Tin Besar

Tin Tong

Jumaat, 20 Ogos 2021

Dine-in Boleh Tapi Berhati-hatilah Wahai Teman

Khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila pelbagai lagi sektor dapat dibuka semula. Semestinya sektor yang berkaitan makanan menjadi tumpuan apabila rata-rata restoran dibenarkan untuk dine-in. Namun begitu, individu boleh melakukan aktiviti tersebut sekiranya telah mendapatkan vaksin lengkap. Bagaimana ditakrifkan sebagai vaksin lengkap?

Apabila seseorang itu mendapat 2 suntikan, dan melepasi 14 hari selepas suntikan dos kedua. Hal ini untuk individu yang disuntik vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca. Manakala sesiapa yang mendapat 1 suntikan jenis CanSino serta Johnson & Johnson perlu melepasi 28 hari selepas suntikan dos kedua.  

Pada pandangan peribadi, RKI lebih mengambil sikap untuk bataskan pergerakan ke kawasan yang sesak. Beli barang yang perlu dan selebihnya segera pulang ke rumah. Memang tak dinafikan, petak juga duduk lama-lama di rumah. Cuma apa yang ada hanyalah keselamatan menjaga diri daripada terkena virus yang mengganas ini. Sedangkan Francesca Marcon, atlet bola tampar Itali pun ada kesan sampingan selepas vaksin, maka kita seharusnya berhati-hatilah ketika keluar daripada rumah.

Tak ada apa yang dapat nak ulas lagi selain nak katakan, buat yang terkesan.... kamu tak keseorangan. Baik terjejas dari segi pendapatan, terjejas dari segi kesihatan mental dan telah hilang kepercayaan oleh orang terdekat, maka ketahuilah bahawa memang keadaan sukar.... memang tak semua orang mampu memahami apa yang kamu lalui tetapi yakinlah, babak berikutnya dalam hidup kamu pasti akan baik-baik aja. 

Seorang yang positif dan baik hati, Maddy, pernah berpesan pada RKI, "If you give up now, you won't be able to see the next chapter of your life.... you're strong, I believe in you."

Terima kasih Maddy untuk sokongan. Saya sangat hargai. Dan untuk anda yang baca sehingga ke akhir penulisan ini, percayalah saya yakin kamu pasti boleh mengharunginya. :)

Rabu, 11 Ogos 2021

Rasa Kosong, Feel Numb

Beberapa hari ini RKI melalui fasa yang aneh. Perasaan yang seperti kosong, seperti bergerak perlahan dan berfikir pun dalam keadaan blur, sometimes feel numb. Tak pasti kenapa dan bagaimana untuk mulakan tapi inilah yang terjadi pada diri ini. 

Ada kemungkinan ini merupakan laluan sukar yang aku perlu lalui. Namun begitu, terpaksalah ku gagahi jua. RKI masih tercari-cari di mana diri yang agak bersemangat, kerap memberikan sokongan pada orang sekeliling, begitu minat dengan apa yang dilakukan.... semua itu seakan hilang daripada diriku, kini. Apa yang mungkin ada hanyalah siri episod yang penuh dengan tidak stabil, rasa aneh dan keliru dengan semua yang berlaku. 

Diri ini juga hilang beberapa hari yang lalu.... berusaha untuk melalui proses recovery bagi mengembalikan semula semangat yang sudah luntur. Bayangkan, dulunya RKI gemar menghasilkan sajak, draf lirik dan berkarya tetapi kini rasa pening, malah tak minat langsung untuk lakukan aktiviti itu. Minat yang hilang dan keterujaan yang mendatar ini perlu dikikis supaya aku kembali, back on track

Minat.... kembalilah.

Khamis, 15 Julai 2021

Pesan buat Kekasih - 5

Wahai kekasih yang rindunya dalam,

Sesungguhnya ujian saya kali ini amatlah berat. Saya sampai terduduk dan merangkak kerana telah di tumbuk dunia. Sehinggakan saya menjadi diri selain saya. Saya hanyut dalam pandemik Covid-19 ini, tenggelam dalam halusinasi dan delusi yang meresahkan. Entahlah.... tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata. Andai kamu juga sedang diuji sebegini rupanya, maka ketahuilah bahawa kamu juga tak keseorangan. Kamu ada saya, dan saya ada kamu.... kerana hanya yang melalui saja dapat merungkai apa yang bergelumang di otak kita. Saya kadang tu awak sampai penatlah dan pesan pada minda suruh rehat daripada fikir, kerna saya juga manusia. Manusia lemah, perlu rehat, perlu penat. Saya doakan awak dapat selesai segala urusan / halangan yang ada. Awak, jom jumpa segera. Boleh? Saya dah tak larat hadapi seorang diri.

Rabu, 17 Mac 2021

Lenyekan Omongan Hati (LOH 2021)

Setiap yang kita lalui ini tak semudah yang kita sangka.

Kita mungkin bergembira di khalayak ramai, namun adakalanya apa yang kita rancang itu tak selalunya berpihak kepada kita.

Ini antara perkara yang perlu dilalui apabila sudah meningkat dewasa.

Segalanya perlukan fokus pada tahap tertinggi dan pada masa yang sama, perlu untuk kawalan imbangan perasaan pada tahap tertinggi.

Itu tidak termasuk bagaimana untuk mengawal kesabaran, mengawal perasaan dan rasa gundah yang datang tanpa memberi salam.

Ya, banyak orang berpesan untuk kita terus bersabar tapi persoalannya adalah;

Jika kamu berada dalam tempat aku, dan di dalam keadaan seumpama itu, adakah dirimu dapat bertahan dan kekal bersabar dikala kau terpaksa tahan daripada rasa amarah yang membuak-buak?

Jika kamu disuruh untuk melakukan tugasan, sedangkan kamu seperti boneka yang hanya dikawal tanpa diberi kebebasan untuk kreatif dalam karyamu?

 

Semua itu adalah sebahagian skrip hidup yang kamu perlu alami....

Apabila kamu memakai kasut;

D
E

W

A

S

A

Tin Klik-Kluk