Tin Besar

Tin Tong

Ahad, 31 Disember 2017

Tolong Jangan Ganggu Iqram Dinzly

Sejak akhir-akhir ni, carian di internet menunjukkan nama Iqram Dinzly sebagai antara yang tinggi gara-gara Live Video di laman Instagram miliknya. Ramai yang mengecam, tak kurang juga yang memberi sokongan ke arah positif buat pelakon yang suatu ketika dulu terkenal dengan drama Cinta Medik di TV3. 

Dalam situasi ini, RKI melihat dari sudut masyarakat tentang sensitiviti kita terhadap kesihatan minda. Kita sering risau kalau terkena demam, batuk atau selsema tetapi segelintir daripada kita tidak endahkan soal kesihatan rohani seperti emosi, fikiran, dan motivasi. Hal ini membuatkan suasana bermasyarakat di negara kita menjadi semakin kronik, sedikit demi sedikit jika kita tidak berusaha mencegahnya.

Iqram Dinzly perlukan bantuan kita. RKI nak kita sama-sama sokong dia. Sebab masalah petak ni tak boleh main-main. Dah banyak kes bunuh diri mengenai depresi, jadi jangan biarkan kawan-kawan kita ditekan lagi. Sakit dalaman yang mereka rasakan tu, kita tak dapat faham kalau tak pernah alami. Kamu akan rasakan betapa tak selamatnya duduk di dunia ni, sebab dah mula hilang percaya dengan orang sekeliling. Semakin hari semakin sunyi, menyendiri dan mula 'hilang' di dunia realiti. Memang masa sekarang, kamu semua boleh cakap macam-macam sebab kamu serba-serbi hidup senang. Ada keluarga bagus, kewangan melimpah dan nak apa semua ada.

Untuk orang yang sedang mengalami fasa break down ni, mereka kena cuba selamatkan diri mereka sendiri daripada 'hilang' dalam dunia realiti ni. Jika tidak, kebarangkalian untuk 'senget' (kurang siuman) semakin tinggi. Aspek terpenting adalah keluarga, kawan-kawan rapat dan masyarakat yang membantu tuk selamatkan seseorang yang sedang break down. Korang layan je baik-baik. Sebab mereka ni pantang kalau diajukan soalan yang berbaur nak bakarkan api mereka. Contoh soalan macam "Dengar kata kau ni gila. Betul ke?", atau "Kau apa hal doe? Tak malu ka?" akan menambahkan lagi 'naik syeh' mereka. Datang dan mulakan perbualan dengan perkara yang dia minat misalnya "Jom lepak baca buku" atau "Lama tak jumpa kamu. Aku ada belikan air teh o ais untuk kamu" akan lebih membuatkan dia sejuk hati dan beranikan diri untuk dekati kita.

Perlu diingat yang kondisi mereka dalam keadaan "Aku tak percaya manusia kat dunia ni" jadi kita kena terapkan diri untuk bantu mereka dengan cara tidak menyakitkan hati mereka kerana disaat ini fikiran mereka sedang dalam fasa 'error signal', fasa serba-serbi tak kena. Jadi kalau hang nak pi tanya gila ka apa ka tu benda yang akan buatkan dia marah. Lagi dia marah, lagi dia bertindak, dan proses terapi semakin panjang masanya. Nah, benda ni saja dah buatkan keadaan semakin teruk. Bila bab nak sihatkan orang demam, semua laju je jaga dan tahu cara tapi bila bab kesihatan mental semuanya dok buat bahan lawak. Aku pun dah mula rasa bengang ni, ko fikir benda ni main-main ke? Ko fikir lawak ke dia kalau ada orang kata nak bunuh diri tu? Ishh, mula dah ni. Tapi itulah bendanya. Sekali lagi, aku nak katakan, jangan sewenang-wenangnya layan mereka teruk. Handle with care, they will care for you. Trust me.

Itulah masa dulu aku buat filem pendek pasal orang sakit skizofrenia, ko gelak-gelakkan aku, tak cuba bagi bantuan. Mujur ada keluarga yang sangat menyokong, kawan-kawan yang memahami dan tenaga pengajar yang saling bagi kata semangat. Sekarang di Malaysia dah makin banyak masalah kesihatan mental, itulah tujuan hasilkan filem pendek Baris 19 hari tu. Untuk memberitahu pada orang ramai yang skizofrenia ni masih ada harapan, mereka takkan harm people melainkanlah ko pi kacau dia, cabar dia, memang ko yang cari penyakit. Rujuk balik filem pendek tu untuk selami macam mana corak pemikiran orang skizofrenia. Tanya geng produksi tu mana boleh dapat tonton filem pendek mereka.

Cuba dekatkan diri dengan mereka. Kalau kamu jenis cepat panas, tak tahan sabar, baiklah elakkan diri untuk buat pandai nak hadapi mereka. Dan mereka yang dah berjaya yakinkan kamu ni bukan dalam golongan "semua manusia dah tak berguna, tak boleh pakai" maka kamu dah masuk dalam golongan beruntung. Sebab kamu ada imuniti untuk sedarkan dia balik daripada terus 'hilang'. Ujian fasa ni pula, kamu kena layan je apa yang dia nak buat (selagi tak melanggar hukum hakamlah maksud aku) dan kalau dia buat benda yang sangat mengarut, pujuk baik-baik penuh berhikmah untuk cegah dia. Insya Allah, dia dengar. Kan Allah ada, habis tu kalau niat betul, apa nak dirisaukan. Ye dok? Tapi fasa ni juga adalah fasa ujian untuk kamu tahan sabar dan tabah dengan dia sebelum dia kembali daripada 'hilang'. 

Jom, mulai sekarang latih diri untuk lebih concern orang sekeliling. Paling tidak keluarga terdekat, kawan rapat. Itu saja.



Tolong,
Jangan ganggu Iqram Dinzly.
Tolong,
Bantu dia, dan kenalan yang mungkin sedang alaminya.

*petak: stress / tertekan / pening kepala.

Sabtu, 23 Disember 2017

Beza Palestin Dan Kita

Sementara kita sedang sibuk nak rancang percutian, nak ke mana dan buat apa, RKI terfikir sejenak tentang apa khabarnya orang-orang di Palestin. Cukup ke makan minum mereka? Paling penting, bagaimana caranya mereka jalani hidup seharian?

Persoalan yang sebegitu bermain di kotak pemikiran. Sesekali terbayang diri ini andai ada di tempat mereka, pasti tak mampu nak hadapi kesusahan sedemikian rupa. Dari situ lahir juga perasaan mensyukuri nikmat dapat hidup di Malaysia. Masih aman, masih santai dan bebas kita nak lakukan apa-apa saja. Mereka di Palestin sana hidup ketakutan, setiap hari fikir macam mana nak teruskan hidup. 

Sejak akhir-akhir ini, (lebih tepat dalam dua minggu kebelakangan ini) RKI rajin untuk berkongsi rasa dengan kenalan terdekat tentang pentingnya kesatuan. Dah tiba masanya kita raikan kepakaran orang sekeliling kita dan bergabung menghasilkan sesuatu. Sekurang-kurangnya kalau usaha ini bukan untuk masyarakat, paling tidak usaha ini buat diri kita sendiri. Sebab semakin hari, dunia semakin sakit, manusia semakin petak, makin menuju kemurungan. Kalau kita tak mulakan positive vibes ni, siapa lagi yang kita nak harapkan? Pemimpin dunia sekarang banyak perkara nak ditadbir urusnya, yang kita sebagai rakyat marhaen ni perlulah berganding bahu menghasilkan sebuah tenaga positif.

RKI mula sebarkan dengan kawan terdekat. Pujuk dan bagi sokongan untuk sama-sama bertindak. Sebab fikir tahun 2017 dah nak berakhir, jadi mungkin ini boleh jadi azam tahun 2018. Kata seorang kawan, "Tahun depan ni, kena amalkan; cakap, buat". (Isyraqi, 2017) Tambahan pula, usia semakin meningkat. Jadi sementara muda ni, RKI fikir eloklah kerahkan tenaga untuk buat perkara yang kita impikan. Jangan hanya berimpian, kemudian duduk statik tanpa perlaksanaan. Kan lebih indah kalau hasilnya kita dapat lihat. Yakan yakan? Yalaaaa. 


Sambil menaip dengar lagu ni dimainkan di Youtube.
Michael Jackson - Heal The World (1992)
USA For Africa - We Are The World (1985)

Tin Klik-Kluk