Tin Besar

Tin Tong

Ahad, 23 Disember 2018

Apakah Masanya Sudah Tiba?

Aku dah tak nampak apa lagi motivasi yang boleh aku letak untuk biarkan aku terus disini. Semuanya seakan tidak ada jalan penyelesaiannya, apatah lagi untuk terus bertahan. Biarlah pemergian kali ini berlalu dengan pengorbanan yang baru. Walaupun di setiap skrip episod, selalunya akulah yang akan menggalas watak berkorban.

Sekali lagi skrip diriku ini kelihatan tempang, tidak stabil dan serba kekurangan. Apakah ini yang perlu aku hadap sepanjang kehidupanku di masa 5 tahun akan datang? Persoalan yang selalu bermain-main dalam mindaku sejak 9 bulan yang lalu. Dan pada ketika itu, aku hanya memikirkan, "Tak apa, RKI. Kau boleh redah lagi". Tapi kini, tanda dan petanda semakin jelas di depan mata.

Sampai bila nak biarkan diri menggalas watak berkorban? Sampai bila diri ini perlu untuk melenyapkan perasaan sendiri untuk kesenangan dan kepentingan orang lain? Sampai bila?

Dan ketika itulah muncul idea nakal, "Tinggalkan dengan penuh bergaya", atau "Gerak secara mengejut". Idea-idea nakal ini hadir tatkala tubuh sudah menafikan perkara-perkara negatif yang perlu dihadam, bahkan sudah lemas dengan perangai manusia yang sebegitu rupa. Hidup kita bukanlah sebuah hidup yang perlu disiakan, jauh sekali untuk merelakan diri dibuli terang-terangan oleh manusia yang bertopengkan "Kerja yang kau perlu siapkan".

Inilah lumrah hidup. Telan yang pahit dan ukirkan kemanisan pada wajah yang hampa. Persoalannya, apakah masanya sudah tiba?



Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk