Tin Besar

Tin Tong

Ahad, 18 Disember 2016

Berkisar Youtube Rewind 2016, Hujung Tahun dan Masa Depan

Sekitar perjalanan tahun 2016 yang semakin ke penghujung episodnya, RKI kini lebih mengambil langkah memperlahankan rentak menuju penamatnya garisan tahun ini. Bak kata orang, "Eloklah berehat-rehat sikit hujung tahun ni". Jadi tak salah kalau kamu semua ambil peluang tuk melegakan minda dengan bercuti, beriadah bersama keluarga, atau mungkin berkumpul dengan kenalanmu sambil membuka perbualan tentang misi tahun hadapan. Itu merupakan pergerakan positif dalam hidup yang boleh dipraktikkan secara berkala.

Kalau kita perhatikan di dalam Youtube Rewind 2016, video PPAP - Piko Taro, Closer - The Chainsmokers ft. Halsey, dan beberapa video lain antara highlight videos yang menjadi peneman pada pengunjung setia Youtube di seluruh dunia dalam tahun ini. Pernah RKI terfikir apa formula yang digunakan untuk mendapat sesuatu video view yang tinggi? Masih pening sehingga kini kerana tiada formula spesifik dalam penghasilan video yang boleh membuatkan penduduk bumi mengulang tayang menontonnya.  Namun, jika diteliti secara mendalam, sebenarnya berbalik pada 3 faktor ini termasuklah, unsur kelakar, populariti dan nasib baik. Bagi teman, ini antara rencah yang menjadikan sesuatu video itu menular secara pantas tanpa diduga oleh kita yang kurang mahir dalam dunia worldwide video ini. Satu persoalan, apa kaitan hujung tahun 2016, Youtube dan masa depan?

Jawapannya terserah pada anda semua yang membaca. Hahaha. Sebab teman membuka penulisan kali ini untuk kita sama-sama merenung kembali kembara tahun ini, apa yang kita dah lakukan dan bagaimana caranya kita bergerak seterusnya menutup buku 2016 dan membuka episod 2017 dengan optimisnya. Kadang rasa nak cuba cari jalan buat satu video yang sempoi, ramai boleh layan dan merasa sekejap perasaan highlight tu, tapi tak tahulah ada idea ke? Atau sempat ke?/ Berpeluang ke? Namun apa yang pasti, pada pandangan peribadi RKI sendiri, RKI sudah tempuh berbolak balik perasaan;
[Jom buat point form, nanti kamu semua tidaklah pening nak hadam. Ya kan? Ya kan? :) ]

*kembali memulakan pengajian pada Mac 2016 yang tertangguh akibat appendiks (cuti sakit pada penghujung tahun 2015), 

*kemudiannya menemukan dua bentuk inspirasi pada bulan Mac itu, satu berbentuk inspirasi secara depan mata, pertama kali jumpa di DSB, UiTM Shah Alam 
satu lagi berbentuk; jauh di mata, dekat di hati, pertama kali jumpa di Puncak Alam

*menghadapi pengalaman pertama di PBAKL2016 pada April,

*aktif secara tiba-tiba dengan teater pada Oktober (baik daripada menjadi kru produksi sehinggalah penonton tegar),

*kembali aktif dalam filem pendek sekitar bulan November(4 filem pendek, 3 daripadanya menjadi pelakon dan 1 menjadi kru produksi; ini setelah berehat sejak karya akhir Filpen Baris 19 yang dibikin pada 2015).


Setiap naik turunnya graf hidup yang dilalui RKI ini membuatkan tempo kembara skrip hidup tu, berbolak-balik secara mengikut rentak. Macam dalam lagu, ada rentak dan pacing yang menggerakkan melodi untuk menyerlahkan keunikan sesebuah lagu, begitu jualah analoginya hidup yang RKI lalui ini. Dan kalau pun keadaan itu menekan sekuatnya hingga kita rebah, pesan RKI satu saja, "Be strong, and if you need to cry, just let it be". Kerana kita manusia, bukan selalunya dapat bersifat alkali yang boleh meneutralkan asid pada bila-bila masa tetapi kita boleh mengambil iktibar daripada proses asid 'memakan' makanan di dalam perut kita. 

Jika sesuatu pengalaman yang kita fikir manis untuk dikenangkan itu telah memaksa kita untuk melupakannya akibat sudah menjadi asid, maka kita perlu redha dan teruskan perjalanan. Dan sebagai manusia yang sememangnya digalaskan tugas di bahu masing-masing, marilah kita seiring sejalan menempuh 2017 ini dengan 'the essence of open minded' supaya kita boleh mempertingkatkan lagi potensi diri kita. Sebelum teman menamatkan penulisan, teringat pula kata-kata seorang youtuber terkenal, Amirul Syakir dalam katanya, "Kalau kau boleh fokuskan pada apa yang ada dalam diri, kau akan keluarkan potensi diri yang sebenar."

Ya, kita boleh sebenarnya!

Sambil menaip terdengar lagu ni, sangat bagus;
Andra - Why(2016)  

Tiada ulasan :

Tin Klik-Kluk