Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 20 Ogos 2021

Dine-in Boleh Tapi Berhati-hatilah Wahai Teman

Khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila pelbagai lagi sektor dapat dibuka semula. Semestinya sektor yang berkaitan makanan menjadi tumpuan apabila rata-rata restoran dibenarkan untuk dine-in. Namun begitu, individu boleh melakukan aktiviti tersebut sekiranya telah mendapatkan vaksin lengkap. Bagaimana ditakrifkan sebagai vaksin lengkap?

Apabila seseorang itu mendapat 2 suntikan, dan melepasi 14 hari selepas suntikan dos kedua. Hal ini untuk individu yang disuntik vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Manakala sesiapa yang mendapat 1 suntikan jenis CanSino serta Johnson & Johnson perlu melepasi 28 hari selepas suntikan dos kedua.  

Pada pandangan peribadi, RKI lebih mengambil sikap untuk bataskan pergerakan ke kawasan yang sesak. Beli barang yang perlu dan selebihnya segera pulang ke rumah. Memang tak dinafikan, petak juga duduk lama-lama di rumah. Cuma apa yang ada hanyalah keselamatan menjaga diri daripada terkena virus yang mengganas ini. Sedangkan Francesca Marcon, atlet bola tampar Itali pun ada kesan sampingan selepas vaksin, maka kita seharusnya berhati-hatilah ketika keluar daripada rumah.

Tak ada apa yang dapat nak ulas lagi selain nak katakan, buat yang terkesan.... kamu tak keseorangan. Baik terjejas dari segi pendapatan, terjejas dari segi kesihatan mental dan telah hilang kepercayaan oleh orang terdekat, maka ketahuilah bahawa memang keadaan sukar.... memang tak semua orang mampu memahami apa yang kamu lalui tetapi yakinlah, babak berikutnya dalam hidup kamu pasti akan baik-baik aja. 

Seorang yang positif dan baik hati, Maddy, pernah berpesan pada RKI, "If you give up now, you won't be able to see the next chapter of your life.... you're strong, I believe in you."

Terima kasih Maddy untuk sokongan. Saya sangat hargai. Dan untuk anda yang baca sehingga ke akhir penulisan ini, percayalah saya yakin kamu pasti boleh mengharunginya. :)

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk