yang terlihat tiada masa depan ini. Hai kekasih hatiku yang rinduku mendalam, tidak tahulah apa nak dikatakan selain luahan yang saya akan berusaha keras untuk menjadi seorang jejaka yang lebih baik dari semalam dan memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup saya. Dan terkadang terasa macam saya ini seolah tiada masa depan bercinta kerana selalu gagal. Tapi sahabat saya Fikri berpesan, "tolong jangan salahkan diri sendiri Mat. Dia manusia, boleh buat khilaf."
Buat awak yang saya pun tak pasti di mana berada, percayalah jika awak adalah jodoh saya, awak capai tangan yang saya hulurkan.... saya ingin katakan perkara yang saya dah pegang sejak zaman diploma lagi. "Jika dia jodohku, terbanglah ke mana pun, ke utara, selatan, timur mahupun barat, dia akhirnya akan tetap di sisiku, di pelamin." Dan awak tak perlu risau kerana memang saya nak buat aktiviti bersama awak, travel, mencipta kenangan dan mengumpul amal kebajikan sementara kita masih di ladang dunia ini. Sebab sekarang saya rasa dah semakin menua, bimbang kalau terlewat jumpa awak, kita terkurang masa untuk mencipta sejarah perhubungan kita. Awak tentu risaukan benda yang sama kan? Oh ya, disebabkan tumbukan dunia kali ni awak, saya hasilkan karya puisi Poskad SAR & Noktah Belum Noktahkan SAR. Patut ke saya lalui kekeliruan ni lagi wak? Atau terus move on?
Ingat ya, masanya akan tiba, seandainya roh masih di jasad.
Dan seandainya jasad tak bersatu lagi dengan roh, doaku moga kamu senantiasa tabah & dirgahayu. :')
Rabu, 11 Mei 2022
Rasa Kosong 2
Jika tahun lalunya aku dalam perasaan aneh dan mood yang sangat mendatar, kali ini rasa itu seakan tiba semula. Pernah juga dicoretkan dalam hantaran bertajuk Rasa Kosong, Feel Numb bulan November 2021 di blog ini. Nak diterangkan tu tak pasti macam mana tapi setakat ini, apa yang boleh diklasifikasikan adalah sebagai rasa yang statik, pegun dan tidak bergerak.
Kita ambil contoh keretapi.
Jika dulunya, RKI seumpama sebuah keretapi yang bergerak, ada misi, impian dan semangat yang menjulang-julang untuk dilakukan dalam hidup, tetapi keretapi yang bergerak itu kini terhenti. Barangkali tetap bergerak, cuma dalam kelajuan yang sangat perlahan. Dapat?
Katakan ambil contoh filem.
Kita ambil contoh keretapi.
Jika dulunya, RKI seumpama sebuah keretapi yang bergerak, ada misi, impian dan semangat yang menjulang-julang untuk dilakukan dalam hidup, tetapi keretapi yang bergerak itu kini terhenti. Barangkali tetap bergerak, cuma dalam kelajuan yang sangat perlahan. Dapat?
Katakan ambil contoh filem.
Jika seseorang watak atau cerita itu, tentunya ada proses permulaan (begining), pertengahan (middle) dan pengakhiran cerita (ending story). Watak tidak akan bergerak sekiranya tiada matlamat untuk menuju ke garisan penamat cerita, sama seperti watak tidak akan bergerak sekiranya tiada kesungguhan untuk menyelesaikan halangan (obstacle) dalam sesebuah skrip filem.
Persoalannya, macam mana RKI nak kembali pada trek asal? Ada cadangan tak?
Aku yakin rasa kosong ini akan berlalu, cumanya aku tak tahu dan masih tak faham macam mana nak uruskan situasi ini.
Jumaat, 20 Ogos 2021
Dine-in Boleh Tapi Berhati-hatilah Wahai Teman
Khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila pelbagai lagi sektor dapat dibuka semula. Semestinya sektor yang berkaitan makanan menjadi tumpuan apabila rata-rata restoran dibenarkan untuk dine-in. Namun begitu, individu boleh melakukan aktiviti tersebut sekiranya telah mendapatkan vaksin lengkap. Bagaimana ditakrifkan sebagai vaksin lengkap?
Apabila seseorang itu mendapat 2 suntikan, dan melepasi 14 hari selepas suntikan dos kedua. Hal ini untuk individu yang disuntik vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Manakala sesiapa yang mendapat 1 suntikan jenis CanSino serta Johnson & Johnson perlu melepasi 28 hari selepas suntikan dos kedua.
Pada pandangan peribadi, RKI lebih mengambil sikap untuk bataskan pergerakan ke kawasan yang sesak. Beli barang yang perlu dan selebihnya segera pulang ke rumah. Memang tak dinafikan, petak juga duduk lama-lama di rumah. Cuma apa yang ada hanyalah keselamatan menjaga diri daripada terkena virus yang mengganas ini. Sedangkan Francesca Marcon, atlet bola tampar Itali pun ada kesan sampingan selepas vaksin, maka kita seharusnya berhati-hatilah ketika keluar daripada rumah.
Tak ada apa yang dapat nak ulas lagi selain nak katakan, buat yang terkesan.... kamu tak keseorangan. Baik terjejas dari segi pendapatan, terjejas dari segi kesihatan mental dan telah hilang kepercayaan oleh orang terdekat, maka ketahuilah bahawa memang keadaan sukar.... memang tak semua orang mampu memahami apa yang kamu lalui tetapi yakinlah, babak berikutnya dalam hidup kamu pasti akan baik-baik aja.
Seorang yang positif dan baik hati, Maddy, pernah berpesan pada RKI, "If you give up now, you won't be able to see the next chapter of your life.... you're strong, I believe in you."
Terima kasih Maddy untuk sokongan. Saya sangat hargai. Dan untuk anda yang baca sehingga ke akhir penulisan ini, percayalah saya yakin kamu pasti boleh mengharunginya. :)
Rabu, 11 Ogos 2021
Rasa Kosong, Feel Numb
Beberapa hari ini RKI melalui fasa yang aneh. Perasaan yang seperti kosong, seperti bergerak perlahan dan berfikir pun dalam keadaan blur, sometimes feel numb. Tak pasti kenapa dan bagaimana untuk mulakan tapi inilah yang terjadi pada diri ini.
Ada kemungkinan ini merupakan laluan sukar yang aku perlu lalui. Namun begitu, terpaksalah ku gagahi jua. RKI masih tercari-cari di mana diri yang agak bersemangat, kerap memberikan sokongan pada orang sekeliling, begitu minat dengan apa yang dilakukan.... semua itu seakan hilang daripada diriku, kini. Apa yang mungkin ada hanyalah siri episod yang penuh dengan tidak stabil, rasa aneh dan keliru dengan semua yang berlaku.
Diri ini juga hilang beberapa hari yang lalu.... berusaha untuk melalui proses recovery bagi mengembalikan semula semangat yang sudah luntur. Bayangkan, dulunya RKI gemar menghasilkan sajak, draf lirik dan berkarya tetapi kini rasa pening, malah tak minat langsung untuk lakukan aktiviti itu. Minat yang hilang dan keterujaan yang mendatar ini perlu dikikis supaya aku kembali, back on track.
Minat.... kembalilah.
Khamis, 15 Julai 2021
Pesan buat Kekasih - 5
Wahai kekasih yang rindunya dalam,
Sesungguhnya ujian saya kali ini amatlah berat. Saya sampai terduduk dan merangkak kerana telah di tumbuk dunia. Sehinggakan saya menjadi diri selain saya. Saya hanyut dalam pandemik Covid-19 ini, tenggelam dalam halusinasi dan delusi yang meresahkan. Entahlah.... tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata. Andai kamu juga sedang diuji sebegini rupanya, maka ketahuilah bahawa kamu juga tak keseorangan. Kamu ada saya, dan saya ada kamu.... kerana hanya yang melalui saja dapat merungkai apa yang bergelumang di otak kita. Saya kadang tu awak sampai penatlah dan pesan pada minda suruh rehat daripada fikir, kerna saya juga manusia. Manusia lemah, perlu rehat, perlu penat. Saya doakan awak dapat selesai segala urusan / halangan yang ada. Awak, jom jumpa segera. Boleh? Saya dah tak larat hadapi seorang diri.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)